BIMB Investment Mengumumkan Hasil Pengagihan Pendapatan 7.89% untuk Dana Ekuiti Global Shariah-ESG, Dana BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1 (BiGDF1)

BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment), telah mengumumkan hasil pengagihan pendapatan untuk Dana BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1 (BiGDF1) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 seperti berikut:

Pengerusi BIMB Investment, Mohamed Ridza bin Mohamed Abdulla berkata, “Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pelabur kami atas sokongan dan pelaburan berterusan mereka dalam BiGDF1. Keyakinan pelabur telah memberikan keputusan prestasi yang memberangsangkan dengan hasil pengagihan pendapatan sebanyak 3.40 sen untuk Kelas RM dan Kelas USD dan 3.30 sen untuk Kelas Hedged RM dan Kelas SGD”.

Dia berkata, “Kerjasama dengan firma pengurusan aset global Arabesque Asset Management Ltd (Arabesque) telah membawa nilai tambah kepada pelabur kami. Strategi pelaburan Dana Sasaran secara unik menggabungkan kepatuhan Syariah, nilai kemampanan, proses pemilihan saham asas yang canggih dan teknologi pengurusan risiko dan pelaburan yang terkini”.

Mohamed Ridza berkata lagi, “Tidak dinafikan lagi bahawa dana ESG akan menjadi arus utama pelaburan dan syarikat-syarikat yang memberi perhatian kepada faktor-faktor ESG akan mengungguli dan bertahan dalam jangka masa panjang. Dana Sasaran memanfaatkan gabungan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Arabesque S-Ray  dan skor Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC) untuk menganalisa syarikat dari sudut pandangan kemampanan. Kami yakin pendekatan penyaringan ESG ini dapat digunakan untuk mengurangkan risiko portfolio dan dapat menjana prestasi.”

Hasil pengagihan pendapatan adalah 7.89% untuk Kelas RM, 7.93% untuk Kelas Hedged RM, 7.88% untuk Kelas SGD dan 7.88% untuk Kelas USD yang telah mengatasi sasaran penanda arasnya iaitu 6.0% untuk tahun kelima secara berturut-turut. Ia lebih tinggi daripada hasil pengagihan pendapatan tahun lalu sebanyak 6.36% untuk Kelas RM, 6.0% untuk Kelas Hedged RM, 6.0% untuk Kelas SGD dan 6.0% untuk Kelas USD.

Proses pelaburan BiGDF1 menyingkirkan aspek berat sebelah dan gerak hati manusia, untuk membina kombinasi saham terbaik daripada kalangan 77,000 syarikat yang disenaraikan di peringkat global untuk membentuk portfolio sehingga 100 saham setiap hari dengan menggunakan lebih daripada 1,600 kriteria pemilihan yang memproses lebih daripada 100 bilion data. Dana ini mengimbangi semula portfolio setiap hari di antara ekuiti dan tunai untuk pulangan pelaburan mampan yang disesuaikan dengan risiko terselaras. Pendekatan pelaburan kuantitatif yang sistematik dan berdasarkan peraturan juga mengambil kira ESG untuk melabur dalam syarikat yang mempunyai kewangan hadapan yang mampan.

Pengurusan risiko secara kuantitatif dan teknologi pengurusan pelaburan Dana Sasaran dimiliki secara eksklusif oleh Arabesque. Ia berdasarkan penyelidikan akademik terkemuka mengenai corak pulangan saham, pengoptimuman portfolio Conditional Value at Risk (CVar) dan tingkah laku kewangan.

Dana yang pertama kali diperkenalkan pada bulan November 2015 merupakan ekuiti global terbesar Dana Ekuiti Global Shariah (di Malaysia dengan saiz dana melebihi RM700 juta. Dana ini juga telah dianugerahkan Dana Ekuiti ESG Terbaik 2020 oleh Anugerah Kewangan The Asset 2020.

Dana ini memberi pelabur akses kepada pelaburan dalam ekuiti global patuh Syariah. Dana ini melabur minimum 90% daripada Nilai Asset Bersih (NAB) Dana ke dalam Dana Sasaran dan maksimum 10% dari NAB Dana ke dalam simpanan tetap Islam, instrumen pasaran wang Islam dan/atau pasaran cair Islam. Jumlah pelaburan minimum adalah RM500, SGD500 atau USD500.

“Dengan BiGDF1, kami mengubah cara dana dikelolakan dengan penyelesaian teknologi kewangan yang membangunkan portfolio pelaburan untuk pertumbuhan modal sambil mengelola turun naik pasaran, menganalisa data dan membuat keputusan bebas gerak hati. BiGDF1 menggabungkan nilai-nilai Syariah dan prinsip-prinsip ESG sambil memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan untuk memberikan prestasi yang mampan dan profil pulangan risiko yang berpotensi lebih tinggi seperti yang dapat dilihat dalam prestasi cemerlang dalam penghasilan dividen untuk tahun kelima berturut-turut.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pemegang saham mengalami kerugian besar berikutan kesan risiko ESG. Selain COVID-19, kesan persekitaran dan sosial yang negatif terhadap tumpahan minyak, pembuangan sampah kilang, peningkatan pelepasan karbon, dan produk yang tidak selamat, yang membawa maut dan mengakibatkan kos yang tinggi bagi pemegang saham. Selain itu, kelemahan dalam tadbir urus dan kawalan perakaunan merosakkan kejayaan dan prestasi tinggi perniagaan yang ditunjangikemampanan, daya saing yang kompetitif dan prospek pertumbuhan jangka panjang. Kami percaya bahawa dengan memasukkan pertimbangan ESG yang mendalam, kami dapat mengurangkan risiko ini,” kata Ketua Pengawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi.

Beliau menyambung, “Pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab secara sosial tetap akan menjadi peluang besar untuk dimanfaatkan, dan COVID-19 akan mempercepat agenda pelaburan mampan. Kajian yang dilakukan dalam beberapa tahun kebelakangan menunjukkan bahawa kesan positif dan mampan terhadap kejayaan kewangan jangka panjang syarikat dapat menghasilkan pulangan positif kepada pelabur dalam jangka panjang. “

BIMB Investment adalah satu-satunya Pengurus Aset Islam yang disokong bank di Asia Tenggara yang menjadi pemateri Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Dana ini, sila hubungi 1-800-88-1196 atau lawati www.bimbinvestment.com.my.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.