4 Sebab Kenapa Perniagaan Kecil-Kecilan Di Jepun Bertahan Selama Berabad

Ingin memulakan perniagaan boleh dikatakan sangat mudah untuk bermula, namun untuk mengekalkannya adalah sesuatu yang tidak ramai berjaya melakukannya. Akhirnya perniagaan tersebut tak bertahan lama dan tak berjaya diwarisi oleh anak cucu.

Berbeza pula dengan negara ‘matahari terbit’ ini kerana perniagaan berskala kecil mereka kekal dan berjaya dalam tempoh yang sangat panjang.

Mari kami kongsikan 4 sebab perniagaan kecil-kecilan di Jepun berjaya selama berabad lamanya.

1. Mewariskan Perniagaan Kepada Anak Cucu

Usahawan di Jepun mempunyai visi yang sangat jelas untuk mempertahankan perniagaan sehingga mereka dapat meneruskan perniagaan ke generasi akan datang. Ia adalah kerana mereka mewariskan perniagaan mereka kepada anak cucu.

Bagi masyarakat Jepun, menghubungkan generasi perniagaan boleh dikatakan lebih penting daripada menjana keuntungan dalam masa yang singkat dan tidak hairanlah mereka juga mengamalkan prinsip mengambil anak angkat dewasa.

Ini bertujuan untuk menggantikan mereka yang tidak mempunyai anak yang berkemampuan dalam pengurusan perniagaan.  Ia merupakan salah satu tradisi unik yang diamalkan oleh masyarakat Jepun yang telah wujud sejak zaman Edo lagi.

2. Memilih Menantu Yang Mahir Dalam Perniagaan

Image by abdulla binmassam from Pixabay

Selain itu, budaya mereka juga menitikberatkan tentang bakal menantu mereka. Sebagai contoh, sekiranya mereka mempunyai sebuah perniagaan, maka kriteria menantu mereka yang diinginkan adalah pandai dalam perniagaan mengikut perniagaan yang mereka jalankan.

Jadi melalui perkahwinan juga, perniagaan mereka akan tetap diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya. Itulah sebabnya perniagaan kecil-kecilan di Jepun berjaya bertahan berabad lamanya.

3. Layanan Yang Baik Kepada Pelanggan

Perniagaan kecil-kecilan Jepun berjaya berabad lamanya juga adalah kerana faktor hubungan dalam kalangan peniaga dan pelanggan. Budaya masyarakat Jepun amat terkenal dengan memiliki sikap yang sangat ramah dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah sangat luar biasa.

Salah satu teras perniagaan dan melayani pelanggan dengan baik adalah salah satu nadi kehidupan bagi sesebuah perniagaan.

4. Tetap Dengan Tujuan Asal Perniagaan

Image by Jason Goh from Pixabay

Akhir sekali, perniagaan kecil-kecilan Jepun berjaya berabad lamanya adalah disebabkan kerana mereka berpegang teguh dengan tujuan asal perniagaan mereka. Sekiranya mereka menjalankan perniagaan berasaskan hiburan, mereka akan kekal dengan perniagaan tersebut.

Namun apa yang berubahnya adalah produk yang ditawarkan mengikut peredaran zaman. Penting sekali, mereka berusaha untuk jadi leader market yang dikenali ramai bertahun-tahun.

Akhir kata, kejayaan perniagaan kecil di Jepun adalah benar dan ia disebabkan oleh 4 faktor di atas. Bagi mencapai kejayaan seperti mereka, mungkin kita juga boleh gunakan dalam perniagaan kita.

Sumber Rujukan: The Patriots

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.