Nak Konfem Untung Melabur Saham? – Datanglah AGM

Mungkin ramai yang tak tahu apa itu AGM, nama panjangnya adalah Annual General Meeting. Dan dalam Bahasa Melayu pula, ia bermaksud Mesyuarat Agung Tahunan.

Setiap syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, wajib mengadakan AGM setiap tahun. Maka, peluang anda untung memperolehi manfaat menerusi AGM ini juga hanyalah setahun sekali.

Tapi kalau kira rujuk kepada Senarai Terkini Saham Syarikat di Bursa Malaysia Yang Patuh Syariah, setakat November 2017 ada 686 syarikat yang patuh Syariah. Memang tak sunyilah daripada diadakan AGM setiap bulan.

Mengapa Perlu Diadakan AGM?

Menurut laman web Investopedia, AGM adalah acara tahunan yang menghimpunkan semua pemegang-pemegang saham syarikat. Di dalam AGM pula, pengarah syarikat akan hadir membentangkan laporan tahunan syarikat, yang mempunyai maklumat tentang prestasi serta strategi untuk masa akan datang.

Pemegang saham yang mempunyai hak mengundi, dibenarkan untuk mengundi tentang hal-hal semasa, seperti perlantikan Ahli Lembaga Pengarah syarikat, pembayaran dividen, pemilihan juruaudit dan banyak lagi.

Di Malaysia, kebanyakan syarikat menetapkan syarat pegangan 1 lot (100 unit) saham untuk membolehkan kita datang AGM syarikat tersebut.

Kalau pergi mana-mana AGM nanti, jangan pula tanya kenapa harga saham tak naik? Tanyalah soalan-soalan yang relevan dengan prestasi syarikat.

Syarikat Mana Yang Suka Beri Door Gift?

Kita perlu tahu, pemberian door gift atau freebies adalah tidak wajib. Tetapi sebagai penghargaan kepada pemegang saham, ada syarikat yang mengamalkan pemberian door gift ini.

Untuk itu, kita gunakan screener yang disediakan oleh iSaham yang bernama AGM Door Gift. Memang hebat screener ni!

1. Bina Darulaman Berhad (BDB)

RM100 Voucher Aeon + Voucher KFC Snack Plate

Saham BDB yang kini berharga RM0.55, cuma memerlukan modal sebanyak RM55 untuk datang ke AGM mereka. Untung sangatlah siapa yang datang AGM mereka, dah boleh cover modal.

2. Maxis

RM30 Hotlink Reload + RM50 Voucher KFC

Nak datang AGM syarikat telekomunikasi gergasi ini, perlukan modal RM586. Bagi mereka yang pakai prepaid Hotlink, dapat topup percuma dan boleh pergi makan-makan di KFC.

3. Prestariang (PRESBHD)

Bufet Makan Tengahari Hotel Shangri-La

Bukan semua syarikat bagi Door Gift dalam bentuk kebendaan, dalam kes PRESBHD, dapat makan bufet tengahari di hotel Shangri-La pun dah cukup bagus. Kalau pergi sendiri pakai duit sendiri, kena bayar RM128 untuk dewasa dan RM64 untuk kanak-kanak. Datang AGM dengan modal RM157 untuk 1 lot, dah boleh dapat makan bufet di hotel.

4. KLCC Property Holdings

RM100 Voucher Hotel Mandarin Oriental

Seterusnya, datang AGM untuk KLCC Property Holdings dengan modal RM768, dapatlah voucher RM100 untuk makan di Hotel Mandarin Oriental. Tapi kalau nak makan bufet, harganya RM148 untuk dewasa. Boleh saja nak makan ala-carte dengan bajet RM100, kalau tak nak top-up untuk makan bufet. Tapi kalau bawa 2 orang, takut terlebih bajet pula nanti.

5. UEM Edgenta

RM50 Kad Petronas

Selain daripada makan-makan, ada juga yang beri gift card Petronas. Boleh juga cover duit isi minyak untuk seminggu.

Ambil Peluang Datang AGM Dan Ambil Door Gift

Ada banyak lagi syarikat yang beri door gift, nak cerita semua memang panjang. Apa kata anda tengok sendiri dengan mengikuti dua langkah berikut:

1. Layari laman web iSaham, klik pada Screeners -> List All Screeners

2. Scroll sampai ke bawah dan pada column belah kanan, ada Other Screeners. Klik pada AGM Door Gift.

Selain daripada itu, boleh juga tengok Upcoming AGM / EGM. Senanglah nak plan kalendar untuk datang AGM lepas ni.

Tapi kalau keluar pula akses hanya tersedia untuk Premium Client, syaratnya cukup mudah. Cuma hadir seminar yang iSaham anjurkan (sila rujuk FB iSaham untuk tarikh dan tajuk yang sesuai), dan dapat tawaran untuk buka akaun CDS dengan M+ secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Indeks Faktor Kualiti Pertama Bursa Malaysia Menampilkan Syarikat Dengan Ciri Kewangan Yang Kukuh

Kuala Lumpur — Bursa Malaysia (“Bursa”) hari ini melancarkan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 (BMQ) dan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 Shariah (BMQ-S), iaitu indeks dalaman pertama Bursa yang dibangunkan berasaskan prestasi kewangan.

Berbeza dengan indeks penanda aras utama yang kebanyakannya menjejaki syarikat berdasarkan permodalan pasaran, indeks BMQ dan BMQ-S menampilkan syarikat tersenarai yang menunjukkan ciri kewangan yang lebih kukuh dari segi keuntungan, struktur modal dan kualiti pendapatan. Faktor-faktor ini diukur melalui Pulangan ke atas Ekuiti (Return on Equity), Nisbah Hutang kepada Ekuiti (Debt-to-Equity), serta Aliran Tunai Operasi berbanding Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti.

Setiap indeks merangkumi 50 syarikat daripada Pasaran UTAMA dan Pasaran ACE yang tidak termasuk dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI), iaitu penanda aras utama pasaran yang menumpukan sebahagian besar permodalan pasaran dan perhatian pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed, berkata “Pelancaran Indeks Bursa Malaysia Quality 50 dan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 Shariah menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan inovasi indeks kami. Kami melihat kemunculan syarikat yang berdaya tahan dari segi kewangan merentasi pelbagai sektor, termasuk syarikat teknologi yang membentuk hampir 18% daripada kedua-dua BMQ dan BMQ-S. Indeks ini menyediakan titik rujukan yang mencerminkan landskap pertumbuhan yang lebih luas, sekali gus memastikan syarikat Malaysia dengan asas kukuh lebih jelas kelihatan dan mudah diakses oleh pelabur, di samping menyokong penyertaan yang lebih meluas dalam pasaran ekuiti Malaysia.”

Kedua-dua indeks BMQ dan BMQ-S menggunakan rangka kerja pembinaan indeks yang sama, dengan BMQ-S hanya merangkumi sekuriti yang diiktiraf sebagai patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Bagi memastikan indeks ini mencerminkan syarikat yang sesuai sebagai penanda aras dan rujukan pelaburan, syarikat terpilih perlu memenuhi keperluan minimum dari segi saiz dan aktiviti dagangan.

Indeks-indeks ini akan disemak dua kali setahun bagi memastikan ia terus mencerminkan keadaan pasaran semasa dan prestasi syarikat. Nilai indeks serta maklumat komponen akan tersedia di laman sesawang Bursa Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai indeks BMQ dan BMQ-S serta metodologinya, sila layari:
https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/indices/bursamalaysia-quality-50-index