Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Unit Kenderaan Susulan Isu Pam Bahan Api

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Honda Malaysia (Honda) hari ini mengumumkan langkah memanggil semula 87,490 unit kenderaannya bagi menggantikan pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga.

Model yang terlibat termasuk Accord (model tahun: 2013 – 2017), BR-V (2017 – 2018), City (2014 – 2019), City (Hybrid) (2018, 2019), Civic (2017, 2018), CR-V (2018 – 2020), HR-V (2015 – 2018), Jazz (2015 – 2020), Jazz (Hybrid) (2018) dan Odyssey (2017 – 2019).

“Pam pendesak berkemungkinan mengembang selepas berendam dalam bahan api untuk tempoh yang panjang, sekali gus berpotensi menghalang kenderaan daripada dihidupkan atau menyebabkan enjin terhenti ketika memandu,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sebanyak 84,073 unit Jazz, City, Civic, Accord, BR-V, HR-V, CR-V dan Odyssey terlibat dalam panggilan semula tersebut.

Manakala, sebanyak 3,417 unit Civic dan CR-V terjejas dengan isu pam bahan api tekanan tinggi, yang mungkin retak berikutan penggunaan berpanjangan dan tekanan berlebihan, yang boleh mengakibatkan kebocoran bahan api atau menghasilkan bau petrol semasa memandu atau melahu.

Model yang terjejas dengan masalah pam bahan api tekanan tinggi ialah Civic (2023, 2024) dan CR-V (2024).

Honda berkata semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan, yang turut mengandungi maklumat mengenai butiran penarikan semula produk.

Pelanggan juga boleh menyemak sama ada kenderaan mereka terlibat dalam panggilan semula itu menerusi aplikasi Honda Touch.

Justeru, Honda menggesa semua pelanggan yang terjejas supaya menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat temu janji selepas menerima notis pemberitahuan bagi menggantikan pam bahan api, bergantung kepada ketersediaan alat ganti.

“Penggantian pam bahan api yang terjejas dan pam bahan api tekanan tinggi adalah percuma dan semua kos berkaitan aktiviti penggantian akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

“Stok penggantian akan tersedia secara berperingkat,” katanya.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Automotif & Komponen Automotif: Bakal Catat Prestasi Lebih Kukuh Pada 2H

Saham Pilihan Utama: Sime Darby

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) merekodkan TIV sekitar 68 ribu unit (+10% MoM, +23% YoY) pada bulan Jun, dengan jumlah pengeluaran keseluruhan (TPV) mencecah kira-kira 69 ribu unit. Prestasi MoM yang lebih kukuh ini sudah dijangka memandangkan bilangan hari bekerja yang lebih banyak pada bulan Jun.

Kami terus meramalkan prestasi yang lebih kukuh untuk 2H atas faktor musim, berdasarkan pelancaran model kenderaan baharu, lebih banyak kempen promosi dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang stabil. Walau bagaimanapun, kami tetap berjaga-jaga akan tekanan inflasi secara umumnya, yang mungkin menjejaskan pembelian barangan bukan keperluan. Kami kekalkan saranan NEUTRAL terhadap sektor.

TIV bulan Jun meningkat kepada 67,879 unit (+10% MoM, +23% YoY)

Lalu membawa angka dari awal tahun ini (YTD) hingga Jun kepada 385 ribu unit (+3% YoY), yang merangkumi 49% ramalan sepenuh tahun kami. Kenaikan MoM ini rataratanya didorong oleh bilangan hari bekerja yang lebih banyak, yang menyebabkan TPV (+20% MoM) bertumbuh. Jenama-jenama kebangsaan rata-ratanya menyaksikan kenaikan 6% QoQ, dipacu oleh Perodua (+12% MoM) tetapi sebahagiannya dilemahkan oleh Proton (-4% MoM). Sementara itu, pengeluarpengeluar kereta luar negara merekodkan kenaikan 21% MoM, dengan kebanyakannya diterima daripada Honda (+77% MoM).

Dari segi kenderaan elektrik (EV), Proton kekal sebagai jenama paling laris terjual pada bulan Jun

Berdasarkan data terbitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengambil kira bukan ahli MAA, Proton menerajui jumlah pendaftaran dengan 1,888 unit (+6% MoM), diikuti oleh BYD pada 1,076 unit (+16% MoM) dan Tesla pada 935 unit (>3x MoM). Jumlah pendaftaran EV melonjak 23% MoM kepada 6,215 unit, lalu membawa jumlah pendaftaran YTD-Jun kepada kira-kira 32 ribu unit (7.8% daripada jumlah pendaftaran berbanding 5.1% pada 2025).

Pada pendapat kami, pertumbuhan EV yang baik ini dipacu oleh pembelian awal oleh pengguna sebelum dasar EV baharu mula dilaksanakan pada 1 Jul. Kami juga menekankan yang Jaecoo J5 EV dan Xpeng kedua-duanya sudah dibuka untuk tempahan (versi CKD), dengan harga Xpeng lebih kurang sama dengan varian CBUnya. Sementara itu, Perodua hanya mendaftarkan 65 unit EV pada bulan Jun (Mei: 80 unit), meskipun harganya dipinda baru-baru ini.

Kami menjangka jumlah jualan keseluruhan akan terus meningkat pada 2H26 ekoran faktor-faktor musim (lonjakan jualan bulan December)

Diperkukuh oleh pelancaran model-model baharu termasuklah EV Proton e.MAS 7 Premium Plus,
BYD Atto 3, danMazda CX-5. Selain itu, penurunan CPI yang lebih rendah daripada dijangka sebanyak 1.9% YoY pada bulan Jun, di samping semakan pertumbuhan KDNK oleh Jabatan Ekonomi RHB baru-baru ini, mungkin menandakan keadaan makroekonomi yang terus memberangsangkan – didorong oleh pasaran pekerjaan yang kukuh, pendapatan isi rumah yang meningkat dan OPR yang stabil.

Mengikut sejarah, TIV 1H merangkumi 46-48% daripada TIV sepenuh tahun dan jika kami mengandaikan pecahan yang sama untuk 2026, hal ini bermakna TIV sepenuh tahun mencecah 806 ribu-844 ribu unit (-2% to +3% YoY). Oleh demikian itu, kami sekarang menaikkan andaian TIV sebanyak 3% kepada 805 ribu unit daripada 780 ribu. Walaupun begitu, kami tetap berhati-hati akan tekanan kenaikan kos yang mungkin berlaku akibat ketidaktentuan dunia dan turun naik harga komoditi, yang mungkin menjejaskan pembelian barangan bukan keperluan.

Kekal NEUTRAL terhadap sektor

Prospek kami masih berjaga-jaga, disebabkan oleh:

i) Ketidaktentuan dasar

ii) potensi tekanan inflasi yang mungkin menjejaskan permintaan

iii) kitaran penggantian kereta memperlahan

Memandangkan empat tahun TIV memecah rekod. Risiko-risiko negatif utama: Pesanan lebih lemah daripada dijangka dan persaingan harga yang rancak

Penganalisis
Iftaar Hakim Rusli +603 2302 8114 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.