Ke Arah Industri 4.0: Mencetus Inovasi Sebenar Dan Hasil Yang Nyata Buat Perniagaan Malaysia

Tahun 2019 ialah masanya untuk mengambil langkah dan bukan sekadar bercakap kosong! Menurut Ramalan Forrester 2019, organisasi akan beralih dari cita-cita strategik kepada anjakan yang lebih pragmatik. Transformasi digital perlu ‘kembali kepada akarnya: sebuah langkah inovasi yang kecil dan boleh dikawal namun menghasilkan manfaat nyata yang boleh diukur.[1]

Realiti hari ini, banyak perniagaan Asia berkerja dengan kekangan bajet yang lebih ketat, di samping mempunyai perancangan inovasi yang tidak terlalu bercita-cita tinggi. Masalah sering terjadi apabila sumber yang ada diarahkan ke tempat yang tidak sepatutnya manakala teknologi pula tidak digunakan dengan sebaiknya.  Tambahan lagi, inovasi bukanlah tugas yang mudah dan kegagalan serta kerumitan memang tidak boleh dielakkan. Malah pihak pengurusan juga akan mudah memandang enteng inovasi jika tidak ada pulangan pelaburan yang jelas. Oleh itu, mereka yang berada di atas perlu berfikir tentang persoalan utama dalam masalah ini:  Apa perlunya inovasi?

Kini, dengan adanya lebih banyak teknologi baharu, perniagaan ‘segar’ yang mendatangkan persaingan kepada mereka yang sudah lama bertapak, keselamatan siber yang kian terancam, keperluan pengguna yang makin berubah, inovasi sebenar yang menghasilkan operasi serba efisien dan Pulangan Pelaburan (ROI) yang boleh diukur adalah teramat penting. Tidak dinafikan lagi, inisiatif inovasi bukan sahaja perlu untuk menambahbaik pengalaman pengguna di luar sana, bahkan turut perlu dalam merealisasikan agenda inovasi di dalam sesebuah organisasi serta memacu operasi yang serba efisien, serta perniagaan yang mampan dan pantas membangun.

Di Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan RM210 juta untuk membangunkan Industri 4.0 yang menekankan keperluan untuk mengautomasikan proses pembuatan dan memacu inovasi perniagaan. Menjelang tahun 2025, Perdana Menteri kita turut menjangka negara untuk berada di kedudukan antara 30 negara teratas dalam Indeks Inovasi Global. Pada masa ini, Malaysia menduduki tempat ke-35 dalam indeks. [2]

Jadi, apakah cabaran dan asas kepada ‘inovasi sebenar’? JOS, salah satu penyepadu sistem dan penyelesaian IT terkemuka di Asia yang bertapak teguh di rantau ini selama lebih 60 tahun, telahpun memuatkan semua ini ke dalam ‘5 + 3 model inovasi sebenar’ yang serba unggul. Model tersebut telah diumumkan di forum serantau JOS TALK, didedikasikan untuk komuniti IT dan perniagaan di Asia. Forum itu berkisar tentang Trends (Trend), Advice (Nasihat), Leadership (Kepimpinan) dan Knowledge (Pengetahuan). Tahun ini, JOS TALK 2019 adalah bertemakan MAKE INNOVATION REAL.

Di Malaysia, sesi tersebut diketuai oleh En. Mark Lunt, Pengarah Urusan JOS Group dan En. Steven Soo, Pengarah Urusan JOS Malaysia yang membincangkan prospek dan cabaran tahun 2019 untuk perniagaan di Asia, termasuk Malaysia.

“Untuk menjadikan sebuah inovasi sebenar, teknologi memainkan peranan penting. Tetapi teknologi hanya boleh menjayakan sesuatu inovasi apabila digabungkan dengan kepimpinan dan strategi yang jelas. Demi mencetuskan inovasi sebenar, adalah perlu untuk bermula dengan langkah kecil, membuahkan hasil dengan pantas dan kemudian beralih kepada matlamat yang lebih tinggi setelah membina kredibiliti dalam menjana hasil,” kata En Mark Lunt, Pengarah Urusan JOS Group.

JOS, penyepadu sistem, penyedia penyelesaian dan perundingan teknologi dengan pengetahuan tempatan dan industri yang mendalam dan keupayaan luar biasa untuk pelaksanaan, telah bekerja bersama lebih 10,000 pengguna di serata industri seperti Perkhidmatan Kewangan, Hospitaliti, Pembuatan, Sektor Awam, Peruncitan & Pusat Beli-Belah untuk membantu mereka mengatasi cabaran dan cemerlang dalam perjalanan inovasi mereka.

Mengulas mengenai senario di Malaysia, En Steven Soo, Pengarah Urusan JOS Malaysia, berkata, “Sebenarnya, cabaran untuk perniagaan tempatan adalah kekurangan individu berbakat. Ini amat penting apabila mengambil kira agenda negara untuk Industri 4.0. Sudah tentu, ia memerlukan masa untuk mempunyai individu berbakat yang cukup ramai, jadi 2019 merupakan masa yang terbaik untuk bermula. Selama 20 tahun ini, JOS masih kekal komited dalam pasaran Malaysia dan kami sudah pasti dapat membantu syarikat dalam strategi digital mereka. Seperti negara lain di rantau ini, ekonomi Malaysia juga akan dipengaruhi oleh cabaran dalam perkembangan perdagangan.”

Jelas Lunt lagi, “Model inovasi sebenar JOS menggabungkan 5 tunggak teknikal dengan 3 dimensi korporat yang mencetuskan hasil apabila diperkuatkan dengan kepimpinan yang mantap apabila membuat keputusan, lebih-lebih lagi dalam persekitaran perniagaan yang terbuka, selamat dan tangkas.

“Lima tunggak teknikal itu ialah AI (kecerdasan buatan), IoT (Internet of Things), Big Data, Cloud dan Keselamatan Siber. Ini ialah lima teknologi yang paling penting, kesemuanya saling berhubung dan berkait rapat dalam usaha untuk mencetus inovasi nyata.

“Data terkumpul melalui sensor IoT hanya boleh membawa maklumat perniagaan yang bermakna, dengan syarat adanya sebuah seni bina Big Data yang diuruskan dengan baik. Kejayaan dalam projek AI dan IoT juga bergantung kepada fleksibiliti dalam kuasa pengkomputeran dari Cloud beserta analisis yang disokong oleh strategi Big Data syarikat. Malah, AI bukan lagi sesuatu yang akan digunakan pada masa hadapan. Seperti yang dilaporkan oleh The Economist Corporate Network, lebih daripada 12% golongan pengurusan dalam perniagaan Asia mendakwa bahawa perniagaan mereka telah mula mengalami impak AI sejak tahun lepas lagi. [3] Namun tentunya, tidak ada inisiatif inovasi yang dapat membuahkan hasil tanpa adanya strategi keselamatan holistik untuk melindungi data dan sistem korporat.

Orang, Budaya, dan Organisasi adalah sama pentingnya untuk mencetus inovasi sebenar manakala kepimpinan yang baik adalah daya utama untuk memacu inovasi dalam dimensi korporat ini. Seorang pemimpin yang serba fokus akan mendedikasikan sumber seperti masa dan modal untuk melatih bakat sedia ada dan menggunakan perunding luar untuk memanfaatkan teknologi untuk nilai perniagaan yang bermakna. Di mana-mana syarikat sekalipun, masa seringkali diperlukan untuk memupuk pemikiran untuk inovasi. Tetapi apabila adanya pemimpin berwawasan yang menginspirasi dan memupuk budaya inovasi, segalanya akan menjadi sedikit lancar. Struktur di dalam organisasi selamanya menjadi asas untuk mengekalkan inovasi dengan adanya proses membincangkan idea dan mengukur hasil yang bermakna.”

Melaksanakan perancangan untuk mencetus inovasi nyata, Lunt mendedahkan bahawa JOS juga telah berjaya melalui transformasinya sendiri dua tahun yang lalu. JOS ialah sebuah syarikat yang sangat berbeza hari ini, yang telah bertukar kepada rakan teknologi yang dipercayai untuk memimpin perniagaan di Asia. JOS telah memperkenalkan model perniagaan baharu yang dipesatkan lagi oleh bakat baharu. Hasilnya, ia menjadi sebuah organisasi yang cukup bertenaga dalam melengkapkan budaya mesra pengguna yang telah sebati dengan JOS.

Memanfaatkan kepakarannya dalam konteks Asia lebih 60 tahun dan beroperasi elama 20 tahun di pasaran Malaysia, Lunt dan Soo turut berkongsi pandangan tentang perjalanan inovasi mereka dengan pengguna di seluruh Asia untuk membantu mereka merealisasikan potensi teknologi demi membuahkan hasil yang boleh diukur.

Selain itu, Lunt dan Soo menggesa perniagaan Asia untuk memberi tumpuan kepada empat perkara pada tahun 2019 untuk mendapat manfaat ketara daripada inovasi sebenar – Inovasi Terfokus, Sasaran Realistik, Komited Mencapai Matlamat & Orang dan Budaya yang Betul. Syarikat perlu fokus dalam rancangan inovasi mereka dan mengenal pasti bahagian yang paling memerlukan dan akan mendapat manfaat dari inovasi. Ini akan merangka perjalanan inovasi mereka, dan manfaat bermakna akan dapat dikecapi sekiranya sasaran realistik adalah sejajar dengan perubahan pasaran. Pemimpin perniagaan juga mesti komited untuk meneruskan inovasi. Kejayaan dalam inovasi memerlukan kerjasama seluruh organisasi yang mempunyai bakat dan pemikiran yang betul.

Memandang terus ke hadapan, Lunt menyebut peluang yang telah muncul dalam automasi proses robotik (RPA) yang berfungsi sebagai asas untuk pembelajaran mesin dan AI. Terdapat juga keperluan untuk memupuk integrasi yang besar dalam kerjasama awam-swasta untuk mengecapi nilai perniagaan dalam IoT terutamanya dalam bidang pembangunan bandar pintar. Membangunkan persekitaran cekap-cloud juga penting bagi aliran kerja yang lebih lancar dan ini tertumpu kepada keupayaan untuk mengurus dan melindungi persekitaran cloud di cloud awam. “Pastinya, masa hadapan inovasi adalah sangat mengujakan dan JOS berhasrat untuk berkerjasama dengan  pengguna sedia ada dan akan datang untuk meniti perjalanan inovasi ini bersama-sama, ” akhiri Lunt. 

Tentang JOS



Dengan pengalaman lebih dari 60 tahun di Asia, JOS merupakan penyepadu sistem, penyedia penyelesaian dan perunding teknologi dengan pengetahuan tempatan dan industri yang mendalam, dilengkapi keupayaan luar biasa untuk pelaksanaan. Dengan 2,000+ profesional IT yang bekerja dari sembilan pejabat di seluruh hab perniagaan utama Asia di China, Hong Kong, Macau, Malaysia dan Singapura, JOS bertujuan untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan kerajaan di rantau ini dengan menggunakan teknologi terbaik untuk menangani cabaran mereka. JOS mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai industri, lebih daripada 10,000 pelanggan sektor swasta dan awam di Asia, dan keupayaan teras dalam kecerdasan buatan, big data, pengkomputeran cloud, aplikasi perusahaan, keselamatan perusahaan, internet of things (IoT), mobiliti dan infrastruktur generasi seterusnya. JOS ialah anak syarikat JTH Group yang merupakan sebahgian daripada Jardine Matheson Group yang disenaraikan di Fortune Global 500. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jos.com.

Ikuti kami di Facebook (JOS it solutions), LinkedIn (JOS) and WeChat (jos-china).

[1] Forrester’s Predictions 2019 Hong Kong

[2] NATIONAL INDUSTRY 4.0 POLICY FRAMEWORK - MITI

[3] AI, Automation, Future of Jobs and Skills Study (https://www.hays.com.hk/ceo/index.htm)
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.