Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 2)

Dah baca Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1) minggu lepas? Jom kita ikuti sambungan perkongsian daripada Roslina Sabiyah, seorang Peguam Syarie yang mempunyai pengkhususan dalam bidang perunding keluarga dan harta pusaka.

Ramai Tidak Jelas Ilmu Faraid

Rentetan posting saya dari Part 1, saya dapat buat kesimpulan  penting tentang punca utama yang menyumbang salah faham tentang wasiat dan hibah. Ramai rupanya yang masih tak jelas perkara asas tentang ilmu FARAID!

Sebelum anda pening kepala sama ada nak buat hibah atau wasiat, perkara utama yang paling penting kena tau dulu ialah perkara asas tentang faraid. Kena tau dulu struktur faraid anda sebab struktur faraid setiap orang tak sama. Dalam ertikata lain, kena tau dulu kalau kita mati nanti siapa waris-waris kita yang layak untuk mewarisi harta kita.

Kenapa penting nak kena tau dan belajar faraid? Supaya takkan ada pihak yang teraniaya dan kita tau hak masing-masing. Supaya tidak ada yang termakan harta batil kerana menafikan hak orang lain. Supaya mudah nak urus dan rancang pembahagian mana yang sesuai bila dah tau siapa waris-waris kita yang berhak.

Ini kisah benar. Seorang isteri kematian suami datang berjumpa saya untuk buat faraid. Katanya untuk urusan nak keluarkan KWSP sebab tak ada penama. Saya tanya arwah suami ada harta lain tak? Katanya ada sebuah rumah dan tanah, tapi gerannya keluarga suami dah ambil sebab mereka yang nak uruskan. Puan ada anak lelaki? Ada. Anak saya 2 lelaki 2 perempuan.

Seriously? Keluarga suami tak tahu ke kalau puan ada anak lelaki, adik-beradik suami takde hak faraid kat atas rumah dan tanah tu? Seriously puan? (Dia pulak tanya saya balik dengan nada teruja). Of course la saya serius. “Ok saya akan ambil semula geran-geran tu dari mereka..” Rupa2nya, si isteri pun tak tau siapa yg boleh jadi waris suami. Dia ingat adik-beradik suami pun ada hak. Tu yang murah hati surrender geran terus. Adik-beradik suami pun tak tau, yang hak mereka dah terhalang oleh anak lelaki si mati..

Puan, saya tak ada waris. Saya tak berkahwin, saya anak tunggal dan ibubapa pun dah tak ada. Siapa waris saya? Kalau anda tak ada buat hibah atau wasiat, semua harta anda akan ke Baitul Mal. Alhamdulillah harta anda akan diuruskan untuk kepentingan umat Islam.

Tapi sepanjang anda hidup, takkan tak ada seorang pun yg anda rasa nak balas jasa dia? Mungkin ibubapa angkat, saudara-mara, kawan baik yang banyak membantu ke, atau anda nak tolong orang susah yang anda kenal. Sedekah kepada orang yang terdekat dengan kita itu kan lebih baik?

Puan, saya nak buat hibah sebab nak elak supaya adik-beradik saya tak dapat harta pusaka saya. Ok, encik ada anak lelaki? Ada puan. Anak saya semua lelaki..*tepuk dahi*.

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

Encik.. sebenarnya kalau encik ada anak lelaki..adik-beradik encik tak ada bahagian faraid pun dalam harta pusaka encik. Ohh yeke? Saya baru tau.. Lagi satu..tolonglah jangan buat hibah dengan niat nak elak faraid. Memanglah hibah tu sah tapi secara etikanya salah. Betulkan niat buat hibah untuk nak selesaikan masalah dan nak elakkan sengketa. InsyaAllah niat kita Allah redha dan dapat pahala.

Dah kalau ada anak lelaki..tak perlulah pening-pening nak buat hibah. Memadailah buat wasiat lantik pentadbir dan wasiat 1/3 kpd bukan waris. Lantik penjaga anak kalau bawah umur. Anak lelaki tu kan ada sebagai asobah. Tak lari kemana dah harta pusaka anda tu.

Tapi kalau nak buat hibah juga boleh takde masalah. Contohnya nak bagi harta kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan bahagian yang samarata. Cuma anda bukanlah golongan kritikal yang perlu sangat buat hibah. Melainkan anda nak buat hibah sebab nak mempercepatkan urusan pusaka waris-waris anda nanti.. Melalui perintah hibah, anda dah tak perlu berurusan dengan pejabat harta pusaka kecil atau mahkamah tinggi sivil lagi. Bab tu kita cerita lain nanti.

Puan, asobah tu apa pula? Asobah ialah waris yg akan menghabiskan baki faraid. Bahagiannya tidak ditentukan seperti waris fardhu yg lain sebagai contoh anak lelaki.

Contoh, simati meninggalkan seorg isteri dan seorang anak lelaki. Ibu bapa simati telah meninggal dahulu. Si mati ada 3 abang dan 2 adik perempuan. Siapa yg akan jadi warisnya?
-isteri ialah waris fardhu yg bahagiannya dah ditetapkan 1/8 (kerana si mati ada anak).
-anak lelaki adalah asobah yg akan menghabiskan baki iaitu 7/8.
-adik-beradik si mati tidak akan mewarisi kerana bahagian faraid telah dihabiskan oleh anak lelaki (waris terdinding).

Pengajarannya.. penting tak untuk kita ambil tau dan belajar pasal ilmu faraid? Kalau bukan yang advance pun at least tau yang asas pun dah memadai. InsyaAllah kita belajar sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang penting ada niat dan usaha nak tambah ilmu. Usah bicara soal hibah dan wasiat kalau ilmu faraid pun tak nak ambil tahu.

Kredit: Roslina Sabiyah & Co

Harap Dah Jelas Sekarang

Kalau masih kurang jelas, silalah rujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang pewarisan harta ini. Takut nanti bila kita mati, jiwa tak tenang memikirkan waris yang bergaduh sebab berebut harta dunia yang tak seberapa. Sedangkan harta akhirat yang sepatutnya dikumpul banyak-banyak.

Previous ArticleNext Article

KWSP Suami Meninggal: Boleh Isteri Tuntut Sebagai Harta Sepencarian?

Selama ini, apabila seorang suami meninggal dunia, ramai mungkin menganggap wang KWSP yang ditinggalkan akan terus menjadi harta pusaka dan dibahagikan kepada waris mengikut faraid.

Namun, perkembangan hukum dan keputusan Mahkamah Syariah menunjukkan perkara ini sebenarnya lebih kompleks.

Pada September 2025, Muzakarah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-128 memutuskan bahawa tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP oleh ahli beragama Islam adalah diharuskan, tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Mahkamah Syariah.

Keputusan ini membawa satu implikasi penting kepada pasangan yang berkahwin.

Wang KWSP tidak semestinya keseluruhannya menjadi harta pusaka untuk difaraidkan.

Sekiranya Mahkamah Syariah memutuskan sebahagian wang tersebut merupakan hak harta sepencarian pasangan, bahagian itu akan diberikan kepada pasangan terlebih dahulu. Bahagian yang diperintahkan sebagai harta sepencarian tersebut pula tidak dikira sebagai harta pusaka pencarum dan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.

Tetapi sebenarnya, isu ini bukan bermula pada 2025

Menariknya, beberapa negeri sudah mempunyai perkembangan berkaitan isu ini sebelum keputusan Muzakarah Kebangsaan tersebut.

Kelantan: kes KWSP sebagai harta sepencarian sejak 2000-an

Antara kes yang sering dirujuk ialah Norhayati binti Yusoff lwn Ahmad Shah bin Ahmad Tabrani, yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kes tersebut, wang KWSP suami menjadi antara aset yang dituntut sebagai harta sepencarian.

Mahkamah mengiktiraf konsep sumbangan tidak langsung isteri. Walaupun isteri mungkin tidak membuat caruman KWSP secara langsung, sumbangan kepada rumah tangga boleh menjadi faktor dalam menentukan hak harta sepencarian.

Ini penting kerana ia menunjukkan bahawa persoalan harta sepencarian bukan semata-mata tentang siapa yang memasukkan duit ke dalam akaun.

Sumbangan pasangan kepada rumah tangga juga boleh mempunyai nilai dari sudut undang-undang Syariah.

Selangor pula mempunyai pendirian yang jelas

Dalam panduan Jabatan Mufti Selangor pada 2020 berkaitan wang KWSP selepas kematian suami, dinyatakan bahawa isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan dengan arwah suami sebelum lebihan harta tersebut dibahagikan mengikut faraid.

Kemudian pada 2023, Selangor mempunyai fatwa khusus berkaitan harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan. Rujuk Fatwa Tentang Harta Sepencarian Selepas Kematian Salah Satu Pihak Dalam Perkahwinan Di Negeri Selangor.

Ini menunjukkan konsep tuntutan harta sepencarian selepas kematian bukan sesuatu yang hanya muncul selepas keputusan MKI pada 2025.

Johor: daripada pendirian lama kepada pendekatan baharu

Pendirian terdahulu di Johor menyatakan wang KWSP pencarum yang meninggal dunia merupakan harta pusaka dan tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Fatwa Johor yang lebih lama, dikeluarkan pada 2013, menyatakan:

“Apabila pencarum KWSP meninggal, wang KWSP ialah harta pusaka dan perlu difaraidkan; ia tidak boleh dijadikan harta sepencarian.

Namun, selepas keputusan MKI 2025, Johor mengambil pendekatan baharu yang membenarkan tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP bagi ahli beragama Islam yang layak, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Syariah. Rujuk Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.

Perubahan ini menunjukkan bagaimana pendirian berkaitan KWSP dan harta sepencarian boleh berkembang mengikut keputusan hukum dan kerangka undang-undang semasa.

NegeriKedudukan yang ditemuiTahun / status
KelantanAda kes Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan tuntutan terhadap KWSP sebagai harta sepencarian; turut ada fatwa berkaitan tuntutan harta sepencarian selepas kematianKes 2006; Fatwa Negeri 2002
SelangorSecara rasmi mengiktiraf bahawa selepas kematian salah satu pihak, pasangan boleh menuntut harta sepencarian. Soal jawab Mufti Selangor juga secara jelas menyebut isteri boleh menuntut harta sepencarian terhadap KWSP arwah sebelum baki difaraidkanFatwa 2023; panduan 2020
JohorDahulu berpendirian sebaliknya: KWSP ialah harta pusaka dan tidak boleh dijadikan harta sepencarian. Tetapi pada 2026, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengeluarkan keputusan baharu yang membenarkan tuntutan KWSP sebagai harta sepencarian, selaras dengan MKI 20252013 → berubah 2026
SarawakPernah memutuskan wang caruman KWSP tidak boleh dianggap harta sepencarian, sebaliknya harta pusaka yang difaraidkanKeputusan terdahulu

Jadi, apa maksudnya kepada pasangan?

Kita ambil contoh mudah.

Katakan seorang suami meninggal dunia dan meninggalkan RM500,000 dalam KWSP.

Isteri membuat tuntutan harta sepencarian.

Jika Mahkamah Syariah selepas mempertimbangkan tuntutan tersebut memutuskan bahawa RM150,000 adalah hak harta sepencarian isteri, maka RM150,000 itu bukan lagi sebahagian daripada harta pusaka suami untuk difaraidkan.

Baki RM350,000 pula barulah menjadi sebahagian daripada harta pusaka, tertakluk kepada proses pengurusan pusaka dan pembahagian mengikut faraid.

Jadi bukan bermaksud:

“Isteri automatik dapat separuh KWSP.”

Tidak.

Yang betul ialah:

“Isteri yang layak boleh membuat tuntutan, dan jumlah yang menjadi harta sepencarian bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah.”

Kenapa perkara ini penting untuk perancangan pusaka?

Sebab ramai orang melihat KWSP hanya daripada sudut simpanan persaraan.

Tetapi apabila berlaku kematian, ia menjadi sebahagian daripada proses pengurusan harta si mati.

Dalam konteks pasangan Islam, terdapat beberapa perkara yang perlu dibezakan:

Pertama, harta sepencarian.

Ini ialah tuntutan pasangan terhadap harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan, tertakluk kepada undang-undang dan keputusan Mahkamah Syariah.

Kedua, harta pusaka.

Selepas hak-hak yang berkaitan seperti harta sepencarian ditentukan, baki harta si mati boleh menjadi harta pusaka.

Ketiga, faraid.

Baki harta pusaka kemudiannya dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

Sebab itu seseorang tidak boleh terus melihat angka KWSP dan berkata:

“Ini semua akan difaraidkan.”

Ia bergantung kepada keadaan dan, bagi tuntutan harta sepencarian, keputusan Mahkamah Syariah.

Namun, jangan salah faham

Keputusan MKI 2025 bukan bermaksud setiap isteri automatik mendapat sebahagian daripada KWSP suami.

Ia hanya membuka ruang bahawa tuntutan tersebut diharuskan.

Tuntutan masih perlu dibuat dan dipertimbangkan oleh Mahkamah Syariah.

Jumlahnya juga tidak semestinya 50:50.

Mahkamah boleh melihat kepada pelbagai faktor dan bukti berkaitan sumbangan pasangan serta keadaan harta yang dituntut.

Satu lagi perkara penting ialah status keputusan hukum tersebut di setiap negeri. Keputusan Muzakarah MKI perlu dilihat bersama peruntukan dan proses undang-undang Syariah negeri masing-masing.

Daripada “siapa dapat KWSP?” kepada “apa hak setiap pihak?”

Ini sebenarnya perubahan cara kita melihat perancangan pusaka.

Bila seorang suami meninggal dunia, persoalannya bukan semata-mata:

“Berapa banyak isteri dapat?”

Tetapi:

“Apakah hak isteri sebagai pasangan? Apakah yang menjadi harta sepencarian? Apakah yang benar-benar menjadi harta pusaka? Dan siapa yang berhak menerima baki tersebut melalui faraid?”

Perbezaan ini nampak kecil, tetapi dari sudut nilai harta, ia boleh menjadi sangat besar.

Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai simpanan KWSP jutaan ringgit.

Maka, bagi pasangan yang beragama Islam, memahami kedudukan harta sepencarian dan faraid semasa masih hidup jauh lebih baik daripada cuba memahami semuanya selepas berlaku kematian.

KWSP bukan sekadar soal berapa banyak kita berjaya kumpul. Kita juga perlu tahu bagaimana wang itu akan diurus apabila kita sudah tiada.

Penafian: Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan nasihat undang-undang, fatwa atau nasihat kewangan. Kedudukan harta sepencarian, tuntutan wang KWSP dan proses pembahagian harta pusaka boleh berbeza mengikut negeri, fakta kes dan keputusan Mahkamah Syariah. Pembaca disarankan mendapatkan nasihat daripada peguam syarie, pihak berkuasa agama negeri atau pihak yang berkelayakan sebelum membuat sebarang tuntutan atau keputusan berkaitan harta pusaka.