Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Januari 2023

Indeks FBM KLCI gagal bertahan di atas paras 1,500 mata di penghujung bulan Januari 2023 apabila jatuh sebanyak 13.86 mata dan ditutup rendah pada paras 1,485.5.

Secara keseluruhannya, indeks FBMKLCI dilihat menaik sepanjang bulan Januari 2023 dengan kejatuhan sebanyak 0.2%.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Januari tahun 2023. Senarai saham paling rugi untuk bulan Januari tahun 2023 adalah seperti berikut:

1. Nexgram Holdings Berhad

Sumber: BursaMarketplace

Nexgram Holdings Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Januari 2023 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 30.77% dalam tempoh sebulan dagangan. 

2. BTM Resources Bhd

Sumber: BursaMarketplace

BTM Resources Bhd pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan Januari 2023 dengan kejatuhan harga sebanyak 23.53%. 

3. Borneo Oil Bhd

Sumber: BursaMarketplace

Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat Borneo Oil Berhad dengan kejatuhan sebanyak 20.00% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. Asdion Bhd

Sumber: BursaMarketplace

Asdion Bhd berada di tangga keempat untuk saham paling rugi sepanjang bulan Januari 2023 dengan kejatuhan sebanyak 20.00%.

5. SMTRACK Berhad

Sumber: BursaMarketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat SMTRACK Berhad yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 20.00% untuk tempoh sebulan pada Januari 2023. 

6. Industronics Bhd

Sumber: BursaMarketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat Industronics Bhd dengan kejatuhan sebanyak 20.0% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. Classita Holdings Berhad

Sumber: BursaMarketplace

Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat Classita Holdings Berhad yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 18.31% dalam tempoh sebulan dagangan pada Januari 2022. 

8. Reneuco Berhad

Sumber: BursaMarketplace

Syarikat Reneuco Berhad pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan Januari 2022 dengan penurunan sebanyak 17.81%. 

9. Binasat Communications Berhad

Sumber: BursaMarketplace

Binasat Communications Berhad merupakan saham kesembilan paling rugi pada bulan Januari 2023 dengan kejatuhan sebanyak 11.29%.

10. Hong Seng Consolidated Berhad

Sumber: BursaMarketplace

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat Hong Seng Consolidated Berhad dengan penurunan sebanyak 11.11% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Januari 2022.

Ada Empat Saham Yang Jatuh Sama Banyak

Ada 4 saham yang jatuh sebanyak 20% untuk sebulan dagangan pada Januari 2023. Saham tersebut adalah saham:-

  • Borneo Oil Bhd
  • Asdion Bhd
  • SMTRACK Berhad, dan
  • Industronics Bhd

Semua saham lain pula jatuh kurang daripada 40% untuk dagangan bulan Januari 2023. Petanda baik?

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Feytech Catat Keuntungan Sebelum Cukai RM6.07 Juta

Petaling Jaya: Feytech Holdings Berhad (5322) mencatatkan peningkatan 129% tahun ke tahun dalam keuntungan sebelum cukai (PBT) kepada RM6.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (“1Q FY2026”).

Hasil Kumpulan meningkat 32% kepada RM38.93 juta, hasil daripada fokus strategik Kumpulan terhadap campuran produk bernilai tinggi dan leverage operasi.

Segmen tempat duduk automotif menjadi pemacu utama pertumbuhan, berkembang 68.9% atau RM23.57 juta tahun ke tahun. Margin keuntungan kasar segmen itu meningkat kepada 27.2% berbanding 20.0% pada 1Q FY2025, mencerminkan penyerapan kos yang lebih baik, kecekapan operasi dan campuran produk yang lebih menguntungkan merentasi operasi pembuatan Kumpulan.

“Keputusan suku pertama menunjukkan kekuatan teras pembuatan Feytech dan keupayaan kami melaksanakan keputusan produk yang tepat.

“Kami telah meningkatkan profil margin dengan ketara sambil memperoleh projek baharu yang akan menyokong keterlihatan hasil untuk beberapa tahun akan datang. Asas yang sedang kami bina kini direka untuk memberikan nilai yang mampan, bukan sekadar nilai segera,” kata CEO Feytech, Connie Go.

Sepanjang suku tersebut, Feytech memperoleh kontrak baharu pembekalan sarung tempat duduk dengan Proton bagi model akan datang.

Kontrak selama 84 bulan itu dijangka menjana kira-kira RM96.83 juta jumlah hasil, dengan purata RM13.8 juta setahun dan sekali gus mengukuhkan lagi keterlihatan buku tempahan jangka panjang Kumpulan bersama pelanggan OEM utamanya.

Kumpulan turut memperoleh kontrak OEM dengan Chery dan Hyundai melalui saluran pemasangan Completely Knocked-Down (CKD), sekali gus memperluaskan rangkaian hubungannya dengan jenama automotif antarabangsa utama.

Feytech juga melanjutkan tempoh penggunaan RM51.5 juta hasil IPO yang diperuntukkan bagi pembinaan pejabat korporat baharu bersama kilang pembuatan dan gudang serta Kulim Plant 2.

Keputusan itu mencerminkan pendekatan berhati-hati Kumpulan terhadap perancangan projek, membolehkan tempoh pembangunan infrastruktur matang dan memberi keutamaan kepada pembangunan perniagaan berpulangan tinggi sebelum membuat komitmen modal. Kedudukan tunai Kumpulan yang kukuh, dengan deposit, tunai dan baki bank sebanyak RM39.28 juta serta pelaburan lain RM130.26 juta setakat 31 Mac 2026, membolehkannya memastikan setiap ringgit digunakan bagi memaksimumkan nilai pemegang saham.

“Kedudukan tunai kami yang kukuh memberi disiplin kepada kami untuk menggunakan modal di tempat dan masa yang mencipta nilai paling tinggi. Kami tidak tergesa-gesa untuk berbelanja semata-mata untuk berbelanja. Setiap komitmen yang kami buat dinilai berdasarkan kualiti pulangan yang diberikan kepada pemegang saham,” kata Go.

Menjangkakan perubahan struktur dalam industri automotif, Go menambah bahawa Kumpulan “kekal optimis secara berhati-hati tahun ini susulan pengumuman terbaru Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai syarat import EV yang lebih ketat dijangka mendorong pengeluar asing ke arah pemasangan CKD tempatan, yang secara langsung memberi manfaat kepada pembekal alat ganti tempatan seperti Feytech.”