Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi November 2018

Siapa yang nyanyi lagu ‘Tragedi Oktober’, sambil tengok saham-saham pegangan mereka menjunam harganya – kita geng. Sebab memang ramai sangat yang rugi besar pada bulan tersebut.

Trend kejatuhan harga kelihatan berterusan sedikit pada bulan November ni, jadi apa kata kita layan Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Untuk Bulan November 2018 berikut:

Sumber: iSaham Screener

1. FSBM Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

2. JAKS Resources

Sumber: Bursa Marketplace

3. CCK Consolidated Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

4. Amtek Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. Felda Global Ventures (FGV)

Sumber: Bursa Marketplace

6. Econpile Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Uzma Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

8. Pos Malaysia

Sumber: Bursa Marketplace

9. Utusan Melayu (Malaysia)

Sumber: Bursa Marketplace

10.Zelan Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Musim Quarter Report Yang Tidak Memberangsangkan

Di antara penyumbang utama kejatuhan harga saham yang berlaku di sepanjang bulan November adalah prestasi kewangan syarikat yang tidak berapa baik. Keluar saja Quarter Report, pasaran saham pun mengalami tekanan penjualan.

Sedih juga bila melihatkan syarikat-syarikat terkenal Bumiputera seperti FGV, Pos Malaysia dan Utusan mengalami kejatuhan ketara harga saham mereka.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan November 2018 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener,  Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PNB Institusi Pelaburan Keempat Terbaik Global Dalam Skor GSR

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatat pencapaian baharu apabila menduduki tempat keempat terbaik di peringkat global dalam Papan Skor Governance, Sustainability and Resilience (GSR) 2026 yang diterbitkan oleh Global SWF.

PNB turut mengekalkan kedudukan sebagai institusi pelaburan milik negara dengan penarafan tertinggi di Malaysia dalam penilaian yang membabitkan lebih 200 institusi pelaburan milik kerajaan di seluruh dunia.

Dalam penarafan itu, PNB memperoleh markah keseluruhan 88 peratus, merangkumi 90 peratus bagi tadbir urus, 100 peratus untuk kelestarian dan 60 peratus bagi aspek daya tahan.

Pencapaian berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan ke-17 yang direkodkan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan usaha berterusan organisasi memperkukuh tadbir urus serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Menurut PNB, skor penuh bagi komponen kelestarian diberikan berdasarkan kekuatan rangka kerja tadbir urus, ketelusan pendedahan maklumat, komitmen terhadap agenda iklim dan penerapan pertimbangan kelestarian dalam aktiviti pelaburan.

PNB juga memaklumkan bahawa pihaknya memperbaharui Rangka Kerja Kelestarian dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik iaitu Kelestarian Organisasi, Kepengurusan Bertanggungjawab dan Pembangunan Negara.

Selain itu, antara faktor yang menyokong pencapaian itu ialah kejayaan memenuhi sasaran Perusahaan Sifar Bersih bagi pelepasan Skop 1 dan Skop 2 pada 2025 serta usaha memperkukuh aspirasi Portfolio Sifar Bersih menjelang 2050.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata peningkatan daripada tangga ke-17 kepada tangga keempat global dalam tempoh setahun mencerminkan usaha kolektif organisasi memperkukuh tadbir urus dan daya tahan institusi.

“Pencapaian ini mencerminkan kemajuan yang telah kami capai dalam memperkukuh tadbir urus, menerapkan amalan yang bertanggungjawab dan membina organisasi yang lebih berdaya tahan.

“Pencapaian skor kelestarian sempurna ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada PNB kerana ia mencerminkan komitmen dan usaha berterusan kami untuk mengintegrasikan pertimbangan kelestarian ke dalam cara kami beroperasi, melabur dan melaksanakan kepengurusan.

“Menerusi Rangka Kerja Kelestarian yang telah diperbaharui, kami terus memperkukuh pendekatan yang lebih holistik, berteraskan kelestarian organisasi, kepengurusan bertanggungjawab dan pembangunan negara,” katanya.

— Berita Harian