iProperty.com.my: Pertumbuhan Harga Median Sewa Hartanah Lembah Klang Teratas Bagi H1 2022 Mencerminkan Permulihan Pasaran Sewa Berterusan

KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2022 – iProperty.com.my hari ini mengumumkan hartanah kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan pertumbuhan harga median sewa tertinggi pada setengah tahun pertama (H1) 2022. Hartanah-hartanah tersebut telah memperoleh pertumbuhan peratusan dua angka berbanding setengah tahun kedua (H2) [RS1] 2021. 

Semakin ramai pencari hartanah mengalihkan tumpuan kepada menyewa sebagai penyelesaian untuk meningkatkan keperluan gaya hidup dan ruang kediaman mereka. Ini disebabkan oleh iklim ekonomi yang mencabar termasuk kenaikan kadar faedah dan kos sara hidup yang lebih tinggi.

Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), berkata, “Di iProperty.com.my, kami telah menyaksikan peningkatan 34% dalam carian untuk hartanah sewa pada H1 2022. Peningkatan carian ini mencadangkan bahawa menyewa adalah pilihan yang sesuai untuk pengguna yang ingin mencari lebih kebebasan dan fleksibiliti serta kelebihan kewangan. Pertumbuhan harga sewa yang memberangsangkan oleh beberapa hartanah terkemuka di Lembah Klang juga memberi petunjuk bahawa pasaran hartanah mempunyai keupayaan untuk pulih pasca pandemik. Ini memberikan keyakinan kepada pembeli dan penaik taraf yang ingin melabur dalam hartanah kediaman. Dalam keadaan yang sama, situasi ini memberi peluang kepada pelabur hartanah yang kukuh dari segi kewangan untuk memanfaatkan potensi hartanah sewa yang menguntungkan.”

Data iProperty.com.my menawarkan gambaran yang lebih jelas tentang pergerakan harga sewa dengan mengenal pasti hartanah bertingkat tinggi melalui tiga peringkat harga berbeza – di bawah RM1,500; RM1,500 ke RM2,500; dan melebihi RM2,500. Ini menawarkan pandangan yang lebih mendalam tentang pelbagai jenis pilihan pelaburan sewaan yang menunjukkan prestasi baik dalam keadaan semasa.

Berikut ialah senarai hartanah kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan median pertumbuhan sewa tertinggi pada H1 2022:

Mampu Milik dan Kemudahan – Hartanah Terbaik Dengan Harga Sewa Bawah RM1,500

Lokasi yang strategik dan harga yang baik adalah faktor pendorong utama di sebalik pertumbuhan harga median sewa beberapa hartanah kediaman bertingkat tinggi Kuala Lumpur di bawah RM1,500. Kondominium Miharja di Cheras mengungguli senarai dengan pertumbuhan sebanyak 11.5%. Kondominium tersebut berdekatan dengan stesen LRT dan MRT serta pengalaman runcit seperti pusat membeli-belah, medan selera, dan restoran. Beberapa hartanah bertingkat tinggi di Bukit Jalil dan Kuchai Lama juga muncul sebagai pemenang, mencatatkan pertumbuhan hargamedian sewa antara 9.1% (De Tropicana, Kuchai Lama) dan 7.8% (Residensi Lanai, Bukit Jalil). Pergerakan positif itu disokong oleh kemudahan untuk mengakses projek-projek ini melalui beberapa lebuh raya utama.

Sementara itu, hartanah di pinggir bandar Selangor seperti Bandar Sungai Long, Cyberjaya, dan Semenyih, terus popular di kalangan penyewa berpendapatan sederhana. Landmark Residence 2 di Bandar Sungai Long, yang mencatatkan pertumbuhan harga median sewa sebanyak 16.7%, menawarkan nilai yang hebat dengan permintaan harga sewa yang berpatutan, persekitaran tempat tinggal yang tenang dan rangkaian jalan raya yang baik. Begitu juga di Cyberjaya, The Arc dan Tamarind Suites telah menunjukkan prestasi yang baik pada H1 2022 dengan pertumbuhan masing-masing sebanyak 10% dan 9.1%. The Arc adalah amat popular di kalangan pelajar university dan penyewa tempatan dan asing yang bekerja di sekitar kawasan itu. Manakala, Tamarind Suites mempunyai banyak unit yang disewakan sebagai penginapan jangka pendek kerana susun atur dupleksnya yang menarik dan lokasi yang bersebelahan pusat membeli-belah kejiranan popular.

Memenuhi Permintaan Gaya Hidup Penduduk Bandar – Hartanah Terbaik dengan Harga Sewa Antara RM1,500 hingga RM2,500

Hartanah di dalam lingkungan harga ini menarik minat golongan muda di bandar kerana mereka biasanya tinggal di lokasi yang lebih strategik dan menawarkan beberapa kelebihan gaya hidup. Satu contoh ialah Taragon Puteri Bintang di Kuala Lumpur, yang menyaksikan harga median sewanya meningkat sebanyak 33.3% pada H1 2022. Ini telah menandakan kebangkitan semula minat di kawasan Jalan Pudu lama di sekitar Bukit Bintang. Hartanah ini mendapat manfaat daripada akses mudah ke pusat membeli-belah, pusat hiburan, LRT dan stesen Monorel. Atas sebab yang sama, beberapa hartanah di Setapak memperoleh antara 25% (The Ridge) dan 12.5% ​​(Platinum Lake PV 13) dalam pertumbuhan harga median sewa. Setapak menawarkan lebih banyak pilihan kediaman bertingkat tinggi dengan harga yang berpatutan dan kemudahan gaya hidup yang dinaik taraf, serta akses mudah ke pusat bandar. Hal ini memberi petanda baik kepada penduduk bandar moden yang berpendapatan sederhana.

Bagi Selangor, lima hartanah sewa di Subang Jaya dan Puchong mendominasi senarai pertumbuhan harga median teratas – berikutan tarikan tradisionalnya sebagai kawasan kejiranan matang yang memfokuskan kehidupan keluarga dan komuniti. Faktor kesesuaian untuk didiami adalah salah satu kekuatan Subang Jaya. Kawasan ini telah menjadi sebuah pusat kepada pelbagai medan makan, tarikan keluarga dan institusi pendidikan,. Ini telah dicerminkan dalam prestasi kukuh tiga hartanah sewa termasuk Kenwingston Skylofts, yang menyaksikan harga median sewanya meningkat sebanyak 17.6%.

Sementara itu, daya tarikan Puchong sentiasa menjadi tumpuan keterhubungan, dengan banyak LRT dan titik akses lebuh raya. Hasilnya, kawasan itu merupakan salah satu penggerak utama untuk harga median sewa di Selangor, mencatatkan pertumbuhan antara 12.5% ​​(Zefer Hill Residence) dan 16.7% (Skyvilla @ D’Island) pada H1 2022.

Premium dan Eksklusif – Hartanah TerbaikDengan Harga Sewa Melebihi RM2,500

Hartanah dalam lingkungan harga sewa ini memenuhi keperluan penyewa berpendapatan tinggi dengan keutamaan untuk menikmati kehidupan mewah. Pembukaan semula sempadan antarabangsa telah menarik komuniti ekspatriat untuk kembali ke pasaran hartanah Malaysia. Sebagai contoh, di Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC), Setia SKY Residences mencatatkan pertumbuhan purata harga sewa sebanyak 29%. Suite Platinum (The Face Suites) juga memperoleh 15.4% disebabkan lokasinya dalam hab perniagaan dan komersial utama ibu kota. Hartanah ini juga terkenal di kalangan pelancong dan pengembara perniagaan yang mencari penginapan jangka pendek. Mont Kiara ialah satu lagi kawasan popular di kalangan ekspatriat yang menyaksikan harga sewa puratanya meningkat antara 11.1% (i-Zen @ Kiara 2) dan 10.5% (Lumina Kiara), menjadikannya sasaran kegemaran pelabur hartanah.

Bagi penyewa tempatan dalam lingkungan pendapatan lebih tinggi, ramai yang merasakan pengalaman hidup yang dipertingkatkan dengan ruang yang besar, persekitaran hijau yang kondusif dan kemudahan yang memperkayakan gaya hidup, sebagai faktor kritikal apabila mencari hartanah. Contoh utama ialah Tropicana Grande, yang menyaksikan harga sewa puratanya meningkat sebanyak 9% – kondominium gaya resort ini menyediakan kemudahan rumah kelab dan berhadapan Tropicana Golf & Country Resort. Verde@Ara Damansara, dengan kemudahan rekreasi yang diilhamkan oleh hotel juga masuk ke dalam senarai dengan purata pertumbuhan harga sewa sebanyak 12.90%. Mendahului senarai ialah Saujana Residency di Subang Jaya, dengan purata pertumbuhan harga sewa sebanyak 20%. Walaupun lebih lama, apartmen berservis ini menawarkan kediaman berkepadatan rendah, taman peribadi khusus bagi unit yang lebih besar, dan pelbagai kemudahan gaya hidup termasuk kedai serbaneka dalaman dan dobi.

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.