9 Perangai Ini Tanda Anda Sudah Dijangkiti Virus Acah-Acah Kaya

Kita mesti ada rakan sebaya yang selalu rasa dia kaya tetapi hakikatnya gaji ciput (Dah check dia memang bukan keturunan Raja Arab Saudi). Lepas tu asyik mengeluh sana sini sebab poket dah barai. Duit banyak, habis pun banyak. Duit sikit habis banyak juga.

Bila minyak naik 5 sen muka dialah yang paling kuat maki dekat FB.

Padahal perangai dia;

#1. Asyik mengeluh kata gaji tak cukup.

Kalau ada SALE 80% menggelupur keluarkan duit di ATM (terutamanya kaum hawa). Rugi kalau tak beli katanya. “Eh, shopping tu treatment okey. Hilangkan penat dan stress”

#2. Gaji sikit tapi belanja serupa tauke judi.

Nak berjimat jauh sekali. Pakaian semua berjenama. Kasut nak Nike, Puma, Adidas. Beli tudung harga RM800 padahal sehelai tu je pun. Nak buat tayang dekat Facebook je.

#3. Kereta baru 3 tahun dah tukar baru.

Naik suami isteri je tapi dah pakai kereta besar. Gaji RM2000 tapi dah beli kereta import ratus-ratus ribu. Lupa habis pasal duit road tax, duit minyak, duit servis, tayar yang nak kena ganti.

#4. Masa bujang malu nak naik motor kapcai.

Risau rakan sepejabat kata miskin. Orang kata awek pun susah nak jatuh cinta. Memang nampak biasa, yang pasti kita boleh ke tempat kerja on time, takdelah kena redah jem sakan.

#5. Setiap hari minggu keluar makan kedai hipster mahal.

Air kopi dia secawan RM18. Rewards yourself katanya. Gambar dekat Insta penuh gambar makanan. Sedarlah RM18 secawan kopi di kedai hipster bersamaan nasi + ayam masak merah + sayur + telur + air sirap di warung. Jika minum 2x seminggu, kosnya ialah RM 18 x 2 = RM 36 dan menjadi RM 1,872 setahun (52 minggu). Bayangkan jika minum 3x seminggu atau 4x seminggu?

#6. Semua Up To Date

Telefon pintar paling terbaru dan tercanggih di antara teman-teman. Tak nak kalah. Mesti nak up to date.

#7. Duit baki RM10 barulah nak berjimat.

Makan biskut, megi dan puasa tak makan malam. Kalau masa gaji dah berjimat kan lebih bijak.

#8. Kad kredit ada sampai dua tiga.

Swipe sana sini serupa mampu bayar je. Guna kad kredit bukan tanda kita kaya. Kaya apanya kalau terpaksa berhutang dulu dengan bank untuk beli atau bayar sesuatu? Itu belum lagi yang nak bayar makan pun nak swipe kad kredit. Makan pun nak hutang? Makanlah apa yang mampu.

#9. Tak travel luar negara

Yang ni je dia tak buat. Pasal nama dah kena blacklist. PTPTN dah lama tak bayar. Dah tertunggak 2 tahun. Kalau tak, awal-awal dah buat status dekat FB “KRABI I’m Coming”, “BALI kau tunggu, aku datang”. Satu dunia tahu dia nak pergi travel.

Baca juga Cara Keluarkan Duit KWSP Akaun II Untuk Bayar Hutang PTPTN

Golongan macam ni selalu berfikiran negatif. Semuanya mustahil.

Asyik pertikai gaji dan rezeki orang lain. Orang bergaji rendah beli rumah pun dia tak percaya. Padahal CCRIS pun tak tahu apa benda. Sedarlah yang sesiapa pun tak akan ubah nasib ekonomi kau kalau bukan diri kau sendiri. Kalau kau nak tingkatkan taraf hidup, kau sendiri kena berusaha. Takkanlah masa umur dah 30 tahun nanti baru nak sedar dari lamunan?

Sedarlah kau tu bukan menteri.

Kalau anda rasa perkongsian ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow FB Amir Syahir.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan sebuah apartmen. Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB. Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.