Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Januari 2021

Indeks FBM KLCI mencatatkan permulaan yang agak menyedihkan apabila turun sebanyak 3.87% pada bulan Januari. Ini sekaligus telah menyebabkan banyak saham-saham yang jatuh.

Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Januari 2021 ini, semoga kita dijauhkan daripada terbeli.

Sumber: iSaham Screener

1. DGB Asia

Sumber: Bursa Marketplace

2. PNE PCB

Sumber: Bursa Marketplace

3. Acme Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

4. Vizione Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. Widad Group

Sumber: Bursa Marketplace

6. Parkson Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Leader Steel Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. Kumpulan Jetson

Sumber: Bursa Marketplace

9. PDZ Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. Protasco Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Semuanya Penny Stock

Apabila pasaran saham dalam keadaan menurun, maka banyaklah saham yang akan jatuh. Lebih-lebih lagi saham penny stock, yang bersifat cepat naik dan cepat turun.

Dahlah kita beli penny stock, beli pula syarikat yang sedang mengalami kerugian. Harga saham naik sebab apa, kita pun tak tahu. Terikut-ikut orang lain beli.

Sebab itulah kita kena ada Trading Plan sebelum nak beli mana-mana saham, dan Cut Loss apabila saham tersebut tak menjadi seperti yang kita jangkakan.

Takut-takut sekiranya kita sekali rugi besar, terus tinggalkan dunia pelaburan saham kerana kecewa dan kehilangan modal yang besar.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Januari 2021 ini adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Buat julung kalinya, kami memperkenalkan

WEBINAR SENANG SAHAM 2.0 bersama speaker:

Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur

&

Tuan Iqbal Ilias
Technical Analyst (MSTA / CFTe)

#Hari 1 : 27 Februari 2021 
Sabtu, 9 pagi – 5 petang

#Hari 2 : 28 Februari 2021 
Ahad, 9 pagi – 5 petang

#Hari 3 : 1 Mac 2021 
Isnin, 9 pagi – 5 petang

Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari? 

Kita belajar slow slow dari rumah melalui aplikasi ZOOM.

Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham

Kenapa SENANG SAHAM

Sebab saham ni dia senang untung dan senang rugi. Lepas belajar 3 hari nanti bukan kata boleh terus pandai. Benda ni perlu praktis. Sekurang-kurangnya tuan-tuan dah ada ilmunya. Ada duit tetapi tiada ilmu, tak jadi apa. Bila ada ilmu, banyak benda boleh dihasilkan. Tetapi kalau takut dan fobia dengan rugi janganlah terlibat dengan pasaran saham.

Kita akan belajar deep…

FUNDAMENTAL ANALISIS
TEKNIKAL ANALISIS

SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER

Nak invest untuk long term?
Kami tunjukkan. 

Nak trade untuk cari duit tepi?
Kami tunjukkan. 

Nak beli saham sejam dua lepas tu jual?
Juga kami tunjukkan.

Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.