Shopee Memenuhi Permintaan Membeli-Belah Pada Tengah Malam Pada 4.4 Hari Jualan Mega

Platform e-dagang Shopee telah merekodkan 4.4 Hari Jualan Mega pertama yang cemerlang. Pada Midnight Mega Sale yang berlangsung dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi, jumlah barangan yang dijual di Shopee meningkat sebanyak 6 kali ganda berbanding hari biasa. Di seluruh rantau ini, para pengguna juga telah menikmati hiburan tanpa henti dengan permainan dalam aplikasi Shopee dimainkan secara purata sebanyak 80 juta kali setiap hari dan Shopee Live ditonton secara purata selama 32 juta minit setiap hari.

Pada 4 April, 4.4 Mega Celebrity serantau Shopee, MAMAMOO, turut memikat hati jutaan peminat dan pengguna dengan persembahan eksklusif untuk lagu hit terbaharu mereka ‘Hip’ dan ‘Egoistik’ di Shopee Live.

Shopee telah merungkai peluang pertumbuhan baharu untuk rakan jenama premium di Shopee Premium Brands Festival yang pertama. Di seluruh rantau ini, lebih ramai pengguna beralih ke Shopee Premium buat pertama kalinya, dengan 4.5 kali ganda lebih banyak pesanan direkodkan semasa festival tersebut berbanding minggu sebelumnya. Di Malaysia, jenama-jenama Shopee Premium menyaksikan peningkatan pesanan yang menggalakkan sepanjang kempen, dengan Elizabeth Arden, Laneige dan L’Occitane antara jenama yang terlaris. Antara barangan premium yang paling popular ialah sleeping mask, serum kecantikan dan pakaian fesyen.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Kami sangat berbesar hati menyaksikan prestasi hebat bagi 4.4 Hari Jualan Mega pertama ini, dalam pada kami membawa keseronokan acara membeli-belah kami kepada para pengguna sepanjang tahun. Shopee sentiasa mendahului dalam perkembangan trend pengguna di pasaran, dan Midnight Mega Sale serta Premium Brands Festival merupakan antara kaedah kami melakukan pembaharuan untuk memenuhi keperluan para pembeli kami. Kami berterima kasih atas sokongan padu yang berterusan oleh pengguna, penjual dan rakan jenama pada acara membeli-belah utama kami yang pertama pada tahun ini, dan akan terus memberi nilai yang lebih baik kepada semua pembeli sambil membantu jenama-jenama dan para penjual mempercepat pertumbuhan mereka di Shopee.”

Sorotan Shopee 4.4 Hari Jualan Mega di Malaysia

Di Malaysia, 4.4 Hari Jualan Mega membawakan nilai hebat kepada pembeli melalui tawaran menarik daripada pelbagai jenama dan penjual. Rakyat Malaysia mengambil peluang untuk memenuhi keperluan harian dan kediaman mereka dengan Kelengkapan Rumah dan Kediaman, Kesihatan dan Kecantikan, Barangan Runcit dan Barangan Haiwan Peliharaan serta Barangan Elektronik muncul sebagai kategori terlaris pada 4 April.

  • Kelengkapan Rumah dan Kediaman: Ibu bapa membeli barangan alat tulis untuk anak-anak mereka dengan lebih daripada setengah juta unit dijual, sebagai persiapan untuk kembali ke sekolah pada minggu ini.
  • Kesihatan dan Kecantikan: Shopee menyaksikan permintaan untuk pelitup muka kembali meningkat, dengan lebih daripada 5.7 juta keping dibeli, memandangkan rakyat Malaysia membuat persediaan untuk kembali ke pejabat dengan kapasiti penuh. Ini berikutan pengumuman pihak Kerajaan yang telah membatalkan arahan kapasiti 30% untuk pejabat di seluruh negara.
  • Barangan Runcit dan Barangan Haiwan Peliharaan: Bekalan keperluan rumah mencatat peningkatan jualan yang tidak dijangka, dengan pembelian bagi penghalau nyamuk mencatat jumlah sebanyak lebih daripada 24,000 unit, berkemungkinan disebabkan oleh cuaca panas yang sedang melanda negara ini.
  • Barangan Elektronik: Para pembeli mendapatkan produk untuk membaik pulih dan membersihkan tempat tinggal mereka pada 4.4 Hari Jualan Mega ini, dengan lebih daripada 12,000 pesanan untuk pembersih vakum yang dibeli daripada jenama seperti PerySmith, Xiaomi dan Airbot. Telefon bimbit dan gajet mudah alih turut menerima permintaan yang tinggi, dengan POCO mencatat jualan lebih daripada 14,000 unit telefon pintar pada 4 April di mana para pembeli dapat menikmati diskaun hingga RM200 pada telefon tersebut.
Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.