Bagaimana Sumbangan Pelaburan Kecil ESG Mampu Menyelamatkan Alam Sekitar?

Di mana kita melaburkan wang kita adalah salah satu cara paling langsung dan mudah kita dapat menyumbang kepada perubahan positif berasaskan nilai kepada alam sekitar.

Dari segi pelaburan, kewangan dan pertimbangan sosial tidak selalu berjalan seiring. Kebanyakan syarikat-syarikat mengutamakan keuntungan tanpa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar.

Tambahan lagi, kira-kira 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia mewakili satu per empat orang di bumi ini. Namun, walaupun jumlahnya yang tinggi, umat ​​Islam tidak mendapat perhatian oleh industri pengurusan aset, dengan inovasi terhad dalam penawaran produk dan pertumbuhan aset yang rendah.

Wujudkah jenis pelaburan yang patuh syariah dan memberi pulangan yang tinggi serta mampu menyelematkan alam sekitar?

Rangka kerja setiap pelaburan Syariah wajib berlandaskan Al-Quran dan Sunnah untuk mencapai ekonomi Islam yang ideal. Komponen utama dalam rangka kerja tersebut adalah memastikan keadilan dalam semua usaha ekonomi untuk membantu semua anggota masyarakat mencapai pertumbuhan yang saksama. Pelaburan patuh Syariah dapat dijelaskan dalam lima prinsip:

  1. Sokongan dana terhadap aktiviti yang memberi faedah kepada masyarakat;
  2. Larangan instrumen dan amalan yang bertujuan untuk mengaut keuntungan tidak adil seperti spekulasi atau pengambilan risiko yang berlebihan;
  3. Berkongsi risiko dan ganjaran secara adil;
  4. Transaksi yang mematuhi peraturan antara satu sama lain dengan beramanah, kesetiaan terhadap kontrak, ketelusan dan larangan gangguan atau manipulasi kekuatan pasaran; dan
  5. Penghindaran barang atau perkhidmatan terlarang yang boleh membahayakan manusia seperti yang ditentukan oleh Syariah seperti daging khinzir, alkohol, perjudian, dadah, dan lain-lain.

Objektif undang-undang Syariah atau Maqasid-al-Syariah, adalah untuk mempromosikan kesejahteraan manusia dan mencegah bahaya dengan memelihara agama, nyawa, akal, harta dan kepentingan generasi akan datang.

Pemeliharaan ini membentuk perancah sistem ekonomi Islam yang ideal, di mana kepentingan masyarakat sangat penting.

Pandangan Islam menyatakan bahawa semua sumber semula jadi adalah rahmat dari Allah (SWT) dan ia harus ditangani dengan amanah untuk memastikan hak-hak alam sekitar terpelihara untuk generasi akan datang.

Oleh itu, pelaburan Syariah meluaskan fokus yang melebihi daripada pulangan kewangan bagi merangkumi kesejahteraan keseluruhan individu, masyarakat am, dan pemeliharaan alam sekitar.

Pencapaian masyarakat yang maju dapat dicapai melalui usaha murni keadilan sosial dan memastikan perkembangan dan kesinambungan sistem kewangan yang inklusif dan adil.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI), salah satu garis panduan yang menghubungkan sistem kewangan Islam dengan pelaburan lestari (sustainable investing).

Beberapa insentif telah diperkenalkan untuk memudahkan sebuah ekosistem di mana pelabur dapat menggunakan kewangan Islam sebagai saluran dana untuk projek yang berkaitan dengan sumber semula jadi, sumber tenaga yang boleh diperbaharui, dan pembangunan masyarakat dan ekonomi.

Konsep pelaburan lestari bermula 15 tahun yang lalu sebagai kaedah mengurangkan risiko pelaburan. Namun, ia benar-benar meletus kira-kira satu dekad yang lalu, sebahagiannya disebabkan oleh krisis kewangan global 2008.

Kesedaran yang lebih baik terhadap risiko alam sekitar, sosial dan tadbir urus dianggap penting untuk meningkatkan ketelusan dan membina semula sistem perbankan dan kewangan. Ia  telah menjadi salah satu topik hangat dalam industri pengurusan aset global.

Pelaburan lestari dianggap sebagai istilah payung bagi pelaburan yang mencari pulangan kewangan yang mencukupi serta kesan positif jangka panjang terhadap masyarakat dan alam sekitar.

Sekarang ini, kita dapat lihat di pasaran jenis pelaburan yang ditawarkan oleh bank-bank yang menggabungkan prinsip pelaburan patuh Syariah dan juga patuh ESG. ESG adalah Environment, Social and Governance, ataupun prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Pelaburan ESG adalah satu pendekatan pelaburan proaktif yang melangkaui analisis kewangan tradisional termasuk analisa amalan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus sesebuah syarikat berserta dengan langkah seterusnya, iaitu memastikan ianya mematuhi prinsip Syariah.

Data ESG menunjukkan bahawa prestasi kemampanan sebuah syarikat berkaitan rapat dengan kejayaan pengurusan kewangan jangka panjang dengan nilai ekonomi dan sosial yang positif.

Berikutan peningkatan kes wabak COVID-19 di Malaysia dan pasaran saham global yang mengalami kemerosotan, ini telah menjadi satu pengajaran buat mereka yang melabur di dalam pasaran dan mencetuskan kegusaran terutama sekali bagi pelabur baru.

Dari segi perspektif alam sekitar, kita dapat melihat krisis ini memberikan perhatian yang lebih besar terhadap kesan perubahan iklim. COVID-19 telah membuktikan bahawa apabila berlaku perang antara manusia dan alam semula jadi, alam semula jadi pasti akan menang.

Lebih banyak syarikat mula memandang serius masalah alam sekitar dan mula mencari jalan untuk memperbaiki keadaan secara kolektif untuk pembangunan sejagat.

Wabak COVID-19 telah meninggalkan impak besar terhadap cabaran ekonomi dan sosial yang pastinya meningalkan kesan kepada generasi akan datang. Kini pelabur mengambil lebih perhatian terhadap isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus ataupun ESG.

Rakyat Malaysia kini berpeluang mencapai matlamat pelaburan melalui pelaburan terhadap syarikat-syarikat seluruh dunia yang mementingkan faktor-faktor ESG (alam sekitar, sosial, dan tadbir urus).

Umat Islam tidak perlu berkompromi dengan kepercayaan agama dan keinginan mereka untuk melabur secara lestari, memandangkan prinsip asas Syariah dan pelaburan ESG sangat selaras dan akan meningalkan impak yang besar kepada alam semesta dan juga kepada generasi yang akan datang.

Disclaimer

You are advised to read and understand the fund’s product highlight sheet (PHS) and prospectus, including supplementals if any, prior to investing. If in doubt, you are advised to seek professional advice prior to investing in any unit trust fund.

About BIMB Investment Management Berhad

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”) a UNPRI Signatory, is the leading Shariah-ESG investment management company, providing comprehensive Shariah-ESG investment solutions across multiple asset classes to both individual and corporate investors in Malaysia and the region. A wholly owned subsidiary of Bank Islam Malaysia Berhad and a member of the Tabung Haji Group of Companies, BIMB Investment is a licensed Islamic fund management company registered with Securities Commission Malaysia headquartered in Kuala Lumpur with more than 25 years of experience in the fund management.

Toll free number: 1-800-88-1196

Website: www.bimbinvestment.com.my

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.