Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Januari 2023

“Indeks gagal bertahan di atas paras 1,500 mata pada penutup tirai Januari 2023 ”

Harapan untuk pasaran saham tempatan mula mekar dengan kenaikan indeks yang kukuh sejak awal Januari tetapi diakhiri dengan kehampaan. Indeks pada awal Januari dibuka pada paras 1,488.54 mata sebelum jatuh dengan ketara pada hari pertama dagangan tahun 2023.  

Selepas itu, indeks Bursa Malaysia mula mengorak langkah dan mendaki secara perlahan dan berjaya memecahkan rintangan pada paras 1,500 mata. Malangnya indeks gagal bertahan pada hari akhir Januari 2023 apabila membuat kejatuhan 13.86 mata menjadikan indeks saham tempatan ditutup rendah pada paras 1,485.5 mata.

Secara keseluruhan, indeks Bursa Malaysia jatuh sekitar 0.2% sepanjang Januari 2023. Tetapi ada dua saham yang membuat keuntungan lebih daripada 100% sepanjang Januari 2023. 

Mari kita lihat saham patuh syariah yang paling untung untuk Januari 2023 ini. Antara senarai saham patuh syariah tahun 2023 adalah seperti berikut:

1. Cypark Resources Berhad

Sumber: BursaMarketplace

Cypark Resources Berhad merupakan saham patuh syariah paling untung pada bulan Januari 2023 dengan kenaikan sehingga 11.9.15% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan Januari 2023.

2. Barakah Offshore Petroleum Bhd

Sumber: BursaMarketplace

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat Barakah Offshore Petroleum Bhd dengan kenaikan sebanyak 100.0% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

3. Tex Cycle Technology (M) Bhd

Sumber: BursaMarketplace

Tex Cycle Technology (M) Bhd berada di tangga ketiga untuk saham paling untung sepanjang bulan Januari 2023 dengan kenaikan sebanyak 98.795%.

4. ATA IMS Berhad

Sumber: BursaMarketplace

Di tempat keempat pula adalah syarikat ATA IMS Berhad yang mencatatkan peningkatan sebanyak 97.73% untuk tempoh sebulan pada Januari 2023.

5. Ancom Logistics Berhad

Sumber: BursaMarketplace

Pada tempat kelima adalah saham syarikat South Malaysia Industries Bhd yang mencatatkan kenaikan sebanyak 87.5% dalam tempoh sebulan dagangan pada Januari 2023. 

6. South Malaysia Industries Bhd

Sumber: BursaMarketplace

South Malaysia Industries Bhd pula adalah saham keenam paling untung untuk bulan Januari 2023 dengan kenaikan 81.97%. 

7. Nylex (M) Bhd

Sumber: BursaMarketplace

Nylex (M) Bhd merupakan saham ketujuh paling untung pada bulan Januari 2023 dengan kenaikan sebanyak 73.02%.

8. Talam Transform Berhad

Yang ketiga terakhir di tempat kelapan adalah saham daripada syarikat Talam Transform Berhad dengan kenaikan sebanyak 66.67% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Januari 2023.

9. Axteria Group Berhad

Sumber: BursaMarketplace

Yang kedua terakhir paling untung pada bulan Januari 2023 adalah saham syarikat Axteria Group Berhad yang mengalami kenaikan harga sebanyak 62.02% dalam tempoh sebulan dagangan. 

10. LYC Healthcare Berhad

Sumber: BursaMarketplace

Ditempat kesepuluh untuk saham paling untung Januari 2023 adalah syarikat LYC Healthcare Berhad. Syarikat ini telah membuat kenaikan sebanyak 55% dalam tempoh sebulan dagangan. 

Semua Saham Paling Untung Melebihi 50%

Melihat kepada saham-saham yang membuat keuntungan pada bulan Januari 2023, seperti sinar baru kepada pelabur untuk tahun ini. 

Adakah sinar ini akan berterusan  untuk bulan-bulan berikutnya? Sama-sama kita nantikan.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

22 Firma AS Sertai Misi Pelaburan Ke Malaysia, Tinjau Peluang Pelbagai Sektor

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) — Kira-kira 22 firma Amerika Syarikat (AS) menyertai misi pelaburan di Malaysia, meninjau peluang pelaburan merentasi pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan AS-ASEAN (US-ABC), Brian McFeeters berkata sektor itu merangkumi kecerdasan buatan (AI), tenaga, perkhidmatan kewangan dan insurans.

Beliau berkata syarikat AS pada masa ini sudah beroperasi di Pulau Pinang dan Johor serta meninjau peluang untuk mengembangkan lagi operasi masing-masing.

Antara objektif misi itu adalah mendapatkan bantuan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam aspek seperti permit, kemudahan pengawalseliaan dan menarik bakat atau tenaga kerja untuk mengembangkan operasi.

“Menerusi bantuan yang tepat, kami dapat mempercepatkan lagi pengembangan kami selain meningkatkan pelaburan di Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program The Nation terbitan Bernama TV bertajuk “ASEAN Trade Strategy” yang dikendalikan oleh hos Gerard Ratnam.

Menurut laman sesawang AS-ABC, misi tiga hari itu bermula pada 12-14 Mei, 2026.

Menjelaskan selanjutnya, McFeeters berkata misi pelaburan yang telah mengunjungi Vietnam, Filipina dan Singapura selain negara-negara ASEAN di masa akan datang, melibatkan penyertaan syarikat baharu dan sedia ada yang berminat mengembangkan operasi mereka.

“Menerusi sokongan yang tepat, kami dapat mempercepatkan pengembangan operasi dan memperdalam pelaburan kami di Malaysia,” katanya.

McFeeters berkata AS-ABC turut mengatur mesyuarat dengan beberapa kementerian, termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA); Kementerian Pendidikan Tinggi: Kementerian Digital selain Khazanah Nasional Bhd.

Beliau berkata misi itu juga berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi mesyuarat itu, katanya, dapat memberi peluang kepada firma terbabit meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia selain mengukuhkan hubungan dalam sektor berkaitan.

Pada masa sama, misi itu juga berharap dapat membantu dari segi memudah cara perniagaan AS beroperasi di Malaysia. “Misi ini juga menunjukkan perniagaan AS kekal komited terhadap pasaran ASEAN walaupun dalam ketidaktentuan semasa, termasuk membabitkan tenaga dan persoalan melibatkan tarif,” katanya.

Data laman sesawang Pejabat Perwakilan Perdagangan AS menunjukkan perdagangan Malaysia dan AS dianggarkan bernilai US$88.5 bilion (US$1 = RM4.92) pada 2025.

Eksport AS ke Malaysia pada tahun lepas berjumlah US$28.9 bilion atau meningkat 4.5 peratus daripada US$1.2 bilion pada 2024 manakala import AS ke Malaysia pula berjumlah US$59.7 bilion pada 2025 iaitu peningkatan 13.7 peratus daripada US$7.2 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, AS-ABC turut memperkenalkan satu pelan strategik “Advancing ASEAN: A Strategic Action Plan Supporting The Philippines 2026 Chairship” sebagai cadangan dasar yang boleh memberi manfaat kepada ASEAN serta perniagaan AS.

Pelan itu antara lainnya menggariskan cadangan sektor swasta AS-ABC yang dirangka dengan kerjasama ASEAN-BAC Filipina dan terhasil daripada pertukaran pandangan dengan kerajaan Filipina yang melibatkan lima tonggak strategik.

“Asas pelan itu adalah daripada lima kertas perbincangan dengan setiap satunya dibincangkan dalam sesi meja bulat khusus dari Mac hingga April 2026 bersama agensi kerajaan, rakan sekutu pembangunan dan masyarakat awam.

“Ini bukan bertujuan menyelesaikan keseluruhan agenda dengan satu tahun kepengerusian, sebaliknya mewujudkan asas-asas institusi dan menghasilkan kerja-kerja teknikal yang boleh diteruskan oleh kepengerusian Singapura pada 2027 dan seterusnya Thailand pada 2028,” menurut AS-ABC.

— BERNAMA