Kena Caj Ekstra Tak Semasa Guna Kad Kredit Atau Debit?

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan siaran media berkenaan topik panas ini. Ia merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat minggu lepas.

Macam Dah Biasa Dikenakan Caj 2-3% Kalau Bayar Pakai Kad

Bagi anda yang biasa beli di kedai-kedai IT dan elektronik, mesti perasan kan kita dikenakan caj lebihan ini?

Kalau harga barang tersebut RM1,000:

  • Bayar secara tunai, hanya bayar RM1,000
  • Bayar guna kad debit, kena bayar 2% ekstra, jumlah kena bayar RM1,020
  • Bayar guna kad kredit, kena bayar 3% ekstra, jumlah kena bayar RM1,030

Kita dah anggap ianya satu kebiasaan, jadi tak rasa macam ianya suatu kesalahan pun kan?

Perlu Minimum Pembelian, Baru Boleh Guna Kad Kredit/Debit

Lagi satu kesalahan yang tak ramai orang tahu, bahawa perlunya kita membuat minimum pembelian baru boleh swipe menggunakan kad kredit atau kad debit. Biasanya kena beli RM30 atau RM50 mengikut kepada kedai. Ini pun merupakan satu kesalahan tau!

Guna Aplikasi BNM MyLINK Untuk Buat Aduan

Kini tiba masanya untuk kita membuat sesuatu terhadap peniaga-peniaga ini. Cuma ikuti 5 langkah mudah di bawah:

1. Mulakan dengan memuat turun aplikasi BNM MyLINK di Google Play Store

atau Apple App Store.

2. Seterusnya kita launch aplikasi tersebut dan klik Direktori.

3. Cari nama bank penyedia terminal dan klik

4. Klik Emel dan pilih aplikasi emel telefon anda

5. Template dah ada, masukkan butiran yang diperlukan dan hantar emel.

5 Langkah sahaja untuk membuat aduan anda menerusi aplikasi BNM MyLINK.

Boleh Juga Buat Aduan Kepada Pembekal Kad Kredit

Visa atau MasterCard adalah dua nama yang paling besar, ada juga American Express, UnionPay, Discovery dan sebagainya. Ini kerana kebanyakan pembekal kad kredit ini tidak membenarkan peniaga mengenakan sebarang caj tambahan dan ianya merupakan suatu kesalahan.

Jangan lupa untuk melaporkan juga peniaga yang memerlukan anda membeli jumlah minima, baru boleh menggunakan perkhidmatan kad kredit atau debit.

Gunakan hak anda sebagai pengguna dengan membuat laporan. Sementara menunggu pihak berkuasa mengambil tindakan, kita boleh pergi ke kedai lain yang tidak mengenakan caj tambahan, dan yang tidak meletakkan syarat jumlah pembelian minima.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.