Nak Melabur Saham Petronas Dagangan Berhad? Ambil Tahu 11 Perkara Ini Terlebih Dahulu

Tersenarai pada 8 Mac 1994, Petronas Dagangan Berhad (PDB) merupakan syarikat pemasaran downstream petroleum products yang terbesar di Malaysia. Bernilai sebanyak RM24.0 bilion dalam market capitalisation, PDB disenaraikan sebagai salah satu komponen FBMKLCI kerana ia adalah merupakan di antara 30 syarikat terbesar di Malaysia buat masa kini.

Di sini, saya ingin memberikan update tentang prestasi kewangan dan penilaian saham terkini bagi PDB. Jom kita lihat 11 perkara ini sebelum nak mulakan langkah melabur ke dalam saham PDB:

1. Segmen Retail

Kini, segmen ini menjana pendapatannya dengan mempunyai lebih daripada 1,000 stesen petrol berjenama PETRONAS di seluruh negara Malaysia. Daripada rangkaian itu, ia mempunyai 700 lebih buah Kedai Mesra dan telah membuka kedai makan seperti KFC, McDonald’s, Burger King, Subway, Starbucks dan sebagainya di kawasan stesen minyak.

Prestasi kewangan segmen ini sensitif kepada harga minyak terkini. PDB telah mencatat untung operasi yang terendah bagi tahun 2014, sebab ia mengalami penurunan harga minyak yang mendadak pada suku kedua tahun 2014. Ini telah menyebabkan pengurangan margin operasi bagi PDB pada tempoh tersebut.

Sejak tahun 2014, kerajaan Malaysia telah melaksanakan ‘managed float price mechanism’ untuk mengurangkan beban subsidi petrol. Dengan ini, kos minyak tempatan kini lebih hampir dengan harga minyak semasa di pasaran global.

PDB telah bertindak dan telah menambah baik pengurusan inventori minyak. Ini telah mengurangkan jurang yang disebabkan oleh perubahan harga minyak bulanan dan mengurangkan kos produk secara keseluruhan. Ini telah meningkatkan untung operasi PDB bagi segmen ini daripada RM291.4 juta pada tahun 2014 kepada RM596.1 juta pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan PDB

2. Segmen Komersial

Segmen ini menjana perolehan daripada pemasaran diesel, minyak jet A-1, bitumen, gasoline, kerosene, petroleum coke, dan sulfur.

Prestasi kewangan segmen ini juga sensitif pada harga minyak semasa. Tetapi, ia telah merekodkan untung operasi yang lebih stabil jika dibanding dengan segmen Retail. Untung operasi telah meningkat daripada RM381.8 juta pada tahun 2012 kepada RM534.2 juta pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan PDB

3. Perolehan

PDB telah mencatatkan perolehan yang terendah pada tahun 2016. Ianya disebabkan oleh penurunan harga minyak sejak suku kedua tahun 2014. Sejak tahun 2017, PDB merekodkan peningkatan daripada segi perolehan. Ia disumbangkan oleh pemulihan harga minyak pada dua tahun lepas. Perolehan meningkat daripada RM21.5 bilion pada tahun 2016 kepada RM30.1 bilion pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan PDB

Pada 7 tahun yang lepas, PDB mencatatkan purata sebanyak RM825 juta setahun dalam keuntungan bersih. Di sini, saya telah mengasingkan keuntungan yang dijanakan daripada penjualan syarikat-syarikat tersebut:

Untung Pelupusan Syarikat 2016: RM 35.6 juta

– PETRONAS (Vietnam) Co. Ltd

Untung Pelupusan Syarikat 2017: RM 430.8 juta

– Thang Long LPG Company Ltd
– PETRONAS Energy Philippines, Inc.

Pengasingan ini adalah diperlukan jika kita hendak menilai keupayaan PDB sebenar daripada segi penjanaan keuntungan daripada perniagaan teras (core business).

Sumber: Laporan Tahunan PDB

5. Return on Equity (ROE)

ROE purata bagi PDB adalah sebanyak 15.76% setahun bagi tempoh 7 tahun yang lalu. Ini bermakna PDB telah menjana sebanyak RM15.76 di dalam untung bersih daripada setiap RM100 dalam ekuiti pemegang saham.

Sumber: Laporan Tahunan PDB

6. Pengurusan Aliran Tunai

Daripada tahun 2012 sehingga 2018, PDB telah menjana aliran tunai operasi sejumlah RM9.44 bilion dan pendapatan faedah sebanyak RM395.0 bilion. Bagi tempoh 7 tahun tersebut, PDB telah membayar:

– RM2.30 bilion dalam capital expenditures (CAPEX).
– RM1.02 bilion dalam penyelesaian bersih hutang bukan semasa.
– RM5.06 bilion dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham.

Ia telah menambah tunai bakinya daripada RM251.3 juta pada tahun 2012 kepada RM2.19 bilion pada tahun 2018. Ini membuktikan bahawa PDB adalah sebuah syarikat yang berupaya untuk meneruskan pembayaran dividen dengan konsisten pada masa hadapan.

Sumber: Laporan Tahunan PDB

7. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 31 Disember 2018, PDB mencatat sebanyak RM183.7 juta dalam liabiliti bukan semasa dan juga RM5.90 bilion dalam ekuiti pemegang saham. Maka, gearing ratio-nya ialah 3.12%.

Pada masa yang sama, PDB telah merekodkan sebanyak RM5.32 bilion di dalam aset semasa dan RM3.05 bilion dalam liabiliti semasa. Maka, ia mempunyai nisbah semasa sebanyak 1.75.

8. Siapa Pemilik Terbesar PDB?

Pada 14 Februari 2019, 5 pemilik terbesar dan pemegangan sahamnya di dalam PDB adalah seperti berikut:

No.Pemegang SahamPemegangan Saham
1Petroliam Nasional Bhd69.86%
2Employees Provident Fund Board4.94%
3Amanah Saham Bumiputera1.61%
4Amanah Saham Malaysia1.51%
5Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan1.11%
6Pemegang Saham Lain20.93%
7Pemegangan Saham Keseluruhan100.00%

Sumber: Laporan Tahunan 2018 PDB

9. P/E Ratio

Pada 27 April 2019, harga saham bagi PDB ialah RM24.10. Pada tahun 2018, PDB merekod sebanyak RM0.855 dalam Earnings Per Share atau EPS. Maka, P/E Ratio bagi PDB yang terkini adalah 28.19, hampir dengan tempoh purata 7 tahun iaitu sebanyak 30.01.

Sumber: Laporan Tahunan 2018 PDB

10. P/B Ratio

Pada 31 Disember 2018, PDB telah mencatat aset bersih sebanyak RM5.936 bagi setiap saham. Maka, P/B Ratio terkini bagi PDB ialah 4.06, lebih rendah jika dibandingkan dengan purata 7 tahun iaitu sebanyak 4.67.

Sumber: Laporan Tahunan 2018 PDB

11. Kadar Dividen

Pada tahun 2018, PDB telah membayar RM0.70 di dalam Dividends Per Share (DPS). Jadi, PDB telah mengekalkan pemberian DPS dengan stabil pada 7 tahun lepas.

Jika PDB berupaya untuk meneruskan bayaran DPS sejumlah RM0.70 bagi tahun-tahun berikutnya, kadar dividen bagi PDB terkini ialah 2.90% setahun, sedikit tinggi jikalau dibandingkan dengan purata 7 tahun iaitu sebanyak 2.69% setahun.

 

 

Sumber: Laporan Tahunan PDB

Sudut Pandangan

Setelah penyusutan harga saham PDB pada tahun 2015 ekoran penurunan harga minyak dunia, ia telah meningkat dan kekal pada tahap RM25.00 sejak Februari 2016.

Sumber: Google Finance

Pengekalan harga saham ini telah memaparkan keputusan kewangan PDB bagi tempoh 2 tahun tersebut, iaitu kestabilan daripada segi untung bersih dan DPS.

Buat masa kini, penilaian saham bagi PDB adalah seperti berikut:

– P/E Ratio sebanyak 28.19

– P/B Ratio sebanyak 4.06

– Kadar Dividen sebanyak 2.90%

Jadi, wajarkah untuk membeli saham PDB hari ini pada harga RM24.10 seunit saham?

Itu bergantung kepada pelan pelaburan saham masing-masing.

Biodata Penulis

Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

5 Rutin Harian Yang Membantu Pelabur Membuat Keputusan Lebih Bijak

Ramai orang melihat hasil yang diperoleh oleh pelabur atau pedagang saham yang berjaya, tetapi tidak ramai yang melihat apa yang mereka lakukan setiap hari.

Ada yang menganggap kejayaan mereka datang kerana pandai memilih saham atau mempunyai “orang dalam” yang berkongsi maklumat. Hakikatnya, kebanyakan pelabur yang konsisten memperoleh keuntungan mempunyai satu persamaan, iaitu mereka mengamalkan rutin harian yang tersusun.

Mereka tidak membuat keputusan secara terburu-buru atau membeli saham hanya kerana melihat harga sedang meningkat. Sebaliknya, setiap keputusan dibuat selepas menilai keadaan pasaran, membaca laporan syarikat dan mengikuti perkembangan semasa.

Rutin ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi apabila diamalkan secara konsisten, ia membantu pelabur membuat keputusan yang lebih rasional dan mengurangkan risiko membuat kesilapan akibat emosi.

Mengapa Rutin Harian Penting?

Pasaran saham berubah setiap hari. Harga saham dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keputusan kewangan syarikat, berita korporat, keadaan ekonomi, kadar faedah, harga komoditi dan sentimen global.

Jika pelabur hanya membuka aplikasi dagangan untuk melihat harga saham tanpa memahami apa yang berlaku di sebaliknya, mereka mudah membuat keputusan berdasarkan panik atau FOMO.

Rutin harian membantu pelabur untuk:

  • memahami keadaan pasaran sebelum berdagang,
  • mengenal pasti peluang lebih awal,
  • mengurus risiko dengan lebih baik,
  • dan mengelakkan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa.

1. Semak Laporan Kewangan Syarikat

Selepas Bursa Malaysia ditutup, antara perkara pertama yang dilakukan oleh ramai pelabur ialah menyemak laporan kewangan syarikat yang baru diumumkan.

Semua syarikat tersenarai diwajibkan mengeluarkan laporan kewangan setiap suku tahun. Daripada laporan ini, pelabur boleh melihat sama ada prestasi syarikat semakin baik atau sebaliknya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • pertumbuhan hasil (revenue),
  • keuntungan bersih,
  • margin keuntungan,
  • aliran tunai,
  • dan kedudukan hutang syarikat.

Contoh Situasi

Sebuah syarikat teknologi mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 35% berbanding suku tahun sebelumnya.

Keputusan ini mungkin menarik perhatian pelabur institusi dan seterusnya meningkatkan minat terhadap saham syarikat tersebut.

Namun, pelabur yang membaca laporan lebih awal mempunyai masa untuk membuat penilaian sebelum pasaran dibuka pada keesokan harinya.

2. Pantau Pengumuman Dividen

Selain prestasi kewangan, ramai pelabur turut memberi perhatian kepada pengumuman dividen. Dividen merupakan sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham.

Dalam pengumuman dividen, terdapat beberapa tarikh penting seperti:

  • Ex-Date – tarikh terakhir untuk membeli saham bagi melayakkan diri menerima dividen.
  • Entitlement Date – tarikh syarikat menentukan senarai pemegang saham yang layak menerima dividen.

Contoh

Jika sebuah syarikat mengumumkan dividen sebanyak 5 sen sesaham, pelabur yang memiliki 10,000 unit saham berpotensi menerima dividen sebanyak:

10,000 × RM0.05 = RM500

Walaupun dividen bukan satu-satunya sebab membeli saham, ia boleh menjadi petunjuk bahawa syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

3. Ikuti Pengumuman Bonus Issue dan Rights Issue

Selain dividen, syarikat juga kadangkala mengumumkan:

  • Bonus Issue
  • Rights Issue

Bonus Issue bermaksud syarikat memberikan saham tambahan kepada pemegang saham tanpa bayaran berdasarkan nisbah tertentu. Sebagai contoh, bonus 1:2 bermaksud bagi setiap dua saham yang dimiliki, pelabur akan menerima satu saham tambahan.

Rights Issue pula memberi peluang kepada pemegang saham sedia ada membeli saham baharu pada harga yang telah ditetapkan. Walaupun kedua-dua tindakan korporat ini tidak semestinya menjadikan saham lebih menarik, ia tetap penting untuk difahami kerana boleh memberi kesan kepada jumlah pegangan dan strategi pelaburan.

4. Ikuti Berita Korporat dan Pasaran

Pelabur yang berpengalaman tidak hanya melihat nombor. Mereka juga membaca berita. Berita korporat boleh memberi gambaran awal tentang perkara yang mungkin mempengaruhi harga saham.

Antaranya ialah:

  • kontrak baharu,
  • pengambilalihan syarikat,
  • perubahan pengurusan,
  • projek kerajaan,
  • perubahan dasar,
  • dan perkembangan ekonomi global.

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat memperoleh kontrak bernilai ratusan juta ringgit, berita tersebut boleh meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek syarikat.

Namun begitu, pelabur juga perlu berhati-hati kerana tidak semua berita akan memberi kesan jangka panjang terhadap harga saham.

5. Fahami Sentimen Pasaran Global

Bursa Malaysia tidak bergerak secara bersendirian. Prestasi pasaran luar negara turut mempengaruhi sentimen pelabur tempatan.

Sebab itu ramai pelabur akan melihat:

  • prestasi indeks utama Amerika Syarikat,
  • pergerakan pasaran Asia,
  • harga minyak mentah,
  • harga emas,
  • dan perkembangan geopolitik.

Jika kebanyakan pasaran global ditutup rendah akibat kebimbangan ekonomi, sentimen negatif tersebut mungkin turut memberi kesan kepada Bursa Malaysia pada keesokan harinya.

Namun begitu, ini bukan bermaksud semua saham akan jatuh. Ada kalanya saham yang mempunyai asas perniagaan kukuh masih mampu bertahan walaupun pasaran keseluruhan lemah.

Jangan Terlalu Taksub Mengejar Saham Yang Sedang Melonjak

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur baharu ialah membeli saham hanya kerana melihat kenaikan harga yang mendadak. Mereka takut terlepas peluang atau lebih dikenali sebagai Fear of Missing Out (FOMO).

Hakikatnya, saham yang naik terlalu cepat juga berpotensi mengalami pembetulan harga yang pantas. Sebab itu pelabur yang berpengalaman lebih mengutamakan pengurusan risiko. Mereka tidak terlalu tamak dan sentiasa mempunyai pelan untuk mengambil keuntungan apabila sasaran telah dicapai.

Seperti kata pelabur terkenal Warren Buffett:

“Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful.”

Prinsip ini mengingatkan kita supaya tidak mudah dipengaruhi emosi pasaran.

Contoh Rutin Harian Seorang Pelabur

Bayangkan Hafiz bekerja sepenuh masa sebagai jurutera. Beliau tidak mempunyai masa untuk melihat harga saham sepanjang hari.

Namun setiap malam selepas pulang bekerja, beliau memperuntukkan kira-kira 30 minit untuk:

  • membaca laporan kewangan yang baru diumumkan,
  • menyemak pengumuman dividen atau bonus,
  • membaca berita korporat,
  • melihat prestasi pasaran global,
  • dan mengemas kini senarai saham yang sedang dipantau.

Apabila pasaran dibuka keesokan harinya, beliau sudah mempunyai pelan tindakan. Ini jauh lebih baik daripada membeli saham secara spontan hanya kerana melihat harga sedang meningkat.

Rutin Yang Konsisten Lebih Penting Daripada Ramalan Yang Tepat

Ramai orang menghabiskan masa mencari “saham yang pasti naik”. Sedangkan pelabur yang berjaya lebih banyak menghabiskan masa membina disiplin.

Mereka memahami bahawa tiada siapa mampu meramal pasaran dengan tepat setiap masa. Apa yang boleh dikawal ialah proses membuat keputusan.

Semakin konsisten rutin yang diamalkan, semakin banyak maklumat yang dimiliki dan semakin baik keputusan yang boleh dibuat.

Kesimpulan

Kejayaan dalam pelaburan saham bukan hanya bergantung kepada kebolehan memilih saham yang berpotensi memberikan pulangan tinggi. Sebaliknya, ia bermula dengan disiplin membina rutin harian yang membantu pelabur memahami keadaan pasaran sebelum membuat sebarang keputusan.

Menyemak laporan kewangan, mengikuti pengumuman dividen dan tindakan korporat, membaca berita pasaran serta memantau sentimen global mungkin kelihatan seperti rutin yang kecil. Namun apabila dilakukan secara konsisten, semua ini membantu pelabur membuat keputusan yang lebih berasaskan fakta dan bukannya emosi.

Akhir sekali, ingatlah bahawa pelaburan bukan tentang siapa yang paling pantas membeli saham, tetapi siapa yang paling bersedia apabila peluang muncul. Dengan rutin yang betul, anda bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan, malah berpeluang menjadi pelabur yang lebih berdisiplin dan konsisten dalam jangka panjang.