Beli Saham Facebook, Google, Apple, Microsoft Guna Maybank2U dan CIMB Clicks

Berita baik untuk pelabur-pelabur di Malaysia, untuk hari ini sahaja iaitu 9 Februari 2018, anda kini boleh beli top 50 saham-saham blue chip Dow Jones yang terkenal seperti Facebook, Apple, Google, Microsoft dan banyak lagi dengan MyETF Dow Jones U.S. Titans 50 (MyETF-US50).

Apa Itu MyETF-US50?

Sebelum itu, kita kena faham dulu apa itu exchange traded fund atau ETF. Biasa dengar unit trust kan?

Unit Trust adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah, yang mengutip duit orang ramai (bukan derma!) supaya syarikat dapat melaburkan duit tersebut bagi pihak orang ramai, menerusi ikatan amanah.

Unit Trust adalah salah satu instrumen pelaburan yang boleh dijadikan pilihan jika anda tidak berani menanggung risiko yang tinggi.

ETF ini pula sama macam unit trust, tetapi ianya disenaraikan di Bursa Malaysia. Nak beli MyETF-US50, ni sama macam nak beli IPO.

Jadi anda perlu ada akaun CDS dahulu, baru boleh beli.

Yang bestnya, dengan MyETF-US50 ia adalah unit trust untuk dan dilaburkan ke dalam Indeks Dow Jones Islamic Market U.S. Titans 50. Maknanya, top 50 saham-saham blue chip atau saham-saham mahal di pasaran Amerika Syarikat kini boleh jadi milik anda.

Sumber: MyETF

Untuk keterangan lanjut, boleh muat turun prospektus MyETF-US50 di laman web Bursa Malaysia.

Unit Trust vs ETF vs Saham

Sumber: MyETF

Nak tahu lebih lanjut mengenai dana MyETF-US50, indeks Dow Jones Islamic Market U.S. Titans 50, yuran-yuran yang terlibat dan selebihnya boleh ke laman web MyETF.

Bagaimana Nak Langgan MyETF-US50?

Ada 3 cara iaitu:

1. Online

Daftar akaun dengan institusi-institusi kewangan yang terlibat:

Masukkan permohonan dan buat bayaran online

Hantar permohonan

Tutorial jika nak beli dari Cimb Clicks:

 

Contoh jika nak beli dari Maybank2U:

 

 

Minimum pembelian adalah 100 unit.

2. Mesin ATM

Cari mana-mana ATM institusi-institusi kewangan yang terlibat:

Masukkan permohonan dan buat bayaran menerusi ATM

Hantar permohonan

3. Ejen

Hubungi mana-mana ejen:

BIMB Securities Sdn Bhd

  • Haniza Abu Kassim – Equity Dealing (Retail) (+603) 2691 1242
  • Aiman Nawwar Binti Mohd Razi – Equity Dealing (Retail) (+603) 2613 1712
  • Siti Ruzannah Binti Mohd Ghazali – Equity Dealing (Retail) (+603) 2613 1716

Kenanga Investment Bank Berhad

  • Iqbal Jusoh – Islamic Markets (+603) 2172 2724
  • Idealia Samsudin – Islamic Markets (+603) 2172 2725
  • Fong Soh San – Equity Capital Markets (+603) 2172 2733
  • Tan Heng Meng – Equity Broking (+603) 2172 2886

Walau bagaimanapun, setiap pelaburan terdapat risiko, sama seperti saham. Pelaburan ETF ini tertakluk kepada turun naik pasaran. Prestasi ETF mungkin terkesan secara langsung oleh prestasi saham atau komponennya.

Tapi jika dah faham kena cepat bertindak, ianya untuk hari ini sahaja. Dan akan ditutup pada jam 5 petang 9 Februari 2018.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.