Penggunaan Telefon Pintar Bagi Kemasukan Hospital: Pekongsi Membayar Kos Perubatan Rajini Sebanyak RM11,432.95

Di sini kami ingin berkongsi pengalaman yang sangat bermakna bagi seorang pekongsi kami, Cik Rajini. Kami juga ingin menunjukkan bagaimana penggunaan telefon pintar dapat menjadikan proses kemasukan hospital begitu mudah sekali untuk Rajini.  

Siapakah Rajini?

Rajini berumur 25 tahun. Dia telah menyertai program LE pada September 2017.  Konsep program ini telah menarik minat Rajini untuk mendaftar diri sebagai seorang ‘Sharer’ atau Pekongsi. Dia hanya membuat pembayaran sebanyak RM100 sebagai deposit permulaan di mana wang yang dimasukkan ini akan diuruskan oleh Pemegang Amanah. Wang deposit Rajini masih kekal sebanyak RM 100.00 kerana tiada perkongsian kos bil perubatan berlaku pada waktu itu sehinggalah….

Pada 21 Februari 2018, tiba-tiba Rajini terasa kesakitan perut yang amat lalu dia terus bergegas ke Taman Desa Medical Centre (TDMC).  Pihak hospital telah mengesahkan bahawa Rajini mempunyai ‘Ovarian Cysts’. Doktor telah mencadangkan supaya Rajini melakukan pembedahan segera untuk membuang ‘Cysts’ itu.  Rajini telah dimasukkan ke hospital pada hari yang sama. 

Bagaimanakah Rajini mendapat kemasukkannya ke hospital TDMC dengan mudah?

Setibanya di TDMC Rajini memberitahu kepada staf di hospital bahawa dia adalah seorang pekongsi dari Life Engineering dengan hanya menunjukkan keahliannya melalui aplikasi LE di telefon pintarnya. Kemudian, staf hospital mengesahkan identiti Rajini dengan pihak EMAS.  EMAS merupakan juruaudit perubatan professional yang dilantik untuk menaksir setiap kemasukkan hospital bagi pekongsi Life Engineering.  Pihak hospital juga telah menghantar report ultrasound Rajini untuk penaksiran dari EMAS.

Tidak lama kemudian, EMAS mengeluarkan Surat Jaminan bagi Rajini untuk kemasukkannya di TDMC. Syukur, pembedahan berjalan dengan lancar dan selamat. Rajini mendapat rawatan perubatan yang baik selama dua hari sehingga 23 Februari 2018 dan dia telah dibenarkan keluar dari TDMC hospital dalam keadaan yang sihat.

Kos perubatan Rajini secara keseluruhannya berjumlah sebanyak RM11,432.95.

Pentadbir ‘Life Engineering’ telah membuat bayaran wang ini terlebih dahulu, dan hanya mengkongsikan kos in di antara Pekongsi dalam masa 2 bulan. Dalam kes ini, setiap Pekongsi berkongsi membayar sebanyak RM53.59 (RM64.31 bagi perokok) sahaja.

Secara ringkasnya, Rajini hanya membayar RM53.59 sebagai pekongsi ‘LE’ tetapi, dia telah menerima perkongsian kos bil perubatannya sebanyak RM 11,432.95. Ini merupakan lebih 100 kali pulangan dari pelaburannya atau…. dengan kata lain, Rajini mendapat pertolongan ini atas tindakannya yang bijak dan kesanggupannya untuk menyertai program Life Engineering yang bermakna ini.

Sila tonton video di bawah ini untuk menghayati perkongsian pengalaman Rajini:

Berikutnya adalah contoh profil ‘Life Engineering’. Setiap individu yang menyertai LE sebagai seorang Pekongsi atau ‘Sharer’ akan mempunyai profilnya tersendiri. Profil ini akan digunakan sewaktu kemasukkan hospital dan juga untuk mendapatkan pengesahan dari pihak hospital.

Selain daripada itu, melalui aplikasi LE setiap Pekongsi dapat memperolehi maklumat terkini tentang setiap kes perubatan, jumlah pekongsi yang menyertai dan jumlah kos perubatan yang dikongsi. Contoh di bawah ini menunjukkan jumlah perkongsian benilai RM0. Ini bermaksud tiada kes perubatan berlaku pada bulan itu, Dengan ini, pekongsi tidak perlu membayar apa-apa pada bulan Mei.

Data perkongsian LE dari Mac 2017 sehingga Mei 2018

PENGUMUMAN

Pendaftaran sebagai pekongsi sehingga 31/8/2018, anda layak untuk mendapatkan yuran Pentadbiran Percuma sebanyak RM 100.00 bagi tahun pertama penyertaan!

Sila ikuti langkah di bawah untuk pendaftaran sebagai Pekongsi @ Sharer.

Langkah 1

Anda boleh mendaftar di Aplikasi Android (carian Life Engineering) @ di laman Web https://getstarted.lifeengineering.my/#/register

Langkah 2

Setelah pendaftaran di langkah pertama selesai, sila log in masuk > klik ‘LE Sharer’ > Terima Terma & Syarat (T&C), masukkan nombor ‘Emergency Contact’ > menjawab 7 soalan kesihatan > masukkan Kod Istimewa CANVAS08A18 (bagi yuran pentadbiran percuma berjumlah RM 100 bagi tahun pertama penyertaan!) > masukkan kad detail untuk pembayaran pendahuluan perkongsian sebanyak RM 102.99 (2.99 caj pemprosesan bayaran atas talian) > Pendaftaran selesai > Log in kembali dan lihat di profil anda EMAS logo & status LE Sharer.

*Untuk makluman wang pendahuluan perkongsian RM 100.00 diletakkan di bawah Pemegang Amanah ‘Ong & Manecksha, Advocates & Solicitors.’ Wang pendahuluan ini akan di tolak jika berlakunya kes kemasukkan hospital. 
*Dalam masa 60 hari pertama pekongsi tidak layak untuk kemasukkan hospital dan tidak perlu berkongsi.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-62063671 atau boleh berhubung melalui WhatsApp di nombor 016-947 1999 @ 016-947 2999 (Life Engineering).

Website: www.lifeengineering.my

Facebook: www.facebook.com/LEmalaysia

Life Engineering Pernah Masuk Watchlist Bank Negara Malaysia (BNM)?

Sumber: Bank Negara Malaysia

Merujuk kepada notis bertarikh 23 Mac 2017 di atas, BNM telah memasukkan Life Engineering dan syarikat Crowd Care Sdn. Bhd. ke dalam watchlist mereka. Jika anda Google, pasti jumpa notis di atas.

Namun, BNM telah pun mengeluarkan Life Engineering daripada senarai watchlist pada awal tahun 2018, apabila penjelasan telah dibuat bahawa aplikasi Life Engineering hanyalah bersifat crowd sharing, iaitu bersama-sama berkongsi untuk bayarkan kos perubatan bagi kes yang betul-betul genuine. Malahan, sejak daripada bermulanya program ini sejak tahun lepas, baru satu kes yang berlaku di mana penyumbang telah bersatu untuk membayar kos perubatan Rajini seperti yang dikongsikan di atas.

Tak percaya? Rujuk laman web BNM di bahagian Financial Consumer Alert, dan muat turun kedua-dua fail PDF tersebut:

Ini bermakna, pihak BNM telah berpuashati dengan operasi mereka – menyebabkan mereka tidak lagi tersenarai dalam watchlist tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Life Engineering kini dikenali sebagai Gather Care. Untuk maklumat lanjut, layari Pilihan Selain Takaful

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.