Aktiviti Membeli-Belah Atas Talian Meningkat Tetapi Tiada Pembelian Panik Pada PKP 2.0

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2021 – Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kedua (PKP 2.0) dari 13 Januari hingga 26 Januari 2021, trend membeli-belah atas talian sekali lagi menjadi tumpuan.

Shopee mendapati trafik ke platform dan aktiviti membeli-belah meningkat. Namun tiada tanda-tanda pembelian panik berbanding dengan PKP yang pertama pada Mac 2020 di mana kenaikan pesanan didorong terutamanya oleh pembelian barangan keperluan harian seperti makanan, pelitup muka serta pembersih tangan. Sebaliknya, rakyat Malaysia didapati membeli peralatan teknologi pengguna dan produk pembaikan rumah di samping peningkatan permintaan bagi pelitup muka, makanan kering, diproses, segar dan beku, serta produk kesihatan dan pembersih kali ini.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee menjelaskan bahawa ini kemungkinan rakyat Malaysia lebih bersedia dan jelas dengan situasi semasa PKP. “Berbanding dengan PKP yang pertama di mana barangan keperluan harian menyumbang sebahagian besar kepada pesanan di platform kami, kali ini, data menunjukkan rakyat Malaysia juga membeli barangan untuk menyesuaikan diri untuk bekerja dan/atau belajar dari rumah serta produk-produk untuk menyerikan rumah kediaman. Walaupun platform kami mencatat pertumbuhan keseluruhan yang kuat, jumlah pertumbuhan yang dicatatkan bagi kategori bukan barangan runcit nampaknya lebih tinggi.”

Shopee membuat perbandingan dan menganalisis data trend pengguna dari PKP pertama (16 Mac – 20 Mac 2020) dengan lima hari pertama (11 Januari – 15 Januari 2021) sejak PKP 2.0 diumumkan.

Barangan Keperluan

  • Dengan lebih daripada 50 juta barangan keperluan untuk dipilih dari kedai seperti Agrobazaar oleh FAMA, Mydin, Tesco, Village Grocer, dan Nestle, lima kali ganda makanan ringan seperti biskut, coklat, kacang dan buah-buahan kering serta keropok dibeli dan membawakan jumlah jualan kepada setengah juta unit.
  • Shopee juga mendapati permintaan untuk daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan meningkat hampir dua kali ganda kepada 85,000 unit dijual.
  • Begitu juga dengan permintaan untuk makanan haiwan peliharaan yang melonjak tiga kali ganda kepada lebih 330,000 unit dijual.

Untuk rumah kediaman:

  • Dengan para pengguna menghabiskan lebih banyak masa di rumah, projek mencantikkan rumah kediaman secara DIY semakin popular.
  • Ini terbukti dengan barangan pembaikan dan hiasan rumah meningkat 8 kali ganda dengan lebih 900,000 produk dijual.

Bekerja & Belajar di rumah:

  • Dengan golongan pekerja dan pelajar menyesuaikan diri untuk bekerja dan belajar di rumah, tidak menghairankan apabila rakyat Malaysia didapati mencari peralatan teknologi pengguna.
  • Produk seperti komputer riba, telefon pintar, tablet, komponen rangkaian, papan kekunci, pencetak dan sistem audio menyaksikan peningkatan 4.5 kali ganda dengan lebih daripada 550,000 unit dijual.
  • Rakyat Malaysia juga beralih kepada Shopee untuk mencari penyelesaian sambungan internet yang berpatutan kali ini untuk meningkatkan lebar jalur di rumah. Hasilnya, pembelian kad SIM YES Kasi Up mencecah hampir 20,000 unit dalam masa lima hari.

CNY di Rumah: Dengan perayaan Tahun Baru Cina yang kian menjelang, semangat membeli-belah kelihatan tidak terganggu. Produk seperti ‘100 Plus’, ‘hiasan Tahun Baru Cina’, ‘Sarang Burung’, ‘Abalone’, ‘kemeja-T Keluarga Pencocokan Lembu’ dan ‘cheongsam’ muncul sebagai 30 carian kata kunci teratas di antara mereka yang meraikan Tahun Baru Cina. Pencarian ini akan terus meningkat, terutamanya dengan pelancaran Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina yang berlangsung hari ini sehingga 13 Februari.

Shopee akan menawarkan pelbagai produk menarik kepada rakyat Malaysia supaya para pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan dan lebih lagi secara selamat dari rumah dengan baucar diskaun 88% setiap hari, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 serta tawaran harga menakjubkan pada hanya 8 sen.

Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina juga membawakan pengguna RM8,888 Kotak Bertuah Shopee setiap hari dengan hadiah wang tunai dari RM0.88, RM8.88, RM88.88, RM888.88 dan hadiah utama sebanyak RM8,888 untuk dimenangi. Tontoni Shopee Live setiap hari pada pukul 10 malam. Gandakan peluang untuk memenangi Kotak Bertuah Shopee dengan menonton sesi penstriman langsung tambahan pada 18 Januari, 25 Januari dan 2 Februari pada jam 1 petang.

Seperti biasa, rakyat Malaysia akan menikmati lebih tawaran dan promosi pada tiga tarikh istimewa ini untuk menandakan permulaan kempen tersebut, Pay Day Sale dan 2.2 Jualan Tahun Baru Cina. Pada tarikh-tarikh istimewa ini, para pengguna akan menerima 88,000 baucar penghantaran percuma tambahan yang boleh digunakan untuk pembelian dari harga serendah RM8, baucar 50% pulangan tunai Syiling Shopee dan lebih banyak diskaun!

Selain itu, dapatkan diskaun sehingga 80% untuk Limited Time Huat Deals pada 12 tengah malam, 12 tengahari dan 8 malam pada 18 Januari dan 2 Februari. Untuk menepati agendanya bagi menawarkan hiburan kepada penggunanya di samping aktiviti membeli-belah, rakyat Malaysia boleh bermain Permainan Shopee seperti Shopee Farm, Shopee Bubble, Shopee Candy, Spin & Win dan banyak lagi untuk memenangi dari jumlah sebanyak 18,888,888 Syiling Shopee.  

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

AXA Melancarkan “Smart Working” Untuk Meningkatkan Keseimbangan Hidup Bekerja

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) baru-baru ini telah melancarkan Smart Working  ̶  cara kerja hibrid yang menggabungkan kerja  jarak jauh dan kehadiran di pejabat.

Menyedari bahawa pandemik COVID-19 telah membentuk semula tenaga kerja dan bekerja jarak jauh pada skala yang besar, AXA sebagai majikan yang progresif percaya betapa pentingnya untuk syarikat memikirkan semula amalan kerjanya bagi membina model perniagaan yang berdaya tahan dan lestari bagi menyokong pelanggan, pekerja dan masyarakat pada umumnya.

Memodelkan gaya kerja yang sejajar dengan tujuannya iaitu “Bertindak untuk kemajuan manusia dengan melindungi perkara yang penting”, AXA Smart Working menggabungkan aspek terbaik daripada kerja jarak jauh dan bekerja di pejabat, tanpa menyekat mana-mana pekerja AXA daripada bekerja sepenuh masa di pejabat atau di rumah pada bila-bila masa yang mereka mahu atau perlu. Penyesuaian sedemikian akan menawarkan AXA rangka seimbang yang menggabungkan fleksibiliti kerja jarak jauh, sambil mengekalkan pejabat sebagai tunjang untuk interaksi sosial dan pembangunan masyarakat.

Menurut Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, para pekerjanya penting dalam pelancaran tempat kerja hibrid baharu dalam dunia pekerjaan pasca-COVID.

“Semasa ia merebak tahun lalu, kami berpeluang melihat kesan kerja jarak jauh pada skala besar terhadap organisasi kami dan kami sangat berbangga kerana kami dapat menyesuaikan diri dengan begitu cepat. Kami percaya masa depan pekerjaan tidak bergantung pada ‘di mana’ kita bekerja. Lebih penting ialah ‘bagaimana’ kita bekerja dan mencapai kejayaan walau di mana kita berada. Smart Working akan mencabar kemampuan kami untuk mencapai nilai-nilai kami, memupuk kolaborasi, pemikiran yang inovatif dan banyak lagi,” kata beliau.

AXA Smart Working adalah salah satu pemangkin utama untuk memacu nilai dan budaya Syarikat bagi menggalakkan kolaborasi, inovasi, pemerkasaan dan kepercayaan berterusan. Bekerja dari jarak jauh juga akan membantu para pekerja untuk mencapai keseimbangan hidup bekerja yang lebih baik, menggunakan sumber dengan cara yang lebih lestari dan memaksimumkan produktiviti dalam masa yang lebih singkat, lalu meningkatkan daya tahan dan kesejahteraan keseluruhan mereka. Model hibrid ini merupakan langkah penting dalam cita-cita keseluruhan AXA untuk menjadi salah satu majikan yang paling memberi inspirasi di peringkat global dan tempatan.

AXA Smart Working akan dilaksanakan secara progresif untuk semua pekerjaan yang layak untuk kerja jarak jauh. Fasa pertama akan dimulakan tahun ini untuk mengembangkan ekosistem yang menyokong Smart Working  ̶  dari pengaktifan teknologi, pengurusan perubahan, dasar dan pentadbiran hingga kesediaan pekerjanya. AXA juga akan memberi tumpuan untuk menyediakan pelbagai alat latihan demi meningkatkan keupayaan digital pekerja dan autonomi pengurusan pekerjanya dalam menerapkan cara kerja baharu ini untuk mendapatkan manfaat daripada model kerja hibrid ini.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!