Penangguhan Bayaran Ansuran Anggaran Cukai Secara Automatik Bagi Industri Terpilih Di Bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA)

1. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan lima (5) fokus utama program pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang tahun 2021 iaitu mengawal penularan COVID-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.

2. Bagi merangsang semula sektor pelancongan dan peruncitan, Kerajaan antaranya telah memperkenalkan inisiatif yang membenarkan penangguhan pembayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) dan Skim Ansuran (CP500) secara automatik bagi tempoh 1 April 2021 hingga 31 Disember 2021 kepada pembayar cukai yang menjalankan aktiviti pelancongan seperti ejen pelancongan, pengendali hotel dan syarikat penerbangan serta industri terpilih seperti panggung wayang dan spa.

3. Senarai kod Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC) aktiviti perniagaan yang layak mendapat penangguhan bayaran ini adalah seperti di Lampiran 1.

4. Satu pemberitahuan melalui e-mel rasmi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menggunakan domain e-mel @hasil.gov.my akan dikeluarkan kepada pembayar cukai yang layak berdasarkan maklumat Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang diterima oleh LHDNM.

5. Pembayar cukai yang menjalankan aktiviti perniagaan berdasarkan kepada kod MSIC tersebut tetapi tidak menerima pemberitahuan boleh membuat rayuan melalui e-mel [email protected] atau [email protected].

6. Bagi memberikan pemahaman yang jelas, LHDNM telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Asked Questions – FAQ) berkaitan Penangguhan Bayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) dan Skim Ansuran (CP500) mulai 1 April 2021 hingga 31 Disember 2021 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) yang boleh dicapai melalui pautan berikut:
Versi Bahasa Malaysia –
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/SOALAN_LAZIM_PEMERKASA_1.pdf
Versi Bahasa Inggeris –
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/SOALAN_LAZIM_PEMERKASA_2.pdf

Sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai perkara ini boleh diajukan kepada LHDNM melalui Hasil Recovery Call Centre di talian 03-8751 1000.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.