Kenapa RM1 Juta, Akan Memberi Impak Yang Besar Dalam Hidup Anda?

Angka RM1,000,000.00 yang mempunyai 6 angka kosong di belakangnya (8 angka kosong jika dimasukkan nilai sen), adalah angka yang mungkin menjadi sebahagian daripada impian hidup kita.

Sekiranya anda menggunakan wang seringgit-seringgit lalu dikumpulkan menjadi timbunan wang sehingga berjumlah 1 juta ringgit, maka ketinggian susunan jumlah wang tersebut akan mencapai sekitar 350 kaki (107 meter).

Namun sejuta ringgit adalah terlalu subjektif untuk ditakrifkan sebagai banyak atau sebaliknya. Ianya bergantung kepada cara seseorang memandang jumlah wang tersebut.

Ada yang menganggapnya sedikit, manakala ada yang melihatnya sebagai banyak.

Walaupun ada di antara kita yang telah pun bergelar jutawan, namun ianya agak sukar untuk diperolehi oleh kebanyakan orang.

Jom kita tengok kenapa RM1 juta akan memberi impak yang besar dalam kehidupan kita:

1. Kebebasan (Freedom)

Jika anda mempunyai wang sebanyak ini, maka pilihan hidup anda tidak terbatas.

Bebas untuk memiliki masa bersama keluarga adalah yang paling utama.

Jika anda tidak menyukai pekerjaan sekarang, anda boleh berhenti kerja. Tidak selesa dengan tempat tinggal sekarang, anda boleh berpindah ke tempat baru.

Atau nak berhenti kerja sekejap untuk berjalan-jalan pusing satu dunia pun boleh. Tapi itu kena tunggu kes Covid-19 reda dulu lah.

2. Perlindungan Kesihatan

“Health is wealth”, ayat yang memang selalu sangat disebut. Mereka kata kesihatan yang baik adalah lebih bernilai daripada kekayaan. Rasanya memang tak ada siapa yang nak sakit tu datang.

Tetapi malangnya apabila kita mula jatuh sakit, kita perlukan wang untuk merawatnya.

Bayangkan jika anda mempunyai sejuta ringgit, kemudian anda terkena penyakit kronik dan memerlukan kos rawatan setinggi RM100,000. Mampu juga untuk membayarnya.

Bila dah sakit, pastinya kita dah tak larat nak bekerja pula. Boleh gunakan duit lebihan untuk meneruskan kehidupan.

3. Dapat Bantu Orang

Kita mencari harta di dunia untuk kebahagiaan di akhirat. Bila anda ada duit yang banyak, tiada masalah untuk bantu lebih ramai ahli keluarga, rakan-rakan atau komuniti.

Ramai yang bergelar jutawan aktif membantu orang di sekeliling mereka, ada juga yang sanggup mendermakan sebahagian besar kekayaan untuk tujuan amal kebajikan.

Banyak Cara Untuk Dapat RM1 Juta

Untuk mencapai wang satu juta ringgit, kita tidak boleh menyimpan semata-mata. Kena belajar untuk melabur dan kembangkan duit yang ada.

Dan pelaburan ini pula ada sesuatu untuk semua orang. Saham, emas, hartanah atau kripto. Ada yang perlu modal kecil, ada yang perlu modal besar, ada yang kena terlibat secara aktif, ada yang boleh dilakukan secara pasif.

Tapi yang lebih pentingnya, lagi awal kita bermula, lagi cepat kita dapat kembangkan duit tersebut. Daripada membazir masa dengan membandingkan pelaburan mana yang terbaik, sampai ke sudah pun tak bermula.

Mesti baca: Untung RM1 Juta Dalam Masa Setahun Lebih Dalam Saham

Rasa mustahil nak buat RM1 juta?
Dalam dunia ini segalanya mungkin. Tiada yang mustahil. Selagi bernafas, jangan putus asa.

Belajar dan Terus Belajar

Hakikatnya, bukan semua mendapat peluang untuk membuat perubahan. Bersyukurlah anda yang sedang membaca artikel ini antara insan yang terpilih untuk membuat perubahan dalam hidup.

Nak berubah perlukan ilmu. Misalnya ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham. Buku pun banyak boleh dibeli secara online. 

Alhamdulillah buku Malaysia Melabur Saham telah terbit. Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Buku Malaysia Melabur Saham

Kenapa Kena Beli Buku Ini?

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
  • Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAY-700x467.jpg

Apa Kata Sifu Saham?

“Buku ini memang sangat membantu bagi mereka yang nak mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham”– TUAN HAJI MOHD ASRI AHMAD (MSTA,CFTe), Master Trainer Asri Ahmad Academy, Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018

“Dalam dunia pelaburan saham ni banyak cabangnya, dengan membaca buku ini anda tahu nak mula”– TUAN HAJI ZAINAL ARIFFIN OSMAN (MSTA, CFTe, IFTA, UKSTA, MATA), Certified Technical Analyst, Senior Vice President Inter-Pacific Securities

“Dengan membaca buku ini, ianya dapat membantu kita agar tak tersalah langkah dalam melabur saham”– TUAN NAZARRY ROSLI (CCFT, CFP, MSTA, CFTe), Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)

Buku Malaysia Melabur Saham kini dibuka untuk jualan. Tempah sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Terima kasih lagi sekali kepada semua followers kami, semoga kita menjadi pelabur yang kaya dan berjaya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Banyak Keistimewaan Jadi Miskin di Malaysia?

Jangan salah faham. Menjadi miskin bukanlah satu keistimewaan. Tetapi di Malaysia, golongan berpendapatan rendah dan keluarga yang benar-benar memerlukan memang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

Antaranya:

1. STR – Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan tunai kepada golongan yang memenuhi syarat pendapatan dan kategori ditetapkan.

2. SARA – Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM200 / RM150 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).

3. Bantuan perumahan
Ada skim seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), selain skim sewaan atau subsidi tertentu untuk keluarga berpendapatan rendah.

Keluarga berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM3,000, belum memiliki rumah dan memenuhi syarat boleh memohon PPR.

4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Ini berbeza dengan PPR.

Contoh:
Keluarga berpendapatan rendah mempunyai tanah sendiri tetapi belum mempunyai rumah yang sesuai boleh melihat kelayakan RMR.

Antara syarat yang dinyatakan SPNB ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 dan pemohon/pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna. Tanah yang sesuai juga diperlukan.

Cara mohon:
Permohonan dibuat melalui SPNB dan dokumen berkaitan tanah, pendapatan serta maklumat keluarga perlu disediakan.

5. Bantuan JKM
Ini antara yang ramai tak tahu sebab bantuan JKM bukan satu jenis sahaja.

Contohnya terdapat bantuan berkaitan kanak-kanak, warga emas, OKU, penjagaan dan keadaan keluarga tertentu.

Cara mohon:
Permohonan boleh dibuat melalui sistem eBantuan JKM bagi negeri yang menyokong permohonan dalam talian, kemudian pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bersama dokumen sokongan.

Terdapat pelbagai skim mengikut keadaan penerima, termasuk bantuan kanak-kanak, warga emas dan bantuan am.

6. Bantuan Kesihatan – mySalam

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Bagi penerima yang layak pada 2026, mySalam menyediakan manfaat seperti hospitalisasi sehingga RM700 setahun dan RM8,000 untuk penyakit kritikal yang dilindungi, tertakluk kepada syarat skim.

Cara mohon:
Semak kelayakan di Portal mySalam. Jika layak dan berlaku kejadian yang dilindungi, tuntutan dibuat secara dalam talian dengan memuat naik dokumen seperti nota discaj atau borang doktor.

7. Bantuan pendidikan
Bantuan yuran, tuisyen, biasiswa dan pelbagai bentuk sokongan pendidikan disediakan secara bersasar untuk keluarga yang memerlukan.

  • BAP (Bantuan Awal Persekolahan) → bantuan tunai RM150 seorang murid untuk murid yang layak.
  • RMT (Rancangan Makanan Tambahan) → murid yang layak mendapat makanan pada setiap hari persekolahan; KPM menetapkan sehingga 190 hari setahun.
  • KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) → bantuan khusus untuk membantu murid miskin supaya tidak tercicir daripada persekolahan.
  • BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan) → antara bantuan kewangan pendidikan yang disenaraikan KPM untuk murid yang memenuhi syarat.
  • Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) → bantuan khusus untuk murid yang memenuhi syarat berkaitan pendidikan khas.

8. Bantuan zakat
Bagi orang Islam yang layak, boleh memohon bantuan daripada institusi zakat negeri masing-masing.

Contohnya bantuan boleh melibatkan:

  • sara hidup
  • pendidikan
  • perubatan
  • sewa/rumah
  • bantuan kecemasan
  • modal perniagaan

Cara mohon:
Bergantung kepada negeri. Contohnya di Selangor, permohonan dibuat melalui saluran rasmi institusi zakat negeri dan biasanya memerlukan dokumen pendapatan, tanggungan, tempat tinggal dan dokumen sokongan berkaitan.

9. Bantuan pekerjaan & latihan
Kerajaan juga menyediakan program pekerjaan dan latihan kemahiran untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan.

MYFutureJobs
Portal pekerjaan nasional yang dikendalikan PERKESO. Boleh cari kekosongan kerja, daftar sebagai pencari kerja dan dapatkan khidmat padanan pekerjaan.

TVET
Kalau nak belajar kemahiran seperti automotif, elektrik, kimpalan, penyelenggaraan, teknologi dan sebagainya, boleh semak institusi TVET kerajaan dan permohonan melalui UP_TVET.

HRD Corp
Terdapat pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan pekerjaan, bergantung kepada program serta kelayakan peserta.

Program penempatan pekerjaan PERKESO
PERKESO juga menjalankan program padanan pekerjaan, karnival kerjaya dan penempatan pencari kerja dengan majikan.

10. Bantuan membaiki atau membina rumah
Program bantuan perumahan turut merangkumi pembinaan baharu dan baik pulih rumah, khususnya bagi isi rumah miskin tegar.

Contoh 1 : Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar

KPKT ada Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar untuk isi rumah yang memenuhi syarat kemiskinan, termasuk yang disahkan dalam eKasih.

Contohnya rumah mengalami:

  • bumbung rosak
  • kerosakan akibat banjir/ribut/kebakaran
  • kerosakan kecil kerana faktor usia
  • keadaan rumah yang tidak lagi selesa tetapi masih ekonomik untuk dibaiki

Kadar bantuan maksimum yang dinyatakan KPKT ialah RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

11. Bantuan / inisiatif sewa rumah mengikut negeri

  • Selangor → Skim Smart Sewa – sewa pada kadar berpatutan + 30% bayaran sewa boleh dikumpulkan untuk membantu pemilikan rumah.
  • Johor → Bantuan Sewa Rumah Perumahan Kasih Johor – bantuan RM2,500 kepada penerima yang layak. Antara penambahbaikan yang diperluaskan bagi Bantuan Sewa Rumah ialah syarat kelayakan dengan membuka peluang kepada pelajar IPTA/IPTS di Negeri Johor untuk memohon.
  • Sarawak → Skim Bantuan Sewa Rumah (SRAS) – bantuan sewa untuk isi rumah yang memenuhi syarat.
  • Perak → Skim Bantuan Sewa Rumah MAIPk – bantuan sewa sehingga RM500 sebulan untuk asnaf yang layak.

12. Nak berniaga tetapi perlukan bantuan

Contohnya di Selangor:

  • Dana Usahawan Madani Selangor menyediakan bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan perniagaan sehingga RM30,000, tertakluk kepada syarat kelayakan. Ini geran bukan pinjaman. Tetapi setiap program ada syarat, kategori penerima dan tempoh permohonan tersendiri.
  • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor menyediakan bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000. Program ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi peniaga kecil melalui pemberian bantuan peralatan atau mesin berdasarkan perniagaan yang sedang dijalankan.

Jadi, betul ke “banyak keistimewaan jadi miskin”?

Banyak bantuan disediakan untuk mereka yang berada dalam keadaan miskin atau berpendapatan rendah. Dan bantuan ini bukan bermaksud hidup mereka lebih mudah.

Sebab di sebalik setiap bantuan itu ada satu perkara yang kita selalu terlupa:

Miskin tetap bermaksud mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Bantuan kerajaan mungkin meringankan beban, tetapi tidak semestinya mengubah kehidupan seseorang menjadi senang.

Bantuan ialah jaring keselamatan. Bukan tiket untuk hidup mewah.

Bantuan ini diwujudkan untuk membantu mereka yang layak. Gunakan bantuan sebagai ruang untuk meringankan beban, bukan untuk mengambil kesempatan.

Dan jangan lupa, Islam juga mengajar kita untuk berusaha mencari rezeki.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seseorang makan makanan yang lebih baik daripada hasil kerja tangannya sendiri.”
— Riwayat al-Bukhari