Kenapa Kejatuhan Indeks Dow Jones Kali Ini Ditakuti?

Jika anda mengambil tahu tentang sentimen pasaran antarabangsa terutamanya Indeks Dow Jones (DJI), pasti sedar bahawa sejak tiga minggu yang lepas pasaran tidak menentu dimana indeks pernah jatuh 300 ke 400 mata dalam satu hari sebelum ia rebound semula.

Setelah sekian lama pasaran menaik dan dalam keadaan bullish semenjak krisis kewangan disebabkan oleh krisis subprime pada tahun 2008, ramai spekulator membuat andaian bahawa pasaran saham akan sekali lagi mengalami kejatuhan berdasarkan kitaran pasaran 10 tahun. Kenaikan indeks juga terlalu banyak sehingga menyebabkan over valuation, jadi kejatuhan saham dianggap perlu untuk mengimbangi semula pasaran.

Disini kami akan kongsikan 3 pendapat dari Empayar Saham mengapa kejatuhan Indeks Dow Jones kali ini paling ditakuti pelabur?

1. Polisi Ekonomi Presiden Donald Trump

Presiden Donald Trump sebenarnya menyasarkan pertumbuhan ekonomi 3% setahun. Untuk mencapai keadaan ini, beliau banyak mengeluarkan polisi ekonomi yang memanfaatkan mikroekonomi US. Antaranya ialah menggalakkan syarikat-syarikat US membuka kilang di US, memperkenalkan potongan cukai korporat dan menggalakkan perbelanjaan dalam negara.

Ini menyebabkan ekonomi data US yang kuat selain penurunan kadar pengangguran. Kuasa beli meningkat dan seterusnya ia meningkatkan inflasi. Ini seterusnya mendorong Federal Reserves meningkatkan interest rate.

Masalahnya, sebelum ini pun Federal Reserves memang secara gradual ada meningkatkan interest rate, tetapi ia dilihat kurang berkesan kerana indeks terus meningkat dan 10-year Treasury yield tidak berubah. Sekiranya keadaan berterusan, Federal Reserves berkemungkinan akan meningkatkan interest rate pada kadar yang jauh lebih pantas.

Peningkatan interest rate yang lebih pantas akan menyebabkan stock market jatuh lebih teruk.

2. Stock Market Over Valuation

Jika anda lihat chart indeks Dow Jones, anda akan mendapati sejak 2016, indeks tidak pernah jatuh melebih 5%. Bahkan, masuk tahun 2017, indeks Dow Jones terus meningkat secara exponential – satu gejala yang tidak baik.

Indeks Dow Jones menjadi begitu bullish kerana market over valuation.

Di US, begitu banyak syarikat yang mempunyai fundamental bagus sehingga di mana-mana anda melabur pun, anda boleh profit. Warren Buffet sendiri pernah bising tentang banyak syarikat yang perform berbanding ketika zaman beliau muda, menyebabkan masyarakat berpusu-pusu masuk ke dalam stock market – satu petanda kepada permulaan market crash.

Lagi pun, berbeza dengan zaman dot.com crash yang mana pada ketika itu internet masih baru, pada ketika itu, kesedaran masyarakat tentang analisis fundamental masih kurang menyebabkan mereka melabur kepada apa saja syarikat yang ada nama dot.com tanpa mengambil kira fundamental syarikat tersebut, kali ini masyarakat lebih kritikal terhadap fundamental syarikat menyebabkan syarikat-syarikat  lebih serius membina fundamental mereka. Inilah yang membawa kepada begitu banyak syarikat yang established.

Memanglah sesuatu yang bagus bila banyak syarikat yg mempunyai fundamental yang baik. Namun, ini juga menyebabkan valuation menjadi semakin longgar dan pada masa sama ia juga menyebabkan correction menjadi semakin tertangguh. Apabila correction tertangguh, correction yang seterusnya akan menjadi lebih besar, bahkan boleh menyebabkan market crash.

Ini merisaukan Warren Buffet kerana jika berlaku market crash yang seterusnya, kesannya akan menjadi jauh lebih teruk kerana banyaknya syarikat yang establish yang boleh jatuh dengan serentak.

Market over valuation akan menyebabkan stock market itu sendiri akan jatuh lebih teruk.

3. US Treasury Nak Pakai Wang

Disebabkan polisi ekonomi Presiden Donald Trump yang mahu meningkatkan pendapatan dalam negara, lebih wang perlu dibelanjakan untuk tujuan stimulus. Untuk mendapat lebihan wang untuk dibelanjakan, US Treasury perlu meminjam lebih banyak wang.

Antara cara untuk meminjam wang ialah dengan membuat bond2 baru.

Masalah yang timbul apabila membuat bond2 baru ialah ia akan meningkatkan jumlah bond di dalam market. Ini seterusnya akan menjatuhkan nilai bond dan ia akan menyebabkan pelabur2 hilang minat untuk membeli bond2 tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan US perlu meningkatkan pulangan untuk mengembalikan minat pelabur2. Caranya ialah dengan meningkatkan interest rate.

Tetapi, Federal Reserves sudah pun terlebih dahulu mahu menaikkan interest rate untuk mengawal inflasi. Menaikkan lagi interest rate untuk menarik minat pelabur2 membeli bond akan menyebabkan interest rate menjadi jauh lebih tinggi dan ini dikhuatiri akan memberikan kesan berganda terhadap stock market.

Kesimpulannya, khuatir dgn market correction overdue dan peningkatan interest rate yg tinggi menyebabkan pelabur2 bertindak keterlaluan dan panik. Ditambah lagi dgn kemunculan auto-trade yang mana buy & sell dijalankan oleh komputer, ia mengagregatkan lagi kesan kejatuhan yang mana hasilnya kejatuhan indeks Dow Jones yang besar.

Bagi Admin, akan datang kita akan melihat correction yang besar-besar begini. Masalahnya, kalau correction pun dah besar, macamana pula agaknya nanti jika market crash?

Kredit: Empayar Saham

Berhati-Hati Ketika Melabur Ketika Pasaran Tidak Menentu

Senang cerita, kita kena lebih berhati-hati ketika melabur dalam pasaran saham apabila keadaan tidak menentu seperti sekarang.

Biar keadaan stabil sedikit, barulah mula masuk semula ke dalam pasaran saham. Yang penting, lindungi modal anda. Tarik nafas, pergi jalan-jalan. Apabila nampak peluang, masa itulah kita rebut.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sunway Cadang Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bagi Memiliki IJM Corp Pada Harga RM3.15 Sesaham

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Sunway Bhd mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk memiliki keseluruhan 3.51 bilion saham dalam IJM Corp Bhd pada harga tawaran RM3.15 sesaham.

Sunway dalam satu makluman di Bursa Malaysia hari ini berkata Maybank Investment Bank Bhd yang bertindak bagi pihaknya, telah menyerahkan notis tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat kepada lembaga pengarah IJM Corp mengenai hasratnya untuk memiliki keseluruhan kepentingan ekuiti pada harga tawaran itu.

Ia menambah Sunway mungkin mencalonkan sebuah anak syarikat milik penuhnya sebagai penerima saham tawaran berkenaan.

“Dengan mengandaikan tawaran yang dicadangkan itu diterima sepenuhnya dan tiada pelarasan dibuat terhadap harga tawaran, jumlah pertimbangan bagi tawaran itu dianggarkan sekitar RM11.0 bilion yang akan diselesaikan melalui gabungan tunai dan penerbitan saham biasa baharu dalam Sunway,” kata Sunway.

Sekiranya tiada berlakunya sebarang keadaan yang diluar jangka, syarikat itu berkata tawaran yang dicadangkan dijangka selesai menjelang suku ketiga 2026.

Syarikat itu berkata tawaran yang dicadangkan itu adalah tertakluk kepada, antaranya Sunway mesti menerima, pada atau sebelum tarikh tutup, penerimaan sah yang akan menyebabkan Sunway memegang, secara keseluruhan lebih daripada 50 peratus saham undian IJM Corp.

Sunway berkata ia mungkin akan cuba untuk menyahsenarai IJM Corp melalui kaedah yang dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai, dengan keputusan untuk meneruskan dan pilihan kaedah akan dibuat pada masa yang relevan.

Ia berkata penyelesaian tawaran yang dicadangkan itu akan mewujudkan sebuah konglomerat yang diperbesarkan yang terlibat dalam pembangunan hartanah dan pembinaan di Malaysia berdasarkan hasil dan asas asetnya.

“Sunway akan dapat menggabungkan prestasi kewangan IJM Group dan turut mengembangkan aktiviti perniagaan Sunway dan anak syarikatnya,” kata syarikat itu sambil menambah pihaknya berhasrat untuk meneruskan perniagaan sedia ada IJM Group.

Selain itu, Sunway berkata IJM Corp akan dikekalkan sebagai anak syarikat berasingan, selari dengan syarikat operasi sedia ada yang lain dalam Sunway Group.

“Mengandaikan tawaran yang dicadangkan itu diterima sepenuhnya, syarikat berhasrat untuk membentuk sebuah jawatankuasa pemandu integrasi untuk, antara lain mengkaji operasi perniagaan IJM Group dan keperluan pelesenan berhubung perniagaan masing-masing bagi Sunway Group yang diperbesarkan,” katanya.

Sunway berkata ia tidak mempunyai rancangan pada masa ini untuk memperkenalkan atau melaksanakan sebarang perubahan besar dalam struktur IJM Group, atau menjual atau menggunakan semula aset utama IJM Group.

“Bagaimanapun, penggunaan semula aset atau penjualan aset bukan teras mungkin diperlukan sebagai sebahagian daripada rasionalisasi aktiviti perniagaan dan untuk kekal berdaya saing dalam industri, meningkatkan penggunaan sumber dan memperoleh manfaat sinergi,” tambah syarikat itu.
la berkata rancangan terperinci untuk IJM Group hanya akan dimuktamadkan selepas Sunway menjalankan semakan terperinci terhadap kedudukan kewangan dan operasi IJM Group setelah tawaran yang dicadangkan berjaya diselesaikan.

Sunway berkata pihaknya juga tidak mempunyai rancangan pada masa ini untuk memberhentikan atau menjadikan pekerja IJM Group tidak diperlukan secara langsung hasil daripada tawaran yang dicadangkan itu.
— BERNAMA