4 Tips Pilih Saham Best

Siapa yang tak nak beli saham-saham yang best kan?

Saham yang best adalah saham syarikat-syarikat yang berpotensi untuk berkembang dan jana keuntungan. Ye lah, buat apa melabur kalau melabur untuk rugi kan?

Saham-saham di Bursa Malaysia dibahagikan mengikut sektor-sektor tertentu seperti hartanah, penjagaan kesihatan dan lain-lain lagi. Sudah pasti, ada ketika yang sektor hartanah berada dalam keadaan baik berbanding sektor-sektor lain dan begitulah sebaliknya.

Mengapa ini terjadi? Kerana demand dan supply mengikut kepada keadaan ekonomi negara juga dunia.

Jadi, macam mana kita nak tahu saham yang best dan boleh menjadi sebahagian daripada portfolio kita?

Kalau nak tahu jom tonton video ini.

Berdasarkan video yang telah anda tonton di atas, terdapat 4 perkara penting yang boleh kita lakukan untuk memilih saham yang best iaitu :

  1. Fahami bisnes yang dipilih
  2. Pilih industri yang kukuh
  3. Pastikan syarikat berdaya saing yang tinggi
  4. Syarikat berada dalam tahap kewangan yang baik

Haa. Nampak sikit dan mudah tapi kalau untuk beginner dalam pelaburan saham, mungkin sedikit sukar. Ada ratusan saham yang tersenarai di Bursa Malaysia, tak mungkin sempat nak study semua saham yang ada.

Inilah pentingnya ilmu pelaburan saham. Berguru dan menuntut ilmu dengan mereka yang berpengalaman. Memang tiada shortcut untuk berjaya, tapi dengan berguru, mereka akan membantu kita membuat pilihan terbaik berdasarkan kepada pengalaman mereka sebelum ini.

Selamat melabur!

Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda “Zero” tentang pelaburan saham, ayuh sertai program – program percuma anjuran bersama Bursa Malaysia. Daftar sekarang di labursaham.com

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.