Nikola, Pencabar Baru Tesla Dalam Penghasilan Trak Pikap Elektrik

Suka atau tidak, teknologi kenderaan elektrik akan menjadi kenderaan masa hadapan. Walaupun negara kita masih lagi kurang popular dengan kenderaan berasaskan elektrik, namun semakin ramai orang di seluruh dunia tertarik untuk menggunakannya.

Ianya juga semakin menarik minat para pelabur di seluruh dunia untuk melabur ke dalam syarikat yang menghasilkan kenderaan elektrik.

Buktinya, Syarikat Tesla telah menjadi syarikat kenderaan yang terbesar daripada segi market capitalization walaupun baru berusia hampir 20 tahun, berbanding dengan syarikat automotif lain yang rata-rata berusia lebih daripada 100 tahun.

Kini muncul pula sebuah syarikat kenderaan elektrik yang bakal menjadi pesaing kepada Tesla di Amerika Syarikat, iaitu Nikola. Nama syarikat ini adalah sempena memperingati seorang saintis terkenal di Amerika Syarikat iaitu Nikola Tesla.

Syarikat ini yang diasaskan pada tahun 2014 oleh Trevor Milton yang merupakan seorang usahawan yang pernah gagal dalam beberapa perniagaan sebelum ini.

Berbanding dengan Tesla, Nikola hanya memfokuskan pengeluaran kenderaan elektrik berasaskan trak pikap dan lori. Misi syarikat ini juga sama seperti dengan Tesla iaitu mengeluarkan kereta yang berstatus zero emission.

Oleh yang demikian, kita boleh lihat kebanyakan pengeluar kenderaan yang menggunakan teknologi combustion engine telah mengurangkan saiz kapasiti enjin mereka bagi mengurangkan kadar pencemaran terhadap alam sekitar.

Jika Tesla hanya mengeluarkan kenderaan berasakan elekrtrik, Nikola pula fokus terhadap kenderaan elektrik dan juga teknologi hidrogen. Menurut mereka, penggunaan teknologi hidrogen ini adalah lebih baik berbanding dengan bateri. Ini kerana teknologi hidrogen mampu membekalkan lebih kilometer berbanding dengan teknologi bateri.

Elon Musk yang mengkritik kenyataan Nikola mengenai teknologi hidrogen dengan mengatakan teknologi tersebut sebagai bodoh. Apa yang menariknya, Nikola tidak pernah mengeluarkan sebarang kenderaan elektrik tetapi berjaya mendapat kepercayaaan ramai pelabur terutamanya pelabur besar di seluruh dunia untuk melabur ke dalam syarikat tersebut.

Ramai yang percaya syarikat ini akan menjadi seperti Tesla pada masa akan datang. Di antara pelabur yang terkenal yang turut melabur di syarikat start-up ini adalah dari Jerman iaitu Bosch.

Syarikat ini turut bekerjasama dengan pengeluar trak di Eropah iaitu Iveco dari Itali. Setelah mendapat banyak kepercayaan dari pelabur luar, syarikat ini telah mengapungkan saham mereka melalui reverse merger di pasaran Nasdaq pada pertengahan tahun ini.

Reverse merger adalah salah satu teknik yang digunapakai di dalam mengapungkan saham mereka ke pasaran. Ia bermaksud, syarikat private bergabung dengan syarikat public dan menguasai syarikat tersebut dan menjadikanya syarikat public trade. Nikola telah bergabung dengan syarikat VectoIQ dan menjadikan Nikola sebagai syarikat public.

Selepas berjaya menjadi syarikat public, General Motors turut membeli 10% saham di dalam Nikola. General Motors akan menjadi pengeluar khusus kenderaan elektrik milik Nikola dan juga menjadi pembekal utama dalam menghasilkan kenderaan Nikola Badger yang dimiliki oleh Nikola.

Saham syarikat General Motors dan Nikola meningkat setelah pengumuman pembelian ini dibuat.

Nikola akan bergerak sebagai syarikat mereka sendiri dan General Motors  akan menjadikan kilang mereka dan menyediakan tempat untuk menghasilkan trak pikap keluaran Nikola. Nikola dijangka dapat mengeluarkan trak pikap mereka yang akan berada di pasaran pada penghujung tahun 2021.

Dengan pengeluaran skala besar yang dilakukan oleh Nikola, ia akan menjadi pesaing yang hebat kepada trak keluaran Tesla.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.