AirAsia Contoh Syarikat Yang Mengenakan Surcaj Kad Kredit Atau Debit

AirAsia telah dituduh melanggar ketetapan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan larangan mengenakan surcaj untuk bayaran yang dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit, dengan mengenakan caj pemprosesan ke atas tempahan yang dibuat secara online.

Malaysian Digital Economy Consumer Association (MDECA) telah mendakwa bahawa syarikat penerbangan tambang murah ini mungkin mengaut keuntungan sehingga RM80 juta melalui bayaran yang dikenakan ini, berdasarkan kepada caj pemprosesan sebanyak RM4 bagi setiap tempahan.

Peniaga Tidak Dibenarkan Mengenakan Caj Tambahan Untuk Guna Kad Kredit/Debit

Baru-baru ini, kami telah berkongsi bagaimana untuk membuat aduan menggunakan aplikasi BNM MyLINK dengan 5 langkah mudah.

Dua kesalahan utama yang berlaku di Malaysia adalah apabila kita sebagai pengguna dikenakan caj 2-3% jika ingin membayar menggunakan kad kredit atau debit. Keduanya, kita perlu membuat pembelian minima samada RM30 atau RM50 baru boleh swipe menggunakan kad.

Macam dah biasa kan kita kena dua perkara di atas?

Surcaj Untuk Pembayaran Online Pun Salah

Selain daripada itu, nampaknya kita juga sudah terbiasa dengan surcaj tambahan untuk pembayaran atas talian untuk sesuatu barang atau perkhidmatan.

Menurut kepada Setiausaha Agung MDECA Sha’ani Abdullah, “Amalan AirAsia yang mengenakan caj tambahan adalah satu contoh”.

Untuk penerbangan domestik iaitu KLIA ke Alor Setar, kita akan dikenakan caj berikut:

Tak percaya, cuba sendiri di laman web AirAsia. Siap kena caj 6% GST lagi ke atas Handling Fee ini.

“AirAsia membawa lebih daripada 27 juta penumpang pada tahun 2016. Dan dianggarkan 20 juta membuat bayaran secara online. Maka jika dikira dengan mudah, jika setiap daripada mereka ini dikenakan caj pemprosesan RM4, maka AirAsia telah mengaut sebanyak RM80 juta”, kata Sha’ani Abdullah.

Beliau menggesa BNM dan Malaysian Aviation Commission (Mavcom) bagi melindungi pengguna dan peniaga yang mahu menggunakan mod bayaran cashless ini, “yang mudah, menjimatkan kos, menggalakkan kelestarian, mengurangkan risiko dan banyak kelebihan lain”.

Sumber: Free Malaysia Today

Buat Aduan Secara Rasmi

Kita boleh buat aduan kepada BNM atau kepada pengeluar kad seperti Visa dan MasterCard berhubung dengan caj pemprosesan yang dikenakan syarikat-syarikat yang mengenakan surcaj tersebut. Ia mungkin berselidung di bawah nama Handling Fee atau Booking Fee.

Selain daripada AirAsia, ramai lagi yang mengenakan caj ini.

Siapa yang rajin tengok wayang, beli tiket online ada pula dikenakan Booking Fees:

Baru saja minggu lepas, admin bawa anak-anak menonton wayang dan ternyata ada Booking Fees seperti resit di atas. Kalau walk-in takde pula surcaj ini, jadi pengguna dikenakan bayaran ke atas sesuatu yang memudahkan pengguna.

Touch N Go kenakan surcaj 10% sebagai alternatif kepada cash untuk parking kenderaan pula bagaimana?

Sumber Gambar: Says
Previous ArticleNext Article

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.