9F Umum Perkongsian Strategik dengan G Capital untuk Pemerkasaan Teknologi Kewangan Pengguna di Thailand

BANGKOK, 5 Disember 2018 /PRNewswire/ — 9F Inc. mempercepat pengembangan perniagaan antarabangsanya ke wilayah-wilayah baharu tatkala akhir tahun menghampiri dengan begitu pantas. Pada sebelah petang tanggal 27 November, 9F International dan syarikat kewangan senaraian yang terkenal di Thailand, G Capital menandatangani satu memorandum kerjasama strategik rasmi di Bangkok. Kedua-dua syarikat bakal menubuhkan sebuah syarikat usaha sama kewangan pengguna, yang mana 9F International menyediakan teknologi canggihnya dan penyelesaian Teknologi Kewangan (FinTech) manakala G Capital mengurus operasi pasaran tempatan untuk menembusi pasaran kewangan inklusif di Thailand.

Menurut memorandum, syarikat usaha sama ini bakal mengeksploitasi Teknologi Kewangan 9F menerusi 12 tahun percubaan bagi menggunakan kewangan inklusif dengan teknologi dan penyelesaian canggih serta menggabungkannya dengan liputan pelanggan dan saluran G Capital yang dikumpul selama lebih sedekad lamanya. Syarikat meneruskan pembaikan khidmat pelanggan kredit peribadi sedia ada demi tarikan pelanggan yang lebih tinggi. Produk-produk pinjaman dalam talian dijangka akan dilancarkan menjelang April 2019mengikut rancangan bagi menyediakan perkhidmatan kewangan pengguna dalam talian 24/7 kepada pelanggan-pelanggan Thailand selaras dengan sambutan perayaan Songkran.

Syarikat usaha sama ini memperlihatkan empat pencapaian utama melibatkan pengembangan luar negara syarikat-syarikat Teknologi Kewangan Cina di Thailand. Ia merupakan syarikat pertama yang dicirikan oleh pemerkasaan Teknologi Kewangan komprehensif, yang pertama menyasarkan kewangan inklusif, yang pertama bekerjasama dengan syarikat senaraian di Thailand dan yang pertama memanfaatkan usaha sama sebagai satu cara untuk pengembangan perniagaan.

Sebagai sebuah syarikat kewangan senaraian yang terkenal di Thailand, G Capital berhati-hati dari segi pemilihan rakan kongsi luar negaranya. Dalam majlis penandatanganan, En. Spain, Pengarah Urusan G Capital berkata tanpa berselindung bahawa 9F International dipilih daripada pelbagai syarikat Teknologi Kewangan dari negara-negara maju seperti UK dan AS disebabkan oleh matlamat dan nilai yang sama, iaitu untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih inklusif kepada orang awam. Telahpun bertapak kukuh dalam tempoh yang lama iaitu selama 12 tahun, kestabilan dan sifat maju 9F diiktiraf secara meluas oleh pasaran hasil daripada teknologi kewangannya dan pengalaman industri.

JIN Zengxiao, naib presiden 9F Inc. dan Ketua Pegawai Eksekutif 9F Onecard, berkata bahawa G Capital dipilih sebagai rakan kongsi di Thailand hasil daripada wawasannya terhadap pasaran kewangan di Thailand dan kajian tentang model-model perniagaan dalam talian. Bersama-sama G Capital, 9F Inc. bakal menyalurkan teknologi dan penyelesaian termajunya bagi menggalakkan pembangunan kewangan inklusif yang sihat dan mampan di Thailand.

9F Inc., perintis bagi industri Teknologi Kewangan yang ditubuhkan pada tahun 2006, berpegang kepada kepercayaannya untuk menjadikan kewangan lebih mudah demi mempromosi kewangan inklusif di China. Syarikat tetap bertahan untuk memanfaatkan sains dan teknologi bagi memperkasa kewangan inklusif dan menyediakan pengguna dengan perkhidmatan kewangan yang ringkas, cekap, unggul dan mudah. Ia telah mengusahakan susun atur perniagaan teras yang komprehensif termasuk pemeringkatan pengguna, pengurusan kekayaan pintar dan penilaian data raya berdasarkan pembangunan Internet Mudah Alih, teknologi Data Raya dan rantaian ekologi, melengkapi institusi-institusi kewangan tradisional dengan kekuatannya sendiri bagi merealisasikan kewangan inklusif.

Menerusi lebih 68 juta pengguna berdaftar, 9F Inc. mengadakan pelancaran rasmi “9F Technology” sebagai jenama bagi tahun 2018. Pengumpulan data dan teknologi yang sentiasa berterusan oleh 9F Inc. menyediakan asas kukuh untuk kemajuan selanjutnya dalam kewangan digital, pembinaan ekologi berasaskan senario dan inovasi berteknologi, menyediakan output teknologi ke luar negara bagi memudahkan pembangunan syarikat-syarikat Teknologi Kewangan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif 9F International LIN Yanjun berkata: “Syarikat-syarikat Teknologi Kewangan membawakan perkhidmatan kewangan yang lebih mudah kepada orang awam dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Begitu juga dengan aspek-aspek yang mana kewangan tradisional tidak berkembang.” Menggunakan Teknologi Kewangan sebagai penghubung, 9F Inc. secara proaktif mengeksport teknologi canggih ke luar negara bagi menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah dan cekap kepada pelanggan-pelanggan tempatan. Di Silicon Valley, Hong Kong dan Asia Tenggara, sistem perkhidmatan kewangan luar negara “tiga-dalam-satu” diwujudkan oleh 9F International. Bitpay dan Wyre merupakan syarikat-syarikat teknologi yang melabur dalam Silicon Valley. 9F Wealth dan 9F Securities merupakan syarikat yang bertapak kukuh di Hong Kong. Sebuah ibu pejabat telah ditubuhkan di Singapura. Ia turut melabur bersama SBI Inc. dalam Investree, sebuah syarikat kewangan Indonesia. Jalinan kerjasama dengan G Capital kali ini merupakan satu lagi contoh output teknologi 9F.

LIN Yanjun percaya bahawa kekuatan teknologi yang sebenar adalah penting untuk syarikat-syarikat Teknologi Kewangan Cina untuk benar-benar “berkembang ke luar negara”. Inovasi dapat membantu meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan memudahkan jalinan kerjasama global, yang hasilnya dapat memudahkan penyesuaian persekitaran asing. Selepas 12 tahun mengalami pembangunan mantap dan melakukan pengumpulan teknologi, 9F lebih berupaya untuk memenuhi keperluan pelanggan sepenuhnya dan melaksanakan pemerkasaan Teknologi Kewangan ke luar negara berbanding sebelum ini.

China dan Thailand merupakan negara berjiran dan hubungan antara kedua-dua negara berkenaan telah menyaksikan pembangunan yang sihat dan berterusan sejak diwujudkan secara rasminya pada tahun 1975. Inisiatif Jalur & Jalan adalah untuk membawa lebih banyak peluang kepada kerjasama pragmatik antara China dan Thailand selain lebih banyak faedah kepada orang ramai. 9F beraspirasi untuk menggunakan Teknologi Kewangan sebagai penghubung persahabatan antara kedua-dua negara demi menyebarkan dan melaksanakan kewangan inklusif.

Sumber: 9F Inc.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.