Tutorial : Cari Saham Mengikut Sektor

Dalam pelaburan saham, terdapat sektor berbeza seperti sarung tangan getah (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), teknologi, pembinaan, besi, automotif, pengangkutan dan banyak lagi.

Kebiasaannya, saham-saham dalam sektor yang sama akan naik bersama-sama.

Contohnya, sektor glove atau getah naik dengan mendadak sewaktu awal penularan Covid-19 akibat permintaan yang banyak untuk perubatan.

Kenaikan sesuatu saham itu juga bergantung kepada ‘catalyst’ yang memberi kesan kepada saham-saham yang berada dalam sektor yang sama.

Sebab itulah penting untuk kita tahu cara-cara untuk mencari saham yang tergolong dalam sektor yang sama.

Semoga kita belajar sesuatu dari tutorial ini.

Apa Yang Anda Perlukan?

Anda memerlukan komputer atau laptop atau apa-apa peranti seperti smartphone untuk mendapat akses kepada internet.

Dengan menggunakan peranti ini, ikuti langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Buka laman sesawang www.bursamalaysia.com untuk ke laman rasmi Bursa Malaysia dengan menggunakan peranti anda tadi.

Langkah 2

Dalam halaman utama Bursa Malaysia, cari tab Market Information seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar. Kemudian, cari Equities Prices dan klik pada perkataan tersebut.

Langkah 3

Setelah anda klik pada Equities Prices, paparan seperti di atas akan muncul. Di bahagian market, pilih jenis pasaran pilihan anda. Sebagai contoh, klik pada pilihan Main Market.

Langkah 4

Selepas itu, anda boleh memilih sektor mana yang anda inginkan. Pilihan akan keluar setelah anda klik pada kawasan yang berkenaan.

Klik pada sektor Health Care sebagai contoh sepertimana yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Langkah 5

Setelah membuat pilihan sektor, anda boleh memilih sub-sektor yang terlibat dalam sektor yang telah anda pilih.

Jika sebelum ini anda membuat pilihan sektor Health Care, maka pada sub sector pula akan keluar pilihan sub sektor yang terdapat dalam Health Care. Untuk melihat saham yang berkaitan sub sektor farmaseutikal, klik pada pilihan Pharmaceuticals.

Langkah 6

Setelah selesai membuat peilihan pasaran, sektor dan sub sektor, laman ini akan memaparkan paparan yang berkaitan dengan pilihan anda tadi setelah anda klik pada butang Search.

Langkah 7

Scroll ke bawah dan paparan tersedia berdasarkan carian anda sebentar tadi. Sepertimana yang kita lakukan daripada Langkah 1, laman ini akan memaparkan senarai saham sektor kesihatan yang fokus kepada farmaseutikal bagi pasaran utama.

Mudah dan cepat untuk anda membuat carian saham-saham berkaitan sektor yang diinginkan.

Semoga tutorial ini dapat menjadi panduan kepada pelabur-pelabur saham Bursa Malaysia dalam mencari senarai saham mengikut sektor dengan cepat.

Artikel ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi April 2026

Pasaran saham sentiasa mempunyai dua sisi ada saham yang melonjak tinggi, dan ada juga yang mencatatkan penurunan dalam tempoh yang sama. Ini merupakan perkara biasa kerana harga saham dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sentimen pasaran, prestasi kewangan syarikat serta keadaan ekonomi semasa.

Bagi tempoh 1 April hingga 30 April 2026, beberapa saham patuh syariah di Bursa Malaysia mencatatkan penurunan harga, walaupun tidak seteruk bulan-bulan sebelumnya.

Berikut ialah 10 saham patuh Syariah paling rugi bagi bulan April 2026.

1. Ramssol Group Berhad

Saham paling rugi bagi bulan ini ialah Ramssol Group Berhad dengan penurunan sebanyak 15.8%.

Ramssol terlibat dalam penyelesaian teknologi sumber manusia (HR tech). Penurunan ini mungkin mencerminkan tekanan jualan atau sentimen pasaran terhadap sektor teknologi yang lebih berhati-hati.

2. Kumpulan H&L Hightech Berhad

Di tempat kedua ialah Kumpulan H&L Hightech Berhad dengan kejatuhan 10.7%.

Syarikat ini terlibat dalam kejuruteraan dan pembuatan. Saham industri seperti ini sering terkesan oleh permintaan global dan keadaan ekonomi.

3. PGF Capital Berhad

Kedudukan ketiga disandang oleh PGF Capital Berhad dengan penurunan 10.5%.

PGF Capital terlibat dalam pembuatan bahan penebat dan produk berkaitan pembinaan. Prestasi sahamnya boleh dipengaruhi oleh sektor pembinaan dan kos bahan mentah.

4. Suria Capital Holdings Berhad

Suria Capital Holdings Berhad mencatatkan penurunan sebanyak 9.7%.

Syarikat ini mengendalikan pelabuhan di Sabah. Prestasinya berkait rapat dengan aktiviti perdagangan dan logistik.

5. LAC Med Berhad

Di tempat kelima ialah LAC Med Berhad dengan kejatuhan 9.3%.

Syarikat ini berada dalam sektor penjagaan kesihatan dan produk pengguna. Walaupun sektor ini biasanya defensif, sahamnya tetap boleh mengalami penurunan dalam keadaan pasaran tertentu.

6. Padini Holdings Berhad

Padini Holdings Berhad berada di kedudukan keenam dengan penurunan 8.7%.

Sebagai jenama fesyen tempatan, prestasi Padini sering dipengaruhi oleh perbelanjaan pengguna dan keadaan ekonomi domestik.

7. Sorento Capital Berhad

Di tempat ketujuh ialah Sorento Capital Berhad dengan kejatuhan 7.8%.

Syarikat ini mempunyai pelaburan dalam pelbagai sektor, dan harga sahamnya boleh berubah mengikut sentimen pasaran terhadap aset yang dimiliki.

8. Gas Malaysia Berhad

Gas Malaysia Berhad turut mencatatkan penurunan 7.8%.

Walaupun berada dalam sektor utiliti yang stabil, saham ini tetap terdedah kepada perubahan harga tenaga dan sentimen pelabur.

9. United Plantations Berhad

Tempat kesembilan diduduki oleh United Plantations Berhad dengan kejatuhan 7.7%.

Sektor perladangan biasanya dipengaruhi oleh harga komoditi seperti minyak sawit serta faktor permintaan global.

10. WTK Holdings Berhad

Melengkapkan senarai ialah WTK Holdings Berhad dengan penurunan 7.7%.

WTK terlibat dalam sektor perhutanan dan kayu. Prestasinya bergantung kepada permintaan industri serta harga komoditi berkaitan.

Apa Yang Boleh Kita Perhatikan?

Daripada senarai ini, beberapa perkara menarik boleh diperhatikan:

1. Tiada kejatuhan ekstrem

Berbeza dengan bulan sebelumnya, tiada saham yang jatuh lebih 20% — menunjukkan pasaran mungkin lebih stabil.

2. Pelbagai sektor terlibat

Penurunan tidak tertumpu pada satu sektor sahaja, tetapi melibatkan teknologi, pengguna, industri dan utiliti.

3. Sentimen pasaran lebih sederhana

Pergerakan harga yang lebih terkawal menunjukkan pelabur mungkin berada dalam fasa berhati-hati.

Pengajaran Untuk Pelabur

Beberapa perkara penting yang boleh dipelajari:

✔️ Kerugian kecil masih penting untuk dipantau
✔️ Diversifikasi portfolio membantu kurangkan risiko
✔️ Elakkan keputusan berdasarkan emosi jangka pendek
✔️ Setiap kejatuhan boleh jadi peluang jika dianalisis dengan betul

Kesimpulan

Bulan April 2026 menunjukkan bahawa walaupun pasaran mempunyai saham yang melonjak tinggi, masih ada kaunter yang mencatatkan penurunan.

Namun, penurunan kali ini dilihat lebih terkawal berbanding bulan sebelumnya memberi gambaran bahawa pasaran mungkin berada dalam fasa konsolidasi.

Bagi pelabur, senarai ini bukan sekadar melihat saham yang rugi, tetapi juga sebagai panduan untuk memahami risiko dan mengenal pasti potensi peluang pada masa hadapan.