Cara Beli Saham di Bursa Malaysia

Ramai orang tertanya-tanya macam mana sebenarnya nak beli saham di Bursa Malaysia. Susah ke, kena modal besar ke?

Hakikatnya, proses beli saham sebenarnya jauh lebih mudah daripada yang kita bayangkan dan hampir sama macam shopping di Shopee. Yang biasanya susah bukan bab “beli”, tetapi nak pilih saham apa yang sesuai, ikut risiko, modal dan matlamat kita.

Langkah-langkah membeli Saham di Bursa Malaysia:

1. Buka Akaun CDS & Akaun Dagangan

Untuk beli saham, anda tak boleh beli di Shopee tetapi perlukan 2 benda ini:

1️⃣ Akaun CDS (platform untuk simpan saham)
2️⃣ Akaun dagangan (platform untuk beli dan jual saham)

Biasanya pihak broker akan uruskan kedua-duanya sekali.

Proses biasa:

  1. Pilih broker (contoh: bank pelaburan atau broker online berlesen)
  2. Isi borang pendaftaran
  3. Muat naik IC depan belakang, penyata bank
  4. Lulus pengesahan (KYC)
  5. Akaun aktif

Berminat nak buka akaun CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Ini

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

2. Pilih Saham 

Pilih saham yang berpotensi dengan membuat kajian tentang syarikat dan analisis pasaran. Kalau akaun belum siap, boleh gunakan laman web Bursa Malaysia atau TradingView untuk melihat senarai saham-saham yang boleh dipilih. Biasanya akan ada simbol/indikator untuk membezakan saham-saham patuh syariah.

Sektor-sektor saham di Bursa Malaysia:

3. Deposit Modal: Masukkan wang ke dalam akaun dagangan

Ramai orang ingat nak mula melabur kena ada modal besar tetapi sebenarnya tak.
Di Bursa Malaysia, tiada istilah modal minimum.

Yang penting, anda hanya perlu masukkan duit ikut harga saham yang nak dibeli + caj broker + caj Bursa Malaysia.

Maknanya:

  • kalau saham murah, modal pun kecil
  • kalau saham mahal, barulah perlukan modal lebih besar
Jenis CajKadar
Brokerage Fee~0.05%–0.42% nilai transaksi
(dengan minimum RM5–RM28)
Clearing Fee0.03% daripada nilai transaksi
Stamp DutyRM1 per RM1,000 nilai saham
SST (6%)atas brokerage + clearing fee

4. Buat Pesanan Beli

1️⃣ Log masuk aplikasi broker
2️⃣ Cari nama saham (contoh: SOLARVEST, MR DIY, dll.)
3️⃣ Tengok harga “Bid” & “Ask”
4️⃣ Masukkan kuantiti (minimum 100 unit)
5️⃣ Tekan Buy dan sahkan (biasanya kena masukkan password)

Jika berjaya, saham akan masuk ke akaun CDS anda.

Katakan contoh nak beli saham Pharmaniaga:

Anggap harga RM0.45, nak beli 100 unit.
Nilai saham: RM0.45 × 100 = RM45

Kos lain:

  • Brokerage: ~RM8 (min. RM8)
  • Clearing: RM45 × 0.03% ≈ RM0.01–0.02
  • Stamp Duty: RM1 (RM1 per RM1000, dibundarkan)
  • SST: 6% atas (brokerage + clearing) ≈ RM0.50

Jumlah kos tambahan: ~RM9.5–RM10
Jumlah modal: ~RM55–RM57 sahaja untuk beli 100 unit saham Pharmaniaga.

5. Pantau Saham

Sentiasa semak prestasi saham yang anda beli dan buat keputusan untuk jual atau kekalkan. 

Ada benda yang belum jelas? Jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA