Melabur Bitcoin Semudah Membuat Secawan Kopi

Luno, bursa aset digital terkemuka yang dikawal selia di Malaysia, mengumumkan kempen membeli-belah baru yang menawarkan pelanggan baucar Bitcoin eksklusif dan peluang untuk memenangi mesin kopi NESCAFÉ® Dolce Gusto® Genio 2. Mulai sekarang hingga 30 September, pelanggan boleh membeli baucar Bitcoin dari Voucher & Deals di aplikasi mudah alih Shopee dengan harga serendah RM1.99 dan menebusnya melalui aplikasi Luno untuk membeli Bitcoin. Pelancaran ini bersempena dengan kempen 9.9 Super Shopping Day oleh Shopee, yang sedang berlangsung hingga 9 September.

Sebagai sebahagian daripada kempen Luno, pelanggan yang membeli baucar Bitcoin dan menebusnya dalam tempoh kempen, akan menerima baucar NESCAFÉ® Dolce Gusto® bernilai RM50 secara percuma. Baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli produk NESCAFÉ® Dolce Gusto® di Kedai Rasmi Shopee NESCAFÉ® Dolce Gusto®. Sebagai tambahan, pelanggan yang telah menebus baucar Luno mendapat satu penyertaan untuk cabutan bertuah di mana tiga pemenang akan dipilih untuk menerima mesin kopi NESCAFÉ® Dolce Gusto® Genio 2 bernilai lebih daripada RM500. Pemenang-pemenang bertuah akan diumumkan pada 14 Oktober.

Kempen ini adalah sebahagian daripada komitmen Luno untuk menawarkan rakyat Malaysia sebuah platform yang mudah dan selamat untuk melabur mata wang kripto. Ini sejajar dengan usaha syarikat untuk mendorong kesedaran dan penggunaan mata wang kripto di kalangan rakyat Malaysia dan merevolusikan cara wang dilihat dan digunakan. Di samping itu, Luno ingin menjadikan pembelian Bitcoin semudah membuat secawan kopi dan mewujudkan satu pilihan yang dapat diakses oleh pelanggan harian.

Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia, berkata, “Kami teruja dengan kempen terbaru bersama Shopee kerana kami berharap ia dapat menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa mudahnya untuk melabur mata wang kripto dengan selamat melalui platform kami yang dikawal selia. Kerjasama kami dengan Shopee adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan kami untuk menyediakan cara inovatif untuk membeli mata wang kripto. Matlamat kami adalah untuk mengurangkan halangan masuk bagi rakyat Malaysia untuk melabur mata wang kripto, sama ada mereka pelabur pemula atau berpengalaman. Bagi mereka yang berminat untuk melabur Bitcoin, kempen ini menawarkan pengenalan yang baik ke dunia mata wang kripto sambil menikmati secawan kopi.”

Tentang Luno

Luno merupakan syarikat mata wang kripto global terkemuka yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia ke sistem kewangan yang lebih baik. Diasaskan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Marcus Swanepoel dan Ketua Pegawai Teknologi Timothy Stranex, Luno dilancarkan pada 2013 dan telah membina pasukan hampir 400 orang, beribu pejabat di London dengan pusat serantau di Singapura dan Cape Town. Mempunyai lebih daripada 8 juta pengguna yang merangkumi lebih dari 40 negara, produk dan perkhidmatan Luno menjadikannya selamat dan senang untuk dibeli, dijual, disimpan dan mempelajari mengenai mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Luno telah disokong oleh beberapa pelabur terkemuka dunia termasuk Balderton Capital, RMI, Naspers dan Venturra, sebelum baru-baru ini diambil alih oleh Digital Currency Group (DCG)

Laman Web: www.luno.com

Media Sosial: Facebook

Aplikasi Mudah Alih: Android dan iOS

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.