Luno Lancar Kempen ‘Maju Bersama Luno’ Bersama Atlet Kebangsaan

Kuala Lumpur, 28 Jun 2022: Luno, bursa aset digital yang dikawal selia terkemuka di Malaysia, melancarkan kempen terbaharunya bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk maju dalam perjalanan kecergasan kewangan mereka. Kempen ‘Maju Bersama Luno’ menyasar untuk memperkasakan rakyat Malaysia bagi meningkatkan lagi pemahaman mereka mengenai aset dan pelaburan digital sebagai sebahagian daripada inisiatif literasi kewangan, dan menggunakan pendekatan mendidik bagi menghapuskan salah tanggapan umum mengenai mata wang kripto.

Bagi menjayakan kempen ini, Luno telah melantik dua atlet kebangsaan iaitu Pandelela Rinong (Penerjun Olimpik) dan Mohd Zaquan Adha (Pemain Bola Sepak Profesional) sebagai duta jenama. Atlet-atlet tersebut akan menerajui kempen ‘Maju Bersama Luno’, berkongsi perjalanan kewangan peribadi mereka, dan bagaimana mereka memanfaatkan Luno dalam pelan pelaburan mereka. 

Kempen ini dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Yang Berhormat Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah dan Pengurus Besar Asia Pasifik Luno, David Low.

Pengurus Besar Asia Pasifik Luno, David Low ketika mengulas mengenai pelancaran tersebut berkata, “Kami amat berbangga dengan kempen ‘Maju Bersama Luno’ yang memperkasakan rakyat Malaysia untuk menambah baik tahap kewangan peribadi mereka dengan meningkatkan pendidikan dan pemahaman mengenai aset digital. Luno sentiasa komited dalam menyokong usaha meningkatkan tahap literasi kewangan di Malaysia, dan kempen ini dibentuk berasaskan kepada prinsip utama kami iaitu menyediakan cara yang selamat, dilindungi, dan mudah untuk rakyat biasa di Malaysia melabur dalam aset digital seperti Bitcoin. Setakat hari ini, kami mempunyai lebih daripada 700,000 pelanggan di Malaysia dan komited untuk terus menyediakan sumber kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka mencapai matlamat kewangan mereka menerusi pelaburan dalam aset digital yang selamat dan dilindungi bersama-sama Luno.”

“Minat terhadap aset digital sebagai strategi pelaburan alternatif atau pelengkap bagi mencapai matlamat kewangan semakin meningkat dan kempen ‘Maju Bersama Luno’ akan memberi inspirasi dan bimbingan kepada rakyat Malaysia yang ingin mengembangkan dan memelihara kekayaan mereka. Peranan kami adalah untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat Malaysia dengan sumber yang betul untuk mendalami ilmu tentang aset digital”, tambah David.

Maju ke hadapan dengan aset digital untuk semua rakyat Malaysia

Inisiatif ‘Maju Bersama Luno’ ini telah direka bentuk secara khusus bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap aset digital – daripada para individu yang berhasrat untuk memulakan perjalanan pelaburan mereka hinggalah kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan mata wang kripto dan ingin meningkatkan lagi pendidikan dan pemahaman aset digital mereka.

Inisiatif ini turut merangkumi beberapa usaha seperti:

  • Aplikasi Luno dalam Bahasa Melayu – Luno telah melabur untuk menyediakan pilihan Bahasa Melayu dalam aplikasinya yang sedang dilancarkan secara berperingkat untuk semua pengguna.
  • Kandungan tempatan – Luno akan melancarkan lebih banyak lagi sumber dan komunikasi dalam Bahasa Melayu bagi menyokong rakyat Malaysia dalam perjalanan pembelajaran kripto mereka.
  • Lebih banyak pilihan aset digital – Minggu lepas, Luno turut mengembangkan pilihan pelaburannya kepada tujuh aset digital yang diluluskan dengan menawarkan dua token baharu: Chainlink (LINK) dan Uniswap (UNI) di dalam platformnya. Dalam tempoh beberapa hari yang lalu, rakyat Malaysia telah pun berdagang menggunakan aset digital baharu ini dengan nilai dagangan lebih daripada RM 7 juta

Susulan pelancaran kempen ini, Luno akan melancarkan lebih banyak lagi inisiatif pendidikan bagi menarik penglibatan dan mendidik lebih ramai rakyat Malaysia. Kempen ini akan diadakan merentasi pelbagai titik sentuh luar dan dalam talian termasuk jelajah pendidikan di lapangan bagi menggalakkan pemahaman mengenai aset dan pelaburan digital, kursus pembelajaran dalam talian Akademi Luno mengenai mata wang kripto khusus untuk masyarakat tempatan, dan sesi perbincangan mengenai kecergasan kewangan bagi menarik minat rakyat Malaysia dari seluruh negara.

Penerjun Olimpik, Pandelela Rinong ketika mengulas mengenai kerjasama beliau dengan Luno Malaysia berkata, “Semasa saya masih kecil, saya selalu ingin tahu mengenai perkara yang saya minati, dan begitulah bagaimana saya mula berkecimpung dalam dunia terjunan. Sama juga dengan kesejahteraan kewangan, saya mula tahu tentang aset digital sebagai salah satu kelas pelaburan melalui seorang kawan dan ia mencetus perasaan ingin tahu saya untuk membuat langkah pertama iaitu belajar lebih lanjut mengenainya. Saya gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada kempen Luno dan tidak sabar untuk meneruskan perjalanan ini bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain.”

Pemain Bola Sepak Profesional, Mohamad Zaquan Adha berkata, “Sebagai seorang ahli sukan, saya percaya bahawa mempunyai semangat ingin tahu atau minat untuk belajar adalah langkah paling penting ke arah perkembangan peribadi anda. Saya sememangnya berminat dalam meningkatkan tahap kecergasan kewangan saya dan mempelajari tentang aset digital. Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan Luno bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memulakan langkah pertama dan terus maju dalam perjalanan kecergasan kewangan mereka.”

“Kami harap inisiatif ini dapat meningkatkan kesedaran mengenai aset digital dan kempen ini akan menjadi pemacu utama usaha meningkatkan tahap kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia,” ujar David.Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Maju Bersama Luno’ dan aktiviti yang berkaitan dengannya, sila ikuti Luno di Facebook di www.facebook.com/LunoMalaysia.

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.