Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Kemas kini Mac 2024: CGS-CIMB kini dikenali sebagai CGS International (CGSI).


Sebagai pelabur yang baru nak mula terlibat dalam pelaburan saham, pasti anda akan tertanya-tanya bagaimana nak mula.

Selain perlunya ilmu pelaburan saham, perkara pertama yang harus anda ada sebelum mula melabur ialah dengan membuka akaun CDS. Ada yang berpendapat akaun CDS ini leceh untuk dibuka. Betul ke?

Bagi yang belum tahu apa itu akaun CDS jom berkenalan dengan akaun CDS terlebih dahulu.

Menurut Bursa Malaysia, CDS ialah akronim bagi Central Depository System atau “Sistem Depositori Pusat”.

CDS merupakan sistem milik penuh yang diusahakan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Malaysian Central Depository Sdn. Bhd.), anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia Berhad.

Kredit: Bursa Marketplace

Betul ke akaun CDS ini leceh untuk dibuka? Rata-rata pelabur mengatakan akaun CDS mereka memakan masa sehingga dua ke tiga bulan untuk disiapkan pada tahun lepas.

Itu cerita tahun lepas dan itu sememangnya benar-benar terjadi. Ketika semua rakyat Malaysia diperintahkan untuk duduk dan bekerja di rumah, orang ramai mempunyai lebih masa untuk melihat pasaran saham.

Melihat para pelabur menjana keuntungan 100% dengan sangat mudah pada bulan Mac 2020 juga mendorong orang ramai untuk membuka akaun CDS.

Namun begitu, lambakan borang CDS untuk diproses menyebabkan tempoh yang diperlukan untuk memproses pembukaan akaun CDS menyebabkan masa yang diambil adalah panjang daripada kebiasaan. Staf broker yang terpaksa bekerja daripada rumah turut membuatkan keadaan lebih rumit.

Melihat situasi ini kini CGSI Securities membolehkan anda untuk membuka akaun CDS secara online.

Apa kata kami kongsikan tutorial bergambar proses untuk buka akaun CDS dengan CGSI Securities. Sila ikut langkah di bawah untuk buka akaun CDS bersama CGS-CIMB.

Langkah Pertama: Layari Buka Akaun CDS CGS International (CGS-CIMB)

Langkah Kedua: Penting! Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Ikut langkah seperti dalam gambar untuk pastikan anda buka akaun yang betul.

  • Pengguna tidak beragama Islam, boleh pilih untuk buka akaun “Conventional” jika mahu.
  • Pilih “Cross Border” jika berminat untuk melabur di pasaran antarabangsa. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan.

Teruskan langkah seperti berikut:

Klik ‘Next’ dan ikut langkah seterusnya:

Langkah akhir:

Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa hari yang diperlukan untuk CDS akaun anda siap. Permohonan CDS anda akan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja.

Setelah akaun anda berjaya dibuka, anda akan menerima emel dari pihak CGSI Securities.

Sekiranya anda perlukan sebarang bantuan, sila hubungi nombor telefon dan emel seperti yang tertera dalam gambar.

Mudah bukan?

Untuk bantuan sila hubungi / emel:

  • Tel: +6011 16196788 (Aizat/Dinie), nyatakan no kod rujukan SP1M538
  • Tel: 03 2635 8585
  • e-mel: [email protected]

Bagi yang belum ada akaun CDS bersama CGSI Securities, ayuh buka akaun secara online dengan
berpandukan langkah-langkah ini.

Sumber: pixabay

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.