Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2021

Bulan April adalah bulan kita sebagai umat Islam menyambut Ramadhan iaitu bulan kita berpuasa. Adakah pasaran saham turut ‘berpuasa’?

Jom kita tengok prestasi FBM KLCI seperti berikut.

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 1 April 2021: 1,580.00 Mata

Indeks FBM KLCI 6 April 2021 Paras Terendah Bulan April: 1,575.20 Mata

Indeks FBM KLCI 26 April 2021 Paras Tertinggi Bulan April: 1,623.50 Mata

Indeks FBM KLCI 30 April 2021: 1,601.70 Mata

Kenaikan Sebulan: +21.70 Mata atau +1.37%

Bursa Malaysia nampak seperti membuat kenaikan sepanjang bulan April. Ini bermakna ada peluang untuk membuat keuntungan yang baik, walaupun ada kalanya market seperti kangaroo sedikit.

Dan berikut merupakan senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2021:

Sumber: Screener iSaham

1. Transocean Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

2. Adventa Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. Careplus Group

Sumber: Bursa Marketplace

4. SKB Shutters Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

5. UCrest Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

6. Tashin Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Sand Nisko Capital

Sumber: Bursa Marketplace

8. Teo Guan Lee Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

9. Scanwolf Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

10. Sasbadi Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Hampir Semuanya Saham Penny Stock

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2021, seperti mana bulan-bulan sebelum ini dihiasi oleh saham-saham penny stock yang berharga di bawah RM1 dan syarikat yang tidak mempunyai Fundamental yang kukuh.

Oleh itu, pastikan anda mempunyai Trading Plan sebelum membeli apa-apa saham. Kerana harga saham cepat naik, cepat juga harga turun nanti.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan sekarang eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Previous ArticleNext Article

Stratus Global: Memanfaatkan Fasa Kenaikan Capex Semikonduktor

Nilai saksama (FV) sebanyak MYR1.55 diberi berdasarkan P/E 24x FY27F (Mac)

Stratus Global merancang untuk mengumpul MYR285j daripada IPO, dengan tujuan utama untuk membiayai usaha pengembangan fasiliti, pejabat luar negara dan usaha R&D. Disokong oleh rekod prestasi selama 28 tahun dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih untuk industri semikonduktor dunia, margin yang kukuh dan kitaran menaik jangka panjang dalam capex semikonduktor, kami menjangkakan pertumbuhan perolehan yang teguh kelak. Pada P/E FY28F 12.4x, penilaiannya tampak menarik apabila dibandingkan dengan purata lima tahun Indeks Teknologi Bursa Malaysia (KLTEC) dan CAGR perolehan tiga tahunnya sebanyak 24%.

Dilindungi oleh pengetahuan kejuruteraan yang mendalam

Sejak 1998, kumpulan ini telah membina AMHS berasaskan penyampai proprietari, AMHS hibrid dan penyelesaian ASRS, yang dilengkapi dengan perisian sistem kawalan peralatan (TCS) dalaman miliknya, untuk industri semikonduktor dunia. Penyelesaiannya menerima pensijilan ISO 9001, ISO 14001 dan ISO 45001, dan diguna pakai oleh pelanggan multinasional bahagian depan (untuk mengendalikan pembikin wafer 200mm dan juga 300mm) dan pelanggan semikonduktor bahagian belakang merentasi benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Stratus menjalankan reka bentuk, pembikinan, pemasangan dan pengujian hampir kesemuanya secara dalaman, tidak seperti syarikat pesaing yang menggunakan sumber luar. Hal ini menawarkan perbezaan penting yang menyokong marginnya yang lebih tinggi, sementara syarat-syarat ketat untuk mengendalikan wafer menetapkan halangan tinggi untuk kemasukan pasaran.

Pengembangan fasiliti dan geografi bakal mendorong pertumbuhan

Usaha pengembangan fasiliti Bayan Lepas milik Stratus yang sedang berjalan, dengan sasaran siap pada 3QCY28, akan menambah ruang lantai sebanyak 150-200% dan meningkatkan kapasiti hasil kumpulan daripada USD50-100j sekarang (1 syif kepada 2 syif) kepada USD200-400j selepas pengembangan selesai.

Perkara ini menyokong pelaksanaan buku pesanan belum bayarnya bernilai MYR108.4j (setakat 3 Jun 2026; MYR75.4j akan diiktiraf pada FY27F dan MYR33.0j pada FY28F), di samping pertanyaan yang kukuh dan pengembangan kapasiti bagi pelanggan-pelanggan sedia ada. Pada masa yang sama, kumpulan ini merancang untuk menubuhkan pejabat sokongan jualan dan kejuruteraan di Jepun, Taiwan, Jerman dan AS, sekali gus meluaskan capaian semikonduktor bahagian depan dan belakangnya.

Fasa kenaikan berstruktur semikonduktor memperkukuh permintaan

SEMI menjangkakan capex akan terus diperuntukkan untuk menyokong kapasiti fabrikasi wafer 300mm sehingga tahun 2030, sekali gus menaikkan peratusan penguasaan keupayaan wafer terpasang dunia. WSTS meramalkan industri semikonduktor secara amnya akan berkembang 89.9% pada tahun 2026 berikutan permintaan E&E dan pusat data (DC) yang berpacukan kecerdasan buatan (AI), dengan QYResearch mengunjurkan industri AMHS semikonduktor dunia akan meningkat pada kadar CAGR 5.4% sehingga 2031 kepada paras USD4.5bn.

Dengan mengoperasikan fasilitifasiliti wafer 300mm lebih awal daripada beberapa pesaing AMHS lain, Stratus berkedudukan baik untuk memanfaatkan fasa peningkatan ini, dibantu oleh Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia dan Rancangan Malaysia yang Ke-13.

Ramalan dan penilaian

Kami memperoleh FV MYR1.55 dengan mengenakan P/E 24x pada EPS 6.45 sen untuk FY28F, selaras dengan P/E purata 5 tahun yang direkodkan oleh KLTEC dan CAGR perolehan tiga tahunnya 24% (PEG 1x). Risiko utama, penumpuan pada pelanggan tunggal, kitaran capex semikonduktor, hasil tidak menentu berasaskan projek, dan turun naik FX kerana hasilnya diniagakan dalam USD.

Perihal Syarikat

Stratus Global merupakan syarikat yang menyediakan penyelesaian automasi kilang yang bertapak di Pulau Pinang. Ia berkepakaran dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih bagi industri semikonduktor dunia.

Gambaran Am Kewangan Dan Penilaian

Gambaran Am Syarikat

Rancangan Dan Strategi Masa Depan

  • Pengembangan fasiliti.
  • Pengembangan perniagaan pasaran dari segi geografi
  • Pengembangan pasaran dalam rantaian nilai semikonduktor.

Butiran IPO

Risiko Utama

i. Ketiadaan perjanjian bekalan berjangka panjang;
ii. Kitaran capex semikonduktor;
iii. Penangguhan projek;
iv. Kebergantungan pada pasukan pengurusan utama dan jurutera berkepakaran;
v. Turun naik FX kerana hasil yang diniagakan dalam mata wang USD.