Lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu U Mobile Sdn Bhd, Celcom Networks Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd, menandatangani Perjanjian Akses (AA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) pada 30 Okt 2022 untuk menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini.