Support & Resistance Dalam Saham

Support dan Resistance (S&R) merupakan terma yang selalu digunapakai dalam pelaburan dan trading. Support dalam Bahasa Melayu juga dikenali sebagai lantai atau sokongan manakala Resistance pula merujuk kepada siling atau halangan. Ia sangat penting dalam membantu trader untuk menganalisa pergerakan harga secara teknikal. S&R digunakan untuk menentukan paras harga sesuatu saham sama ada berpotensi untuk meneruskan aliran naik atau menurun.

Support merupakan suatu area level harga, di mana pada level tersebut DEMAND cukup besar untuk menahan turunnya harga (DEMAND > SUPPLY). Pada level ini, harga cenderung berhenti bergerak turun dan kemungkinan besar akan naik lagi. Secara mudah, support adalah level yang akan menahan pergerakan harga daripada bearish (turun). Disebabkan itu, ia dipanggil lantai.

Semasa berlaku pembetulan (Retracement, sekiranya harga menyentuh support, harga seperti memantul kembali ke atas. Jika support ini tertembus (Breakdown), maka harga akan jatuh sehingga wujudnya support level yang terbaru.

Manakala Resistance pula merupakan suatu area level harga di mana pada level tersebut, SUPPLY cukup besar untuk menghentikan naiknya harga (SUPPLY > DEMAND). Pada level ini, harga cenderung berhenti bergerak naik dan kemungkinan besar akan turun lagi. Secara mudah, resistance adalah level yang akan menahan pergerakan bullish (naik). Disebabkan itu, ia dipanggil siling.

Jika saham berjaya tembus resistance level (Breakout), harga akan naik hingga membentuk resistance yang baru sebelum berlaku Retracement (pembetulan) semula.

4 Langkah Untuk Tentukan Support & Resistance

Langkah 1: Tentukan time frame chart yang dikehendaki (5 min, 30 min, daily, weekly)
Langkah 2: Kenal pasti trend sama ada sedang menaik atau menurun
Langkah 3: Lihat dari kanan ke kiri, tentukan paras harga saham terendah dan tertinggi
Langkah 4: Lukis garis melintang di paras harga terendah dan tertinggi menggunakan platform anda

Nota tambahan: Bagi beginners, menentukan S&R agak rumit jika tidak biasa melihat chart, jadi untuk permulaan gunakan chart berbentuk ‘line chart’ terlebih dahulu. Letakkan garisan melintang di puncak atau hujung line chart tersebut. Kemudian, baru tukarkan semula kepada candlestick chart.

Line Chart
Candlestick Chart

Selain daripada garisan mendatar, Support & Resistance juga dapat dilukis dengan menggunakan garis miring (condong) seperti garisan trendline. Caranya seperti berikut:

Langkah 1: Cari dua (2) atau lebih titik tertinggi dan terendah
Langkah 2: Hubungkan dua (2) titik tertinggi atau terendah tersebut
Langkah 3: Panjangkan garisan miring menggunakan platform anda

Nota tambahan: Bagi beginners, menentukan s&r agak rumit jika tidak biasa melihat chart, jadi untuk permulaan gunakan chart berbentuk ‘line chart’ terlebih dahulu. Letakkan garisan miring di titik tertinggi atau terendah line chart tersebut. Kemudian, baru tukarkan semula kepada candlestick chart.

Line Chart
Candlestick Chart

Kegunaan Support & Resistance

Apabila garis support dan resistance tersebut berulang kali disentuh tetapi ia masih tidak dapat ditembusi, ini bermakna support level atau resistance level saham tersebut sangat kuat. Jadi ia amat berguna untuk menentukan Entry Level (Buy) atau Exit Level (Sell) bagi mendapatkan keuntungan semaksima mungkin. Sebagai contoh, buy ketika market sudah tembus atau valid breakout terhadap resistance. Manakala sell ketika market sudah embus atau valid breakout terhadap support.

Selain daripada itu, Support dan Resistance yang terdekat juga amat berguna untuk dijadikan sebagai Stop Loss, sekaligus membantu untuk meminimakan kerugian.

Stop Loss

 

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.