7 Tabung Simpanan Yang Perlu Ada. Mulakan Sekarang!

Ramai orang gagal menyimpan disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak begitu elok. Bagi mereka yang berdepan dengan masalah ini, anda ada dua pilihan; tingkatkan pendapatan atau kurangkan perbelanjaan.

Tetapi bagi yang dah menyimpan pula, adakah anda tahu tujuan anda menyimpan?

Mari kita ikuti perkongsian Naimah Wahab menerusi laman web beliau Myliferia.com.

Menabung ni satu amalan yang “must have” dalam diri seseorang. Nak lagi mudah, kita terapkan konsep serta amalan menabung ni di dalam diri anak-anak kita sejak mereka kecil lagi. Macam arwah ayah saya dulu memang selalu berpesan, setiap kali dapat gaji, peruntukkan juga walau sedikit untuk dijadikan sebagai simpanan bulanan. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Sehinggalah saya bekerja pun, amalan menabung dah jadi satu kemestian. Siap saya buka akaun khas lagi untuk simpanan supaya duit tak bercampur. Kalau tak, mesti terguna duit simpanan sebab nampak macam banyak jer duit kat dalam akaun tu, kan kan? Setakat ni, kawan-kawan semua ada buat tabungan tak? Kalau pernah buat, kawan-kawan semua guna cara yang macam mana?

Pernah dengar tentang 7 Jars? 7 Jars (Tujuh Tabung) ni digunakan untuk menguruskan gaji atau bonus kita setiap bulan mengikut keperluan kepada 7 kumpulan besar. Apa Itu Sistem Menabung 7 Jars?

Pembahagian Kaedah Menabung 7 Jars terdiri daripada:

1. NEC (50%)

Necessity – wang yang diasingkan untuk kegunaan seharian, belanja anak sekolah, bil-bil rumah.

2. EDU (5%)

Education – Wang yang diasingkan untuk tujuan meningkatkan pengetahuan kita, contohnya beli buku, tambang untuk menghadiri kelas, yuran seminar dan sebagainya.

3. LTSS (10%)

Long Term Saving For Spending – wang yang diasingkan untuk tujuan jangka panjang yang memerlukan belanja yang lebih besar, contohnya nak beli rumah, tanah, , kereta dan sebagainya.

4. FFA (5%)

Financial Freedom – wang yang diasingkan untuk kegunaan bila kita dah pencen dan tiada upaya lagi nak bekerja.

5. PLY (10%)

Play – wang yang diasingkan untuk leisure, travel, beli hadiah birthday, belanja family makan.

6. GIV (10%)

Charity – wang yang diasingkan untuk sedekah atau zakat.

7. PARENT (10%)

Parent – wang yang diasingkan untuk ibu dan ayah.

Kawan-kawan dah menabung ke? Kalau belum, jom mulakan sekarang. Dengan guna tips 7 tabung ni, kita lebih nampak macam mana nak uruskan duit gaji atau bonus kita. Boleh nak buat tabung fizikal atau simpanan online, tapi pastikan kita buat jadual atau rekod simpanan. Bila dah masuk tabung, tick pada rekod berkenaan. Kalau kita nak guna tabung ni ikut pendapatan yang tidak tetap, pastikan catat jumlah yang dimasukkan tiap-tiap bulan. Selamat menabung, kawan-kawan. Semoga kewangan kita semakin terurus dengan baik dan hidup lebih berkat dengan kaedah 7 tabung ni.

Sumber Rujukan: Myliferia.com

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

Mulakan Tabung Simpanan Hari Ini

Kecil atau besar simpanan anda, bukanlah itu yang menjadi ukuran. Sebaliknya, mulakan dengan apa yang termampu dahulu. Bila dah ada tabiat menyimpan ni, insyaAllah apabila anda menerima kenaikan gaji, masa jumlah simpanan juga akan turut meningkat seiring.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.