Lazada Perluas Jangkauan Peniaga Antarabangsa Di Asia Tenggara

SHENZHEN, China, 11 Mac 2019 /PRNewswire/ — Syarikat eDagang yang terkemuka di Asia Tenggara Lazada merancakkan operasi rentas sempadannya untuk jenama-jenama dan peniaga-peniaga antarabangsa bagi meluaskan jangkauan mereka kepada pengguna, tatkala jualan rentas sempadan platform berkenaan meningkat empat kali ganda sepanjang tiga tahun lalu.

Antara langkah-langkah tersebut adalah untuk membawa masuk jenama-jenama antarabangsa yang berkualiti dan mengenal pasti serta memupuk 300 jenama terbaik antara kesemua penjual rentas sempadan dalam setiap satu daripada enam negara Lazada beroperasi, iaitu IndonesiaMalaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Ini akan membolehkan jenama-jenama yang dipilih khusus itu mengembangkan perniagaan mereka dan menikmati faedah-faedah seperti keterlihatan yang lebih tinggi terhadap produk-produk mereka apabila pengguna mencari dan melayari laman tersebut. Satu lagi ciri baharu ialah seleksi yang diperbaharui untuk peranekaan rentas sempadan di platform Lazada.

“Kami ingin menjadi penghubung antara peniaga rentas sempadan yang berkualiti kami dan kira-kira 560 juta pengguna di Asia Tenggara,” kata Presiden Bersama Lazada Group, Jing Yin, yang berucap pada hari Khamis (7 Mac) di Shenzhen dalam persidangan penjual rentas sempadan pertama Lazada bagi tahun 2019.

“Disokong oleh kepakaran dan infrastruktur terbaik daripada Alibaba selain pemahaman mendalam kami terhadap Asia Tenggara, kami berupaya melengkapi penjual-penjual dan jenama-jenama rentas sempadan kami dengan pengetahuan dan instrumen bagi melalui pertumbuhan besar-besaran di rantau ini,” kata Yin kepada lebih 1,000 peniaga, yang turut mendengar daripada eksekutif-eksekutif tertinggi Lazada bagaimana platform berkenaan akan membantu mereka mendekati pelanggan dengan lebih baik di Asia Tenggara.

Kenaikan mendadak dalam perbelanjaan eDagang di Asia Tenggara mencerminkan peningkatan permintaan terhadap produk-produk rentas sempadan dengan GMV daripada kategori rentas sempadan Lazada berkembang sebanyak 4.6 kali ganda antara tahun 2016 dan 2018. Menurut anggaran industri, pasaran eDagang yang berkembang pesat di Asia Tenggara berjalan seperti yang dirancang untuk mencecah USD240 bilion menjelang tahun 2025, melangkaui anggaran terdahulu sebanyak USD40 bilion.

Salah satu inisiatif utama yang diumumkan di persidangan tersebut ialah Global Collection yang dirombak. Ia merupakan saluran khusus bagi mempamerkan peranekaan oleh peniaga rentas sempadan Lazada dari seluruh dunia. Global Collection 2.0 memanfaatkan fungsi-fungsi carian berasaskan algoritma bagi menyaring peranekaan rentas sempadan yang luas untuk menonjolkan penjual-penjual yang menawarkan produk-produk yang popular dan bagus kualitinya agar pelanggan boleh mencarinya dengan mudah.

Dengan Global Collection baharu, pelanggan akan mendapat bungkusan mereka dengan lebih cepat. Mereka boleh mendapatkan bungkusan mereka dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula dari hari mereka membuat tempahan mereka sekiranya mereka memilih pilihan penghantaran standard.

Untuk memberikan penjual-penjual dengan rangsangan yang lebih besar, Lazada turut menawarkan mereka dengan lebih banyak pilihan untuk berhubung dan berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan melalui kempen baharu dan melengkapi mereka dengan alatan dan pandangan yang lebih baik untuk menjual dengan lebih berkesan di Lazada. Sebagai contoh, penjual-penjual akan mendapat laporan secara mingguan tentang perkataan dan item yang paling banyak dicari di Lazada bagi membolehkan mereka memenuhi keinginan dan keperluan pengguna yang sentiasa berubah-ubah.

Mula dilancarkan pada tahun 2013, perniagaan rentas sempadan Lazada berkembang menjadi salah satu pasaran yang paling pelbagai yang membawakan jenama-jenama dan peniaga-peniaga dari seluruh dunia. Lokasi asal lima pasaran terbaik penjual-penjual rentas sempadan ini ialah tanah besar ChinaHong Kong, Korea, Amerika Syarikat dan Eropah, dengan kategori fesyen wanita, kediaman & kehidupan serta fesyen kanak-kanak tersenarai sebagai antara item rentas sempadan yang paling popular. Didorong oleh infrastruktur teknologi kukuh Alibaba dan jaringan logistik yang luas serta tiada tandingan, Lazada ingin melancarkan kategori-kategori baharu, yang menawarkan produk-produk besar seperti perabot dan perkakas rumah.

Tahun lalu, Lazada mencatat rekod baharu, dengan kumpulan penghantaran destinasi terakhirnya di seluruh Asia Tenggara menghantar lebih 1 juta bungkusan sehari. Untuk menangani kenaikan permintaan yang terbesar seumpamanya, lebih 100 rakan kongsi logistik Lazada, termasuk pembekal penghantaran pihak ketiga, turut merangsang perkhidmatan penghantaran mereka untuk menghantar pembelian ke tangan pelanggan dengan cepat. Lazada turut menyewa tiga pesawat bagi menyerahkan lebih 200 tan bungkusan daripada penjual-penjual rentas sempadan kepada para pembeli belah di Indonesia, Filipina dan Thailand tepat pada masanya untuk musim cuti.

Latar Belakang Lazada Group

Dilancarkan pada tahun 2012, Lazada ialah destinasi beli belah dan jualan dalam talian nombor satu di Asia Tenggara dan berada di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Dengan 300 juta SKU tersedia, Lazada menawarkan rangkaian produk terluas dalam kategori-kategori bermula dengan kecantikan, fesyen dan barangan elektronik pengguna kepada barangan rumah, alat mainan, peralatan sukan dan barangan runcit. Perniagaan barangan runcit yang diperluas turut menambah lebih 160,000 produk, bermula dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang berkualiti tinggi, daging dan makanan laut beku serta sejuk, produk istimewa premium, makanan bayi dan alat mainan, serta keperluan harian seperti kelengkapan dandanan diri, barangan rumah dan penjagaan haiwan kesayangan. Lazada Group merupakan milik majoriti Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA).

Sumber: Lazada Group

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.