Pengumuman Pelan Hala Tuju E-sukan PUBG SEA bagi 2019

SEOUL, Korea Selatan, 11 Mac 2019 /PRNewswire/ — Kesemua pengguguran keputusan, menembak hendap silang peta dan pertempuran jarak dekat pada dasarnya adalah tentang pasukan-pasukan PUBG profesional yang berjuang untuk merebut peluang dengan menentang pasukan-pasukan PUBG profesional dari seluruh dunia untuk hadiah terkumpul yang besar nilainya dan kejohanan yang dipertaruhkan. Hari ini wang hadiah ditambah, tatkala PUBG memperkenalkan pelan hala tuju untuk melayakkan diri ke pertandingan antarabangsa terkemuka dalam e-sukan PUBG bagi tahun 2019.

Kejohanan SEA 2019 akan berlangsung dalam tiga musim, bermula dengan Kejohanan SEA Musim 1 pada bulan Mac, diikuti dengan Musim 2 pada bulan Jun dan Musim 3 pada bulan Oktober. Setiap musim akan melibatkan 16 pasukan PUBG profesional dari seluruh rantau SEA untuk bertarung bagi merebut hadiah terkumpul bernilai US$50,000 serta tiket-tiket untuk menyertai acara-acara PUBG global.

Slot rantau terperinci untuk acara-acara global PUBG 2019.
Pasukan-pasukan berprestasi terbaik dalam Musim 1 dan 2 daripada Kejohanan SEA akan berpeluang bersaing secara berdepan dalam acara-acara global yang dianjurkan oleh pihak ketiga, diikuti oleh All-Star Games global. Pada penghujung Musim 3, pasukan-pasukan terbaik akan berhimpun untuk menyertai Kejohanan Global.

Sebanyak 24 pasukan akan berhimpun untuk menyertai acara PUBG global yang pertama, FACEIT Global Summit: PUBG Classic. Susulan daripada acara ini, terdapat dua tambahan acara PUBG Classic yang membawa kepada Kejohanan Global. PUBG Classic kedua akan melibatkan 16 pasukan dari Amerika Utara, Eropah/Timur Tengah/Afrika, Amerika Latin dan Oceania manakala 16 pasukan lagi dari tanah besar China, Korea, Asia TenggaraTaipei dan Jepun akan bersaing dalam PUBG Classic ketiga. Akhir sekali, sejumlah 32 pasukan berhimpun untuk menyertai Kejohanan Global PUBG – pemain-pemain terselamat yang akan berpeluang mendapatkan hadiah terkumpul bernilai US$2 juta dan berhak menggelar diri mereka sebagai pemain-pemain PUBG yang terbaik di dunia.

Kejohanan SEA Musim 1 akan memulakan e-sukan PUBG tahun ini di rantau SEA pada 16 dan 17 Mac. Lima kedudukan diberikan kepada pasukan yang menunjukkan prestasi yang baik dalam acara-acara SEA dan peringkat global tahun lalu: Kejohanan PUBG Asia Tenggara 2018, Kejohanan JIB PUBG SEA Bangkok 2018, PAI Macao 2019 dan pasukan-pasukan jemputan tambahan dari IndonesiaMalaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Di bawah merupakan senarai lengkap 16 pasukan yang akan bersaing untuk muncul sebagai juara pertama bagi tahun 2019.

Negara

Jenis

Nama Pasukan

Thailand

Pilihan

MITH

Thailand

Pilihan

Purple Mood

Vietnam

Pilihan

Divine Esports

Vietnam

Pilihan

Refund Gaming

Indonesia

Pilihan

Aerowolf Team 7

Thailand

Undangan

Armory Gaming

Thailand

Undangan

Tokiostriker

Vietnam

Undangan

Rate Me Five Stars

Vietnam

Undangan

Vikings Gaming

Vietnam

Undangan

GAMEHOME Esports

Indonesia

Undangan

Aerowolf Team 1

Indonesia

Undangan

RRQ

Filipina

Undangan

ArkAngel

Filipina

Undangan

NCGC Vortex

Malaysia

Undangan

Geek Fam

Malaysia

Undangan

Battle Arena Elites

Tiga pasukan terbaik daripada kejohanan selama dua hari itu akan diberi kedudukan untuk bersaing dengan 21 pasukan profesional global yang lain di FACEIT Global Summit: PUBG Classic, acara e-sukan global PUBG yang pertama. PUBG Klasik pertama itu akan berlangsung di London pada 16 April 2019 dengan hadiah terkumpul bernilai US$400,000.

Maklumat lanjut tentang Kejohanan SEA akan disampaikan melalui halaman rasmi Facebook PUBG.

Sumber: PUBG Corporation

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.