Pelan Jalur Lebar Terbaik untuk Freelancer, Peniaga Online dan Pengusaha SME di Malaysia

Tidak dapat dinafikan bahawa perkhidmatan Internet sangat penting dan menjadi nadi penggerak dalam sistem dalaman sesuatu perniagaan. Pemilihan pelan jalur lebar yang sesuai dengan jenis perniagaan adalah sangat penting bagi melancarkan perniagaan anda. Di sini kami kongsikan pelan-pelan jalur lebar yang sesuai untuk jenis perniagaan yang berbeza. 

Pelan Jalur Lebar untuk Freelancers dan Golongan Profesional yang Bekerja daripada Rumah

Sumber Gambar: Free-Photos/Pixabay

Untuk golongan profesional yang bekerja daripada rumah dan mereka yang bekerja sendiri (freelancer), anda mungkin perlukan pelan yang membenarkan anda melayari laman web, menghantar dan menerima emel, panggilan Voice over IP (VoIP), pemindahan fail, dan stream video dengan mudah dan pantas.

Anda mungkin berminat dengan pelan-pelan ini.

Pelan Jalur Lebar untuk Freelancers dan Golongan Profesional yang Bekerja dari Rumah
PembekalPelanHarga (Per Bulan)KelajuanCiri Utama
TM UniFiBusiness Broadband 1MbpsRM1981Mbps·         Kelajuan muat turun sehingga 1Mbps

·         Kelajuan muat naik sehingga 384Kbps

·         Termasuk  Telefon dan Router tanpa wayar DECT

UniFi Biz Lite Plan 10MbpsRM19910Mbps·         Kelajuan muat turun sehingga 10Mbps

·         Kelajuan muat naik sehingga 5Mbps

·         Percuma Router Tanpa Wayar

·         Kadar tetap 20 sen/minit kepada semua talian mudah alih dan tetap seluruh negara

MaxisONEBusiness Fibre 20MbpsRM20820Mbps·         Kadar akses emel yang kerap dengan pemindahan fail yang sederhana

·         Stream multimedia secara kasual

·         VoIP

·         Persidangan video

TIMEFibre Business InternetRM18820Mbps·         2 Talian Suara

·         Router ONU + TP-Link AC1200

·         2 Talian Telefon Tunggal

Pelan Jalur Lebar untuk Pemilik Perniagaan Atas Talian

Sumber Gambar: rawpixel/Pixabay

Untuk pemilik perniagaan atas talian, anda mungkin mencari pelan yang membenarkan anda memindahkan fail-fail bersaiz besar, persidangan video, transaksi e-commerce, panggilan VoIP yang lancar, atau akses WiFi untuk pengguna yang ramai. Pelan-pelan di bawah mungkin sesuai dengan keperluan perniagaan anda.

Pelan Jalur Lebar untuk Pemilik Perniagaan Atas Talian
PembekalPelanHarga (Per Bulan)KelajuanCiri Utama
TM UniFieBiz Biz Lite Plan

10Mbps

RM17910Mbps·         Percuma panggilan bulanan berharga RM100/bulan

·         WiFi @ unifiaccess tanpa had di lebih 5,800 hotspot di seluruh negara

UniFieBiz Biz Advance Plan 30MbpsRM24930Mbps·         Percuma panggilan bulanan berharga RM50/bulan

·         WiFi @ unifiaccess di lebih 5,800 hotspot di seluruh negara

Business Broadband 2MbpsRM2582Mbps·         Kelajuan muat turun sehingga 2Mbps

·         Panggilan sehingga RM118 pada kadar biasa

·         Termasuk Router Tanpa Wayar dan Telefon DECT

Business Broadband 4MbpsRM2684Mbps·         Kelajuan muat turun sehingga 4Mbps

·         Panggilan sehingga RM118 pada kadar biasa

·         Termasuk Router Tanpa Wayar dan Telefon DECT

UniFi Biz Advance 30MbpsRM29930Mbps·         Kelajuan muat turun sehingga 30Mbps

·         Kelajuan muat naik sehingga 10Mbps

·         Termasuk Router Tanpa Wayar dan Telefon DECT

·         Restoration sehingga 12 jam bekerja

Business Broadband 8MbpsRM3088Mbps·         Kelajuan muat turun sehingga 8Mbps

·         Panggilan sehingga RM118 pada kadar biasa

·         Termasuk Router Tanpa Wayar dan Telefon DECT

eBiz Biz Pro PlanRM349100Mbps·         Percuma panggilan bulanan berharga RM70/month

·         WiFi @ unifiaccess di lebih 5,800 hotspot di seluruh negara

MaxisONEBusiness Fibre 32MbpsRM25832Mbps·         Penggunaan sederhana sumber berasaskan cloud

·         Stream multimedia dan persidangan laman sesawang yang kerap

·         VoIP

·         Pemindahan fail dan lampiran emel yang besar

TIMEFibre Business Internet 50MbpsRM31850Mbps·         2 Talian suara

·         Panggilan suara bernilai RM500

·         ONU+TP-Link AC1200 Router

·         2 Telefon DECT

Pelan Jalur Lebar untuk Syarikat Kecil dan Sederhana (SME)

Sumber Gambar: rawpixel/Pixabay

Pemilik perniagaan kecil dan sederhana semestinya mencari pelan untuk membuat persidangan dan stream, panggilan VoIP HD, transaksi e-commerce, atau akses kepada storan dan aplikasi cloud. Berikut merupakan pelan-pelan yang mungkin sesuai untuk golongan ini.

Pelan Jalur Lebar untuk Syarikat Kecil dan Sederhana (SME)
PembekalPelanHarga (Per Bulan)KelajuanCiri Utama
TM UniFiUniFi Biz Pro Plan 100MbpsRM399100Mbps·         Kelajuan muat turun sehingga 100Mbps

·         Kelajuan muat naik sehingga 50 Mbps

·         Termasuk Router Tanpa Wayar dan Telefon DECT

·         Restoration sehingga 12 jam bekerja

MaxisONEBusiness FibreRM35864Mbps·         Pemindahan fail besar

·         Lampiran emel yang besar

·         Stream multimedia yang kerap (HD)

·         Keperluan Internet yang lebih maju (Storan cloud dan aplikasi)

·         Hosting e-commerceyang asas

 ONEBusiness Fibre 100MbpsRM398100Mbps·         Hosting e-commerce

·         Persidangan maya untuk lebih daripada dua pihak

·         Video stream HD yang optimum

·         Penggunaan Internet yang kerap

·         Keperluan Internet yang lebih maju (Storan cloud dan aplikasi)

·         VoIP HD

TIMEFibre Business Internet 100MbpsRM348100Mbps·         2 Talian Suara

·         Panggilan suara bernilai RM500

·         Router ONU + TP-Link AC1200

·         2 Telefon DECT

Kita boleh berjimat dalam pembayaran bil jalur lebar dengan menggunakan ciri Auto-Debit menggunakan kad kredit yang ditawarkan oleh pelbagai bank di Malaysia. Dengan bayaran yang tepat pada masanya setiap bulan, kini dah tak perlu risau tentang pembayaran bil yang lewat.

Kita juga boleh menggunakan kad kredit yang sesuai dengan tujuan membayar bil utiliti untuk membayar bil Internet, di samping menerima cashback serta ganjaran-ganjaran yang menguntungkan.

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

BBazaar Malaysia (BBazaar.my) adalah sebahagian daripada BankBazaar International,pasaran utama dalam talian neutral yang membantu pengguna membuat keputusan mengenai produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, simpanan tetap, akaun simpanan, dana bersama dan banyak lagi. Perkhidmatan BBazaar Malaysia ditawarkan melalui platform yang selamat, mesra pengguna dan intuitif.

Ditubuhkan pada tahun 2008, BankBazaar bertumpu kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan transaksi tanpa kertas dari mula hingga akhir yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Hasilnya adalah pemberian tawaran peribadi hingga ke peringkat individu. Dengan bantuan pasukan khidmat pelanggan yang komited dan komuniti pengguna yang semakin meningkat, BankBazaar adalah cara paling mudah untuk orang ramai mencari dan memilih produk kewangan yang tepat secara dalam talian.

BankBazaar disokong oleh pelabur global berkaliber termasuk Walden International, Sequoia Capital, Fidelity Growth Partners, Mousse Partners, Amazon dan Experian.

Di samping menawarkan produk kewangan, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) juga menyediakan artikel yang boleh diakses di: https://blog.bbazaar.my, mengenai topik kewangan dan gaya hidup peribadi setiap hari. Artikel artikel dipermudah kan untuk semua orang dari para pemula hinggalah ke pakar. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk belajar mengenai dunia kewangan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.