Richard Dennis Mengembangkan Modal $1,600 USD Kepada $200 Juta USD Dalam 10 Tahun

Richard Dennis dilahirkan di Chicago pada Januari 1949 merupakan seorang pedagang komoditi tersohor yang diberi nama jolokan “Prince of the Pit’. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang trading seawal umur 17 tahun dengan menjadi ‘order runner’ di Chicago Mercantile Exchange (CME). Beberapa tahun kemudian beliau mula melakukan aktiviti trading untuk dirinya sendiri di Mid America Commodity Exchange melalui mini kontrak.

Pada ketika itu, umur minima untuk menjadi trader komoditi ialah 21 tahun. Disebabkan Dennis masih lagi dibawah umur jadi beliau mengupah ayahnya untuk menjalankan aktiviti trading sementara Dennis bertindak sebagai order runner untuk dirinya sendiri. Walaupun sibuk dengan kerjaya trading, Dennis masih sempat melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Falsafah di Univerisiti DePaul. Setelah tamat pengajian, beliau turut ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dari Universiti Tulane.

Tekad Untuk Berjaya Dalam Trading

Dennis menolak tawaran sambung belajar tersebut setelah menyedari beliau lebih berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang trading. Pada tahun 1970 ketika berumur 23 tahun, beliau meminjam $1,600 dari keluarganya sebagai modal permulaan. Sebanyak $1,200 digunakan untuk bayaran bagi mendapatkan lesen berdagang di Mid America Commodity Exchange.

Berbekalkan baki $400 dari wang pinjaman itulah beliau mulakan aktiviti dagangan. Dalam tempoh tiga tahun, modal beliau berjaya dikembangkan ke $100,000. Pada tahun 1974, beliau berjaya mencatat keuntungan besar sebanyak $500,000 melalui perdagangan komoditi soya.

26 Tahun Dah Bergelar Jutawan Komoditi Trading

Ketika Dennis berumur 26 tahun, beliau telah berjaya menjadi jutawan melalui komoditi trading. Kemuncak kejayaan beliau ialah apabila beliau berjaya menggandakan keuntungannya kepada $200 Juta dalam tempoh 10 tahun.

Pada satu ketika, Dennis dan kawannya yang juga seorang pedagang komoditi William Eckhardt, berdebat mengenai apa yang diperlukan untuk berjaya dalam trading. Richard Dennis percaya bahawa kejayaan dalam trading boleh diajar kepada sesiapa sahaja. Eckhardt tidak fikir begitu. Eckhard percaya bahawa Dennis mempunyai keistimewaan yang membolehkannya untung dari trading.

Bagi membuktikan bahawa kejayaan dalam bidang trading boleh dilatih jika seseorang benar-benar komited untuk belajar mengenainya, beliau telah melakukan satu eksperimen dengan merekrut seramai 21 orang lelaki dan 2 orang wanita untuk dilatih dalam bidang trading. Mereka telah dibahagikan kepada dua kelompok kumpulan. Kumpulan pertama memulakan latihan pada Disember 1983 manakala kumpulan seterusnya dilatih pada Disember 1984.

Protege Beliau Pun Sangat Berjaya

Kredit Gambar: Turtle Trader

Tempoh pengajaran dalam sekitar 2 minggu sahaja dimana para pelatih diajar mengenai trend following, matawang dan pasaran bond juga trading system yang beliau praktikkan sebelum ini sehingga berja membuat keuntungan berlipat kali ganda. Setiap seorang pelatih beliau diberikan modal sebanyak $1 juta untuk mereka uruskan. Dipendekkan cerita, setelah eskperimen ini berakhir 5 tahun kemudian, para pelatih beliau membuat keuntungan keseluruhan sebanyak $175 juta.

Disebakan rekod kejayannya, beliau diberi kepercayaan oleh beberapa individu kaya untuk menguruskan aset persendirian mereka. Langit tak sentiasa cerah. Ketika market crash Black Monday 1987, Dennis dilaporkan mengalami kerugian berpuluh juta. Beliau cuba untuk bangkit dan mendapatkan semula modal yang telah hangus, namun tidak berjaya.

Setelah beberapa tahun mencuba, beliau akhirnya nekad untuk berubah arah dalam arena politik. Beliau merupakan pengasas kepada Roosevelt Center for American Policy Studies, iaitu sebuah badan pemikir politik. Beliau juga dilaporkan banyak menaja ahli politik Demokrat di Amerika Syarikat.

Sumber Rujukan:

Tahun 1983 Dah Mula Pakai Sistem Untuk Trade

Bagi mereka yang dah tahu pasal Turtle Trading ni, memang terbaik. Tapi tahukah anda ada lagi kaedah yang terbaik iaitu dengan menggunakan Algorithm Trading? Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk Pengenalan Kepada Perdagangan Algoritma (Algorithm Trading).

Nak belajar dengan lebih mendalam, boleh ikuti kelas berikut yang dianjurkan oleh Tuan Firdaus Majid yang merupakan TImbalan Presiden bagi Malaysian Association of Technical Analysts (MATA). Malaysia baru nak berjinak-jinak dengan penggunaan sistem untuk berdagang.

Kalau nak tahu lebih mendalam tentang Perdagangan Algoritma ini, boleh bersama-sama dengan beliau untuk mendapat hands-on experience dan bagaimana ianya boleh membantu kita sebagai seorang pelabur – tidak kira trader mahu pun investor.

Apa yang akan dirungkaikan pada hari tersebut:

Objektif Anda sebagai “Traders” dan “Investors”

  • “Boleh Rempit Tak?”
  • “Boleh Hold Berapa Lama?”
  • “Nak Hold untuk 3 bulan?”
  • Definisi Linggo Trader
  • Rempit
  • Intraday
  • T4
  • Swing
  • Long Term

Teknik yang akan dikaji:

  • Prestasi Sistem Dagangan Legenda “Turtle” di Bursa Malaysia
  • Signal Asas Turtle Trading
  • Analisis UNTUNG RUGI Sistem Turtle
  • Menilai KESTABILAN Sistem Turtle
Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jangan Main Beli Saham, Ikuti 7 Langkah Membaca Carta Seperti Pelabur Berpengalaman

Apabila seseorang mula berjinak-jinak dengan pelaburan saham, soalan yang sering bermain di fikiran ialah, “Saham apa yang patut saya beli?”

Ramai pelabur baru akan mencari cadangan saham daripada rakan, mengikuti “buy call” di media sosial atau membeli saham yang sedang menjadi bualan ramai. Ada juga yang membeli hanya kerana harga saham tersebut kelihatan murah.

Malangnya, pendekatan sebegini sering menyebabkan pelabur terperangkap membeli saham pada waktu yang tidak sesuai. Walaupun syarikat tersebut mempunyai asas perniagaan yang baik, membeli pada harga yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pelaburan mengambil masa yang lama untuk memberikan pulangan.

Di sinilah pentingnya analisis teknikal.

Analisis teknikal tidak memberitahu kita syarikat mana yang paling bagus, tetapi ia membantu mengenal pasti bilakah masa yang lebih sesuai untuk membeli atau menjual sesuatu saham berdasarkan pergerakan harga dan tingkah laku pasaran.

Apa Itu Analisis Teknikal?

Analisis teknikal ialah kaedah mengkaji pergerakan harga dan volum dagangan bagi meramal kebarangkalian arah pergerakan harga pada masa hadapan.

Berbeza dengan analisis fundamental yang memberi tumpuan kepada prestasi kewangan syarikat, analisis teknikal lebih menekankan kepada tingkah laku pasaran.

Ia dibina atas tiga prinsip utama:

  • Semua maklumat telah diterjemahkan ke dalam harga saham.
  • Harga bergerak mengikut trend.
  • Corak harga cenderung berulang kerana emosi manusia seperti tamak dan takut sentiasa wujud dalam pasaran.

Oleh sebab itu, carta harga menjadi “bahasa” utama bagi pelabur teknikal.

Mengapa Pelabur Perlu Melihat Carta?

Bayangkan dua pelabur membeli saham syarikat yang sama. Pelabur pertama membeli ketika harga sedang meningkat secara sihat. Pelabur kedua pula membeli ketika harga sedang jatuh tanpa henti.

Walaupun mereka membeli saham yang sama, keputusan pelaburan mungkin sangat berbeza hanya kerana masa pembelian yang berbeza. Carta membantu pelabur mengenal pasti sama ada sesuatu saham sedang berada dalam keadaan:

  • semakin kuat,
  • semakin lemah,
  • atau masih belum menunjukkan arah yang jelas.

Dengan memahami carta, pelabur dapat mengurangkan risiko membeli pada waktu yang salah

Langkah 1: Kenal Pasti Trend Saham

Perkara pertama yang perlu dilihat ialah arah aliran harga atau trend. Secara umum, terdapat tiga jenis trend.

  • Uptrend

Harga bergerak membentuk higher high dan higher low. Ini menunjukkan pembeli menguasai pasaran dan permintaan masih tinggi. Dalam keadaan ini, kebanyakan pelabur teknikal lebih cenderung mencari peluang untuk membeli.

  • Downtrend

Harga membentuk lower high dan lower low. Ini menunjukkan tekanan jualan masih mendominasi pasaran. Ramai pelabur baru melakukan kesilapan membeli hanya kerana harga kelihatan murah sedangkan trend penurunan masih belum berakhir.

Pepatah dalam pelaburan sering menyebut:

“Trend is your friend.”

Maksudnya, lebih selamat berdagang mengikut arah aliran berbanding melawannya.

  • Sideways

Kadangkala harga tidak naik dan tidak juga turun. Sebaliknya, ia bergerak dalam satu julat tertentu untuk tempoh yang lama. Keadaan ini dikenali sebagai sideways atau mendatar. Dalam situasi ini, pasaran sedang menunggu pemangkin baharu seperti laporan kewangan, keputusan ekonomi atau berita korporat.

Langkah 2: Lukis Trendline

Selepas mengenal pasti trend, langkah seterusnya ialah melukis trendline. Trendline membantu pelabur melihat arah aliran harga dengan lebih jelas. Dalam uptrend, trendline dilukis di bawah harga sebagai sokongan.

Dalam downtrend, trendline dilukis di atas harga sebagai rintangan. Jika harga masih menghormati trendline tersebut, kebarangkalian trend berterusan adalah lebih tinggi. Sebaliknya, jika trendline ditembusi dengan jelas, ia mungkin menjadi petanda bahawa trend sedang berubah.

Langkah 3: Kenal Pasti Paras Support dan Resistance

Support dan resistance merupakan antara konsep paling asas dalam analisis teknikal.

  • Support

Support ialah kawasan harga di mana pembeli mula memasuki pasaran sehingga harga berhenti jatuh. Ia boleh dianggap sebagai “lantai” kepada harga saham.

Sebagai contoh:

Jika sesuatu saham beberapa kali melantun apabila mencecah RM1.50, maka RM1.50 boleh dianggap sebagai paras support.

  • Resistance

Resistance pula ialah kawasan di mana tekanan jualan mula meningkat. Harga sering menghadapi kesukaran untuk melepasi kawasan ini.

Jika saham berkali-kali gagal melepasi RM3.00, maka RM3.00 merupakan resistance. Namun, apabila resistance berjaya ditembusi dengan volum yang tinggi, ia sering menjadi petanda bahawa momentum kenaikan masih kukuh.

Langkah 4: Perhatikan Volum Dagangan

Harga tanpa volum ibarat sebuah kereta yang bergerak tanpa enjin. Volum menunjukkan berapa banyak saham yang diperdagangkan dalam sesuatu tempoh.

Bayangkan dua situasi berikut.

  • Situasi Pertama

Harga naik 8%. Tetapi hanya sedikit pelabur yang membeli.

  • Situasi Kedua

Harga naik 8%. Pada masa yang sama, jumlah dagangan meningkat dua atau tiga kali ganda daripada kebiasaan.

Situasi kedua biasanya lebih diyakini kerana menunjukkan ramai pelabur bersetuju dengan kenaikan tersebut. Oleh itu, pelabur teknikal sentiasa melihat harga bersama volum.

Langkah 5: Gunakan Moving Average

Moving Average (MA) ialah indikator yang membantu mengenal pasti arah aliran harga dengan lebih jelas.

Antara yang paling popular ialah:

  • MA20
  • MA50
  • MA100
  • MA200

Jika harga berada di atas MA50 dan MA200, kebanyakan pelabur menganggap saham tersebut masih berada dalam trend menaik.

Sebaliknya, jika harga berada di bawah kedua-dua garisan tersebut, trend masih dianggap lemah. Moving Average juga sering bertindak sebagai kawasan sokongan atau rintangan dinamik.

Langkah 6: Cari Corak Carta

Pergerakan harga sering membentuk corak tertentu. Antara corak yang biasa digunakan ialah:

Double Bottom

Menunjukkan kemungkinan harga akan berubah daripada downtrend kepada uptrend.

Double Top

Memberi isyarat bahawa momentum kenaikan semakin lemah.

Cup and Handle

Corak yang sering dikaitkan dengan potensi sambungan trend menaik.

Ascending Triangle

Menunjukkan tekanan belian semakin kuat dan berpotensi menghasilkan penembusan harga.

Walaupun corak-corak ini sering digunakan oleh pelabur teknikal, ia bukan jaminan bahawa harga akan bergerak seperti yang dijangkakan. Sebaliknya, ia hanya meningkatkan kebarangkalian sesuatu senario berlaku.

Langkah 7: Tunggu Pengesahan Sebelum Membeli

Kesilapan paling biasa dilakukan oleh pelabur baru ialah membeli terlalu awal. Mereka melihat harga sudah jatuh banyak lalu menganggap ia pasti akan naik semula. Hakikatnya, harga boleh terus jatuh.

Pelabur yang lebih berdisiplin akan menunggu pengesahan seperti:

  • harga berjaya melepasi resistance,
  • volum dagangan meningkat,
  • terbentuk higher high dan higher low,
  • atau muncul corak pembalikan yang jelas.

Pendekatan ini membantu mengurangkan risiko membeli saham yang masih belum menunjukkan tanda pemulihan.

Jangan Lupakan Pengurusan Risiko

Walaupun analisis teknikal membantu mencari peluang, tiada kaedah yang mempunyai kadar ketepatan 100%. Oleh itu, setiap pelabur perlu mempunyai pelan pengurusan risiko.

Antaranya:

  • Menetapkan paras cut loss sebelum membeli.
  • Menentukan sasaran keuntungan.
  • Tidak mempertaruhkan keseluruhan modal pada satu saham.
  • Mengawal emosi apabila pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan.

Ramai pelabur gagal bukan kerana tidak tahu membaca carta, tetapi kerana gagal mengawal risiko.

Fundamental dan Teknikal: Mana Satu Lebih Penting?

Persoalan ini sering ditanya oleh pelabur baru. Hakikatnya, kedua-duanya saling melengkapi. Analisis fundamental membantu pelabur menjawab soalan:

“Saham syarikat mana yang berkualiti untuk dimiliki?”

Manakala analisis teknikal membantu menjawab:

“Bilakah masa yang lebih sesuai untuk membeli atau menjual saham tersebut?”

Sebab itu ramai pelabur berpengalaman menggunakan kedua-dua pendekatan serentak. Mereka memilih syarikat yang mempunyai asas perniagaan kukuh melalui analisis fundamental, kemudian menggunakan carta harga untuk menentukan titik kemasukan dan keluar yang lebih baik

Kesimpulan

Membaca carta bukan sekadar melihat sama ada harga saham sedang naik atau turun. Ia adalah proses memahami bagaimana pasaran bertindak balas terhadap permintaan, penawaran dan psikologi pelabur.

Dengan mengenal pasti trend, memahami support dan resistance, memerhati volum dagangan serta menunggu isyarat yang lebih meyakinkan, pelabur dapat membuat keputusan yang lebih sistematik dan mengurangkan risiko membeli pada waktu yang tidak sesuai.

Walau bagaimanapun, analisis teknikal bukanlah alat untuk meramal masa depan dengan tepat. Sebaliknya, ia membantu meningkatkan kebarangkalian membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan data yang tersedia.

Dalam dunia pelaburan, kejayaan bukan datang daripada meneka setiap pergerakan harga, tetapi daripada memiliki proses yang konsisten, disiplin yang tinggi dan kesabaran untuk menunggu peluang yang benar-benar berkualiti.