Ciri-Ciri Syarikat MLM Patuh Syariah. Ada Ke?

Syarikat MLM buat untung banyak, pasti beri keuntungan banyak pada kita?

Pilih syarikat MLM patuh syariah, takut-takut tak halal atau ditipu nanti.

Kini, heboh tentang beberapa syarikat MLM di negara kita yang dijalankan oleh beberapa nama perniagaan yang terkenal. Jadi, sebagai pengguna, kita tidak seharusnya menghukum semua syarikat MLM di negara kita ini sebagai penipu dan tidak sah di sisi undang-undang. 

Sebaliknya, ada juga antara syarikat MLM ini patuh syariah dan sah di sisi undang-undang. Penting buat kajian bagi melihat yang mana satu patuh syariah dan yang mana tidak halal. 

Dalam perkongsian kali ini, jom kami kongsikan antara ciri-ciri syarikat MLM patuh syariah. Apabila kita ketahui ciri-cirinya, mudahlah kita berjaga-jaga sebelum tersilap. Ciri syarikat MLM patuh syariah ini juga adalah sebagai garis panduan untuk kita buat keputusan yang tepat dalam mendapatkan peluang untuk menjana pendapatan di tempat yang betul.

1. Mempunyai Produk Yang Sahih Dan Dibuktikan Kewujudannya

Syarikat MLM yang patuh syariah biasanya mempunyai produk yang wujud, sahih dan mempunyai manfaat kepada pelanggan. Namun, sekiranya syarikat MLM yang anda kenali tersebut hanya menjanjikan bulan dan bintang serta produknya entah ke mana, maka ia sememangnya syarikat MLM yang tidak patuh syariah kerana mempunyai unsur-unsur ‘money game’.

Sebagai contoh, syarikat Kenshido International dan Amway sangat terkenal dan ia mempunyai produk yang kukuh seperti Nutrilite, Glister, Philips, Score A dan lain-lain lagi. Ia telah dibuktikan melalui kewujudan produknya yang memberi manfaat kepada ramai orang.

2. Produk Yang Dijual Terbukti Halal

Selain itu, bagi memastikan syarikat MLM tersebut patuh syariah, produknya mestilah terbukti halal. Sekiranya produk tersebut tidak dapat dipastikan bukti halal, maka ia tidak mematuhi hukum syariah yang ditetapkan.

Ciri syarikat MLM patuh syariah yang bagus adalah ia tidak ragu-ragu dalam status halal. Produk halal, dikenali ramai dan halal adalah pilihan utama seorang yang bergelar muslim.

3. Pendapatannya Tidak Daripada Yuran Keahlian

Syarikat MLM yang patuh syariah juga mestilah tidak melalui sumber yuran keahlian. Apa yang penting, keuntungan dan komisyen juga bukanlah daripada tajaan tetapi melalui nilai penjualan produk yang berjaya dijual. Sebab itulah ciri syarikat MLM yang patuh syariah adalah syarikat yang mempunyai produk kerana dari segi produk sebenarnya pendapatan boleh masuk.

4. Mempunyai Penasihat Syariah

Sekiranya syarikat MLM tersebut mempunyai penasihat syariah, maka ia adalah patuh syariah. Pastikan juga latar belakangnya adalah daripada usul fiqh, melalui kewangan agama islam dan muamalat. Ia adalah seperti garis panduan bagi memastikan pendapat mereka selari dengan pendapat yang ditetapkan oleh Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

5. Keuntungannya Berdasarkan Usaha Sendiri

Bagi mengetahui sama ada syarikat MLM tersebut patuh syariah ataupun tidak, adalah juga dengan melihat dari segi keuntungannya berdasarkan usaha sendiri dan tidak pasif. Sekiranya syarikat tersebut menjanjikan keuntungan yang pasif, maka ia tergolong dalam syarikat MLM yang tidak patuh syariah. 

Penting sekali, ia juga tidak menjana keuntungan melalui ‘downline’ dan tidak menggunakan sistem piramid.

Kesimpulannya, dengan adanya ciri-ciri di atas dalam sesebuah syarikat MLM, maka syarikat MLM ini mematuhi syariah dan selamat untuk disertai. Selain itu, syarikat ini juga harus mempunyai pelan pemasaran yang jelas, dibiayai oleh agensi patuh syariah serta laporan kewangannya diaudit dengan jelas. 

Semoga dengan perkongsian ini, akan memberi sedikit pendedahan mengenai syarikat MLM patuh syariah kepada mereka yang belum ketahuinya.

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.