50% Rakyat Malaysia Menyatakan Kos Pengiriman Wang Yang Tinggi Menjadi Cabaran Semasa Covid-19

Sebanyak 50% rakyat Malaysia mendapati kos tinggi yang berkaitan dengan pengiriman wang adalah satu cabaran, dengan hampir separuh (48%) mengurangkan jumlah yang dihantar dan lebih dari satu pertiga (35%)  telah berputus asa untuk menghantar kiriman wang. Penemuan ini adalah dari soal selidik[1]  yang dijalankan oleh syarikat teknologi global TransferWise untuk memahami bagaimana pandemik COVID-19 telah mempengaruhi tabiat pengiriman wang bagi mereka yang tinggal di Malaysia.

Soal selidik tersebut juga mendedahkan empat cabaran terbesar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam tempoh 12 bulan yang lepas:

  1. Masa yang diperlukan untuk kiriman wang diterima oleh penerima (57%)
  2. Tidak dapat melakukan pengiriman wang secara fizikal di bank (54%)
  3. Masa yang diperlukan untuk membuat dan memproses pengiriman wang (51%)
  4. Kos pengiriman wang yang tinggi (50%)

Dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang terkesan daripada pandemik, ini menunjukkan semakin meningkatnya keperluan pengguna untuk mendapat akses kepada perkhidmatan pengiriman wang yang lebih murah, pantas, dan efisien.

1. Pemindahan segera dan mudah mengurangkan kegelisahan

Kepantasan pemindahan adalah pertimbangan signifikan bagi kebanyakan pengguna Malaysia, dengan 61% daripada mereka yang disoal selidik mengatakan bahawa ia faktor penting ketika memilih perkhidmatan pengiriman wang dalam talian. Satu lagi faktor yang diambil berat oleh 57% rakyat Malaysia adalah masa yang diambil untuk kiriman wang luar negara dikreditkan dalam akaun penerima, kemampuan untuk mengesan status pemindahan mereka dalam masa nyata – yang dapat mereka lakukan dengan TransferWise – akan membantu mengurangkan kegelisahan ini.

2. Pengalaman dalam talian sepenuhnya

Dengan lebih daripada satu pertiga (32%) rakyat Malaysia memilih untuk membuat kiriman wang secara fizikal di bank, 54% responden mendapati tidak dapat mengunjungi cawangan bank dalam tempoh 12 bulan yang lalu sebagai satu cabaran kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan. Masa yang lama untuk membuat pengiriman wang juga menjadi masalah bagi 51% daripada mereka.

Perkhidmatan pengiriman wang dalam talian sepenuhnya TransferWise akan dapat membantu urusan ini, di mana pelanggan boleh mendapat pengesahan dan membuat pengiriman wang  mereka dengan cepat. Pengguna juga boleh membuat pembayaran segera untuk membiayai pengiriman wang mereka.

3. Kadar rendah dan telus

37% daripada rakyat Malaysia mengatakan bahawa kadar dan kepercayaan adalah faktor penting ketika memilih penyedia khidmat kiriman wang. Dengan empat dari 10 memperhatikan kenaikan kadar penghantaran kiriman wang sepanjang tahun lalu dan setengah daripadanya menyatakan kadar yang tinggi sebagai satu cabaran, ini mengakibatkan penurunan dalam jumlah kiriman wang yang dikirim oleh 48% responden kaji selidik.

Dalam usaha untuk memastikan pengiriman wang dengan kos yang rendah, TransferWise hanya menggunakan kadar pertukaran pasaran-pertengahan (yang boleh didapati di Google) tanpa tambahan kos. Dengan bayaran rendah yang dinyatakan terlebih dahulu, ini menjadikan perkhidmatan TransferWise sehingga 4x lebih murah berbanding dengan perkhidmatan kiriman wang yang lain.

Pengurus Negara TransferWise Malaysia, Cik Lim Paik Wan, berkata: “Penemuan kaji selidik menyatakan bahawa akibat pandemik dan langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan, keperluan untuk perkhidmatan kiriman wang yang lebih murah, pantas, dan efisien menjadi lebih penting bagi rakyat Malaysia. Kebanyakan yang disoal selidik mengatakan bahawa mereka tidak dapat ke kaunter bank secara fizikal dan kos pengiriman wang yang tinggi merupakan cabaran dalam tempoh 12 bulan yang lalu. “

“Di TransferWise, kami ingin menawarkan kepada pelanggan di Malaysia perkhidmatan pengiriman wang dengan kadar rendah, segera dan mudah, dan kami berharap dapat membolehkan mereka untuk terus melakukan apa yang perlukan dalam kehidupan seharian mereka, sama ada mengirim wang untuk menyokong orang tersayang atau membayar bil. “

Mengenai TransferWise

TransferWise adalah syarikat teknologi global yang membangunkan kaedah terbaik untuk memindahkan wang ke seluruh dunia. Sama ada anda menghantar wang ke negara lain, membelanjakan wang ke luar negara, atau membuat dan menerima pembayaran perniagaan antarabangsa, misi TransferWise adalah untuk menjadikan hidup anda lebih mudah dan menjimatkan wang anda.

TransferWise mengendalikan pemindahan dan pembayaran rentas sempadan £4.5b setiap bulan untuk 10 juta pelanggannya, menjimatkan  mereka lebih dari £1b setahun berbanding dengan pengiriman wang  dengan melalui bank. Dengan menggunakan TransferWise, pelanggan dapat mengirim wang dari 43 negara ke 80 buah negara.

[1] Kaji selidik bebas yang dijalankan oleh Ipsos dari 27 Nov hingga 3 Dis 2020, mengumpulkan 1,000 responden yang menyasarkan kedua-dua warganegara dan ekspatriat yang tinggal di Malaysia yang telah menghantar kiriman wang ke luar negara bagi tempoh 12 bulan yang lalu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.