7 Kriteria Pelaburan Yang Diamalkan Warren Buffet

Warren Buffet adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan saham. Billionaire terkenal ini mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengkaji dan menilai saham yang terbaik untuk dibeli. Jika anda juga merupakan pelabur dalam kategori jangka panjang, anda mungkin boleh mengikuti cara yang dilakukan beliau.

Guideline diambil dari petikan asal yang dikongsikan dari page Empayar Saham yang berkongsi tentang ‘7 Kriteria Pemilihan Stock Warren Buffet’.

1. Adakah Hutang Syarikat Berlebihan?

Syarikat mendapat capital melalui 2 cara – sama ada melalui debt financing ataupun equity financing. Debt financing ialah membuat pinjaman kepada pihak ketiga, sedangkan equity financing ialah menjual saham sendiri kepada pelabur2.

Bagi Warren Buffet, beliau lebih suka melihat pertumbuhan syarikat dijana oleh equity financing berbanding debt financing. Dengan debt financing, anda perlu korbankan earning anda untuk membayar interest. Dengan equity financing pula anda hanya perlu meningkatkan earning growth untuk memuaskan hati pelabur2.

Kita boleh melihat kriteria Warren Buffet ini melalui parameter debt-to-equity ratio.

Debt-to-equity ratio = total liabilities/shareholder equity.

Seboleh mungkin, pastikan debt-to-equity ratio serendah yang boleh.

2. Adakah Syarikat Menjana Pendapatan Secara Konsisten?

Ini merupakan kriteria yang sangat penting kepada Warren Buffet – earning power. Oleh kerana Warren Buffet lebih suka jika syarikat mengambil equity financing berbanding debt financing, maka Warren Buffet lebih suka melihat secekap manakah modal daripada equity financing digunakan untuk menjana keuntungan. Oleh itu, parameter di bawah ini sangat penting bagi Warren Buffet.

ROE (return on equity) = net income/shareholder equity.

Cuba pastikan ROE yang tinggi dan stabil dalam masa sekurang2nya 5 tahun.

3. Adakah Profit Margin Syarikat Meningkat?

Profit margin bermaksud secekap manakah revenue yang diperolehi syarikat ditukar menjadi profit. Kecekapan ini boleh ditingkatkan dengan mengawal perbelanjaan. Sekiranya profit margin rendah, ia bermaksud syarikat tidak mengawal perbelanjaannya. Sekiranya profit margin tinggi pula, ia bermaksud syarikat bijak mengawal perbelanjaan.

Namun, jika profit margin semakin meningkat, ia bermaksud syarikat berjaya sedikit demi sedikit meningkatkan kecekapan menukar revenue kepada profit.

4. Sudah Berapa Lama Syarikat Telah Disenaraikan?

Warren Buffet hanya mencari syarikat yang matang dan stabil kerana ini mampu mengurangkan risiko volatility. Beliau juga pada masa yang sama mahu memastikan yang beliau faham dengan bisnes syarikat yang mahu dilaburnya.

5. Adakah Bisnes Syarikat Terlibat Dengan Komoditi?

Bisnes yang melibatkan komoditi sebenarnya menjadi satu kepantangan kepada Warren Buffet. Ini kerana syarikat yang terlibat dengan komoditi sangat terdedah dengan harga komoditi tersebut di dalam pasaran.

6. Adakah Syarikat Tersebut Mempunyai Niche Market?

Niche market atau economic moat atau competitive advantage adalah ciri2 syarikat yang membuatkan ia unik dan tersendiri di dalam market. Warren Buffet sukakan syarikat yang mempunyai niche kerana ia mengurangkan persaingan di dalam bisnes dan pada masa sama ia membolehkan syarikat menguasai ruang market yang tidak boleh dicapai syarikat2 lain. Dengan ini membolehkan lagi syarikat memonopoli.

7. Adakah Saham Dijual Pada Harga Diskaun?

Stock diskaun bukan sahaja boleh meningkatkan profit pelaburan, ia juga pada masa yang sama memberikan safety margin kepada pelabur.

Kesimpulannya, walaupun value investing dimulakan oleh Benjamin Graham, namun Warren Buffet pula meletakkan value investing setingkat lebih hebat.

Kriteria pemilihan stock Warren Buffet tidak banyak. Namun, terdapat 2 masalah kepada kriteria pemilihan ini.

(1) Bukan mudah nak cari super stock seperti yang digariskan oleh Warren Buffet. Padanlah dengan Warren Buffet sendiri pun bukan selalu shopping stock lantaran tidak banyak syarikat yang match kepada kriterianya.

(2) Kalau jumpa pun, bukan mudah nak cari stock yang diskaun. Hakikatnya nak menentukan diskaun, anda perlu kira dahulu fair value syarikat. Masalahnya bukan mudah nak menentukan fair value ini.

Dalam hidup ni bukan senang nak senang. Kalau dunia saham ni mudah, mesti dah ramai yang jadi billionaire macam Warren Buffet sendiri. Bayangkan berapa lama masa yang dikorbankan beliau untuk mengkaji setiap maklumat pasaran sebelum membeli sesuatu saham dan berapa lama masa yang diperuntukkan untuk melihat saham yang telah dibelinya berkembang.

Kredit: Empayar Saham

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Southern Cable Peroleh Kontrak Tambahan RM403.6 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR: Pengeluar kabel dan wayar, Southern Cable Group Bhd terus mengukuhkan aliran tempahan bagi menyokong pengembangan infrastruktur tenaga Malaysia selepas memperoleh kontrak tambahan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Syarikat dalam satu kenyataan berkata kontrak yang dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Southern Cable Sdn Bhd itu merangkumi bekalan kabel kuasa bawah tanah dan pengalir kepada Bahagian Rangkaian Pengagihan TNB.

Perjanjian berkenaan merupakan pelaksanaan opsyen tambahan di bawah kontrak asal yang diberikan pada Februari 2025, sekali gus melanjutkan tempoh bekalan selama satu tahun tambahan bermula Ogos 2026 hingga Ogos 2027.

Dengan kontrak baharu itu, jumlah tempahan dalam tangan kumpulan meningkat melebihi RM1 bilion, sekali gus memberi visibiliti pendapatan yang jelas sehingga 2027.

Pengarah Urusan Southern Cable Group Bhd, Tung Eng Hai berkata kontrak tambahan itu mencerminkan permintaan berterusan terhadap kabel kuasa serta mengesahkan keupayaan teknikal syarikat dalam memenuhi piawaian kebolehpercayaan ketat untuk grid nasional.

Beliau berkata sektor tenaga Malaysia terus mencatat pertumbuhan kukuh dipacu integrasi tenaga boleh baharu, perkembangan pesat pusat data serta pembangunan industri.

“Walaupun kami mengekalkan penghantaran konsisten bagi tempahan sedia ada, kami terus memperluas kapasiti dan portfolio produk untuk merebut peluang pertumbuhan,” katanya.

Southern Cable berkata prospek pertumbuhan jangka panjang syarikat disokong oleh inisiatif pengembangan, termasuk pengukuhan peranannya dalam pembangunan infrastruktur tenaga di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Sejak 2025, kumpulan itu telah memperoleh kontrak dengan TNB berjumlah lebih RM900 juta.

Selain itu, syarikat itu baru-baru ini memperoleh pensijilan produk bagi kabel penghantaran bawah tanah berkapasiti tinggi dengan saiz konduktor sehingga 1,600 milimeter persegi, sekali gus meningkatkan keupayaan untuk menyokong pembangunan grid masa depan.

Bagi menyokong tempahan jangka panjang, rancangan penambahan kapasiti sebanyak 5,000 kilometer menjelang akhir 2026 dijangka memperkukuh keupayaan memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.