Perlindungan dan Bantuan Berterusan Untuk Pelanggan Hong Leong MSIG Takaful Sekiranya Berlaku Kemasukan Hospital Akibat COVID-19

Dikala perkembangan pandemik COVID-19 masih berterusan di Malaysia, Hong Leong MSIG Takaful Berhad (“HLM Takaful”) sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pelanggannya melalui ‘HLM Takaful COVID-19 Complimentary Special Benefit Programme 2.0’. Pelanggan yang mempunyai pelan perubatan individu boleh menuntut pembayaran balik kos rawatan hospital sekiranya mereka dimasukkan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan kritikal akibat daripada COVID-19.

Mohd Asri Omar, Ketua Pegawai Eksekutif HLM Takaful berkata, “Kesihatan dan kesejahteraan pelanggan kami sangat penting pada masa ini. Kini, pelanggan kami boleh memilih untuk mendapatkan rawatan perubatan terbaik melalui hospital swasta panel kami bagi rawatan COVID-19 untuk pesakit di bawah Kategori 3, 4 dan 5. Malah, had RM 1 juta yang diperuntukkan untuk ‘HLM Takaful COVID-19 Special Benefit Programme 2.0’ sebelum ini telah ditingkatkan agar lebih ramai pelanggan dapat menikmati manfaat ini dalam tempoh kempen.”

“Kami memahami bahawa COVID-19 boleh menjejaskan pelanggan kami dari segi kewangan. Oleh itu, kami sentiasa sedia membantu dengan ‘HLM Takaful Contribution Payment Relief Programme 3.0’ kami. Pelanggan yang layak boleh memohon untuk menangguhkan sumbangan Takaful mereka selama 90 hari sambil mengekalkan perlindungan Takaful mereka,” tambah beliau.

Sebagai sokongan usaha vaksinasi COVID-19 di seluruh negara, kami juga telah melanjutkan ‘HLM Takaful Pro Vax Campaign’ sehingga 31 Disember 2021. Tujuan kempen ini adalah untuk meringankan beban rakyat Malaysia dan Pemastautin Tetap berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia sekiranya mengalami kesan sampingan yang mungkin timbul akibat vaksinasi dengan memberikan manfaat kemasukan ke hospital harian dan manfaat  ihsan. Untuk mendaftar dalam talian atau mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, boleh lawati www.hlmtakaful.com.my/NoticeOnCovid19-Admin/CovidCommunity.aspx

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ‘HLM Takaful COVID-19 Complimentary Special Benefit Programme 2.0’, ‘HLM Takaful Contribution Payment Relief Programme 3.0’, ‘HLM Takaful Pro Vax Campaign’ dan juga produk-produk Takaful kami, sila e-mel [email protected], panggil 03 – 7650 1800 atau lawati laman web korporat kami di www.hlmtakaful.com.my 

###

Mengenai Hong Leong MSIG Takaful Berhad Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful) adalah pengendali takaful berlesen sejak tahun 2006 dan merupakan komponen penting dalam perkhidmatan kewangan Islam Hong Leong Financial Group sebagai platform bersepadu dalam menawarkan Perbankan Islam, Pelaburan Islam, Pengurusan Kewangan Islam dan Takaful berasaskan patuh Shariah.

Previous ArticleNext Article

Kerajaan Cadang Kadar Caruman Mandatori KWSP 2 Peratus Bagi Pekerja Asing – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) —  Kerajaan bercadang melaksanakan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kadar itu lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 12 peratus. 

“Tetapi ada yang bimbang ia akan meningkat, bermula pada 2.0 peratus kemudian naik kepada 4.0 peratus dan 6.0 peratus. 

“Ia bukan begitu. Kita kekalkannya pada 2.0 peratus, yang mana sangat minimum,” kata Anwar semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini, hari ini.

Beliau berkata cadangan itu akan dibincangkan di mesyuarat Kabinet minggu ini dan Kementerian Sumber Manusia akan mengumumkan butiran terperincinya.

Semasa pembentangan Belanjawan 2025, Anwar mengumumkan cadangan untuk mewajibkan semua pekerja bukan warganegara mencarum kepada KWSP dan akan memberikan layanan yang adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan.

“Cadangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat,” kata beliau pada Dewan Rakyat semasa pembentangan tersebut.

Susulan itu Kementerian Kewangan mencadangkan kadar caruman KWSP diseragamkan untuk rakyat Malaysia dan warga asing dengan kontrak pekerjaan baharu.

Ini bermakna pekerja akan menyumbang 11 peratus manakala majikan menyumbang 12-13 peratus.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan mencadangkan kadar caruman untuk pekerja asing dan majikan dengan kontrak sedia ada bermula pada 2.0 peratus dan meningkat secara berperingkat dalam tempoh enam tahun sehingga ia mencapai kadar caruman KWSP untuk pekerja Malaysia.

— BERNAMA