Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi November 2023

Kita dah nak hampir ke penghujung tahun 2023? Bagaimana dengan portfolio anda setakat ini? Untung ke rugi tu?

Jangan putus asa meskipun anda mengalami kerugian. Ia merupakan satu proses pembelajaran dan pengalaman yang penting kepada anda. Apa yang penting adalah jangan ulangi kesilapan yang boleh menyebabkan kerugian tersebut.

Sebelum kita pergi kepada saham-saham paling rugi bulan November, apa kata kita lihat dulu prestasi indeks FBM KLCI bagi bulan November 2023.

Indeks FBM KLCI

Sumber: TradingView

Indeks tidak banyak berubah sepanjang bulan November 2023. Pada 1 November 2023, indeks dibuka pada 1,441.17 mata dan ditutup pada 1,452.74 mata pada penghujung bulan. Corak pergerakan indeks juga menunjukkan FBM KLCI naik 2 sehingga 3 hari namun kemudian akan merosot selama beberapa hari.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan November tahun 2023. Senarai saham paling rugi untuk bulan November tahun 2023 adalah seperti berikut.

1. Kanger International Berhad (KANGER)

Sumber: Bursa MarketPlace

Kanger International Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan November 2023 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 40.00% dalam tempoh sebulan dagangan.

2. SC Estate Builder Berhad (SCBUILD)

Sumber: Bursa MarketPlace

Di tempat kedua, SC Estate Builder Berhad pula mencatatkan penurunan sebanyak 25.00%. 

3. Classita Holdings Berhad (CLASSITA)

Sumber: Bursa MarketPlace

Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat Classita Holdings Berhad dengan kejatuhan sebanyak 23.08% dalam tempoh satu bulan dagangan.

4. Pestech International Berhad (PESTECH)

Sumber: Bursa MarketPlace

Pestech International Berhad berada di tangga keempat untuk saham paling rugi sepanjang bulan November 2023 dengan kejatuhan sebanyak 22.86%.

5. Key Asic Berhad (KEYASIC)

Sumber: Bursa MarketPlace

Sumber: Bursa Market Place

Di tempat kelima pula adalah syarikat Key Asic Berhad yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 18.75% untuk tempoh sebulan pada November 2023.

6. Eversendai Corporation Berhad (SENDAI)

Sumber: Bursa MarketPlace

Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat Eversendai Corporation Berhad dengan kejatuhan sebanyak 17.95% dalam tempoh sebulan dagangan.

7. Coraza Intergrated Technology Berhad (CORAZA)

Sumber: Bursa MarketPlace

Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat Coraza Integrated Technology Berhad yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 16.22% dalam tempoh sebulan dagangan pada November 2023.

8. MMAG Holdings Berhad (MMAG)

Sumber: Bursa MarketPlace

MMAG Holdings Berhad pula adalah syarikat saham kelapan paling rugi untuk bulan November 2023 dengan penurunan sebanyak 15.00%.

9. Pharmaniaga Berhad (PHARMA)

Sumber: Bursa MarketPlace

Pharmaniaga Berhad merupakan saham kesembilan paling rugi pada bulan November 2023 dengan kejatuhan sebanyak 13.58%.

10. Sealink International Berhad (SEALINK)

Sumber: Bursa MarketPlace

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat Sealink International Berhad dengan penurunan sebanyak 10.53% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan November 2023.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian