5 Tips Bebas Kewangan Yang Kita Kena Mula Dari Usia Muda

Bila berjaya beli kereta Mustang atau sudah mampu beli beg LV, itu bukan bermaksud kita sudah bebas kewangan.

Baca lagi Apa Sebenarnya Kebebasan Kewangan (Financial Freedom)?

Mencapai kebebasan kewangan adalah matlamat bagi ramai orang tetapi tidak semua yang mampu melaksanakannya pada usia muda. Ramai di kalangan golongan muda yang berusaha untuk mencapai kebebasan kewangan tapi kerap kali terlepas pandang beberapa perkara penting ini.

Secara amnya, perkara tersebut adalah simpanan, pelaburan, dan wang tunai yang mencukupi untuk menjalani gaya hidup yang kita mahukan untuk diri sendiri dan juga bersama-sama keluarga tersayang.

Jangan risau, jom kita lihat beberapa tips untuk kebebasan kewangan bermula dari usia muda.

1. Hidup Di Bawah Kadar Kemampuan

Mengamalkan gaya hidup yang sekadar mengikut kemampuan pada hari ini adalah sukar. Terlalu ramai orang yang bersaing siapa punya telefon pintar paling canggih, siapa punya baju atau kasut paling mahal, nak makan di tempat yang mahal, dan bermacam-macam lagi.

Lagi awal kita sedar kesilapan ini dan belajar, lagi cepat kita sedar tentang perbezaan di antara keperluan dan kehendak, lebih cepat kita dapat membebaskan diri daripada perlumbaan yang tiada manfaat ini.

2. Buat Simpanan Secara Automatik

Sekiranya kita seorang yang sukar untuk mengelak daripada godaan berbelanja, adalah disarankan untuk membuat simpanan secara automatik. Wang tersebut akan ditolak siap-siap pada hari sama gaji pun masuk.

Tetapkan jumlah yang harus disimpan, ada yang mencadangkan sebanyak 10% ke 15% daripada gaji bulanan kita seharusnya digunakan untuk simpanan.

3. Mula Melabur Sekarang

Bila dah ada tabiat menyimpan, seterusnya kita perlu melabur pula. Apa yang diperlukan dalam pelaburan adalah kesabaran dan masa untuk meraih keuntungan yang besar.

Ingatlah, kita tidak akan berjaya dalam pelaburan sekiranya tidak mempunyai ilmu yang secukupnya. Jangan bertindak melulu tanpa ilmu dan jangan pula bazirkan masa dengan tidak berbuat apa-apa.

Pelaburan saham sudah terbukti memberi pulangan yang lebih baik berbanding instrumen lain. tetapi ramai takut sebab terpercaya cakap-cakap mereka yang mungkin gagal atau terciduk tanpa ilmu.

Buku Malaysia Melabur Saham
  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
  • Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Buku Malaysia Melabur Saham kini dibuka untuk jualan. Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

4. Buat Belanjawan

Membuat belanjawan bulanan adalah merupakan salah satu kaedah terbaik untuk bebas kewangan bermula dari usia muda. Ini juga merupakan rutin biasa yang akan meningkatkan tekad menentang godaan untuk berbelanja secara berlebihan dan diluar kemampuan.

Pastikan kita tulis siap-siap berapa nak kena menyimpan, berapa nak kena melabur dan berapa banyak nak kena belanja setiap bulan. Bila dah tulis, maka kita kena ikutlah belanjawan tersebut.

5. Langsaikan Hutang

Bila simpanan dah ada, pelaburan dah mantap, belanjawan pun dah lengkap; seterusnya kita perlu fokus untuk selesaikan hutang. Tetapi hutang ada yang baik, ada juga hutang yang jahat.

Meminjam tidak semestinya perkara yang buruk selagi mana kita membayar ansuran tepat pada masanya, ini dapat membantu kita membina sejarah kredit yang positif. Namun, terlalu banyak hutang boleh memudaratkan.

Jadi, langsaikan hutang dengan kadar faedah yang tertinggi dahulu seperti hutang kad kredit dan hutang pembiayaan peribadi.

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Kesimpulannya, adalah amat bijak untuk kita berada di landasan yang betul sejak dari usia yang muda lagi. Jangan tunggu umur masuk 40 tahun baru nak mula fikirkan bab ni.

Lagi awal kita mula, lagi mudah untuk kita mencapai sasaran dan berdisiplin dalam melawan godaan.

Sumber Rujukan:


Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Akhirnya Ada Parti Politik Berani Tunjuk Ke Mana Duit Kempen Mereka Pergi

Parti BERSAMA sedang mendahului parti-parti lain dalam satu perkara yang jarang berlaku dalam politik Malaysia dengan mengemukakan data perbelanjaan pilihan raya kepada umum. Sumber: Malaysiakini – Bersama dedah belanja hampir RM800,000 kempen PRN Johor

Bagi sesetengah orang, mungkin ini sekadar laporan perbelanjaan kempen.

Tetapi kalau kita lihat dari sudut pelaburan dan kewangan, sebenarnya ada satu prinsip yang sangat mudah:

Kalau kita mahu orang percaya dan memberikan duit kepada kita, kita perlu bersedia untuk menunjukkan bagaimana duit itu diuruskan.

Bayangkan kita mahu melabur RM100,000 dalam sebuah syarikat.

Kita tentu mahu tahu berapa hasil syarikat, berapa kos operasi, berapa hutang, berapa keuntungan dan bagaimana pengurusan menggunakan wang syarikat.

Kalau pengurusan syarikat berkata,

“Percayalah. Kami akan urus duit dengan baik.”

Tetapi apabila kita minta penyata kewangan, mereka enggan tunjukkan, kita sendiri mungkin akan fikir dua tiga kali sebelum melabur.

Dalam pelaburan, ketelusan adalah sebahagian daripada kepercayaan.

Begitu juga dengan politik.

Dan di sinilah pendedahan BERSAMA menjadi menarik untuk diperhatikan.

Daripada jumlah perbelanjaan kepada sumber dana, rakyat diberikan peluang untuk melihat sendiri bagaimana wang kempen dikumpulkan dan dibelanjakan. Dalam penyata yang dilaporkan Malaysiakini, antara sumber dana ialah kutipan yuran keahlian, majlis makan malam pengumpulan dana dan sumbangan peribadi, manakala perbelanjaan termasuk deposit SPR, bahan kempen dan kerja pembersihan selepas kempen.

Patutkah ketelusan kewangan seperti ini menjadi satu standard baharu dalam politik Malaysia?

Menariknya, idea ketelusan kewangan politik ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada 2012, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mencadangkan supaya semua sumbangan kepada parti politik dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti, disertakan resit dan akaun tersebut diaudit setiap tahun.

Lebih sedekad kemudian, isu yang sama masih relevan. Bezanya, kali ini kita mula melihat parti politik mengambil langkah untuk mendedahkan sendiri data perbelanjaan pilihan raya kepada umum.

1. Rakyat adalah penyumbang kepada sistem politik

Parti politik mungkin menerima sumbangan daripada individu atau organisasi, tetapi dalam konteks yang lebih luas, aktiviti politik akhirnya berkait dengan wang dan sumber awam.

Sebab itu rakyat mempunyai kepentingan untuk tahu bagaimana sesebuah parti menguruskan kewangan kempen mereka.

Kalau kita boleh meminta syarikat yang kita labur supaya telus, tidak salah untuk kita mengharapkan tahap ketelusan yang lebih tinggi daripada organisasi politik.

2. Duit yang masuk dan duit yang keluar perlu boleh dikesan

Dalam dunia kewangan, kita bukan hanya tengok jumlah duit.

Kita mahu tahu cash flow.

Berapa duit masuk?

Dari mana?

Berapa duit keluar?

Dibelanjakan untuk apa?

Siapa penerimanya?

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada kewangan politik.

Apabila data perbelanjaan pilihan raya didedahkan, rakyat boleh mula melihat aliran wang tersebut, bukannya hanya mendengar dakwaan bahawa semuanya diuruskan dengan baik.

3. Ketelusan mengurangkan information asymmetry

Dalam pelaburan, ada masalah yang dipanggil information asymmetry.

Maksud mudahnya, pihak pengurusan mungkin mempunyai lebih banyak maklumat berbanding pelabur.

Sebab itu syarikat perlu menyediakan laporan kewangan supaya pelabur tidak membuat keputusan dalam keadaan terlalu banyak maklumat yang disembunyikan.

Politik pun sama.

Parti tahu berapa banyak duit yang mereka terima dan bagaimana ia dibelanjakan.

Rakyat pula hanya nampak kempen di luar.

Jadi apabila data kewangan dibuka, jurang maklumat antara parti dan rakyat dapat dikurangkan.

4. Rakyat boleh menilai kecekapan penggunaan wang

Dalam pelaburan, kita bukan sekadar bertanya:

“Berapa banyak duit syarikat belanjakan?”

Kita juga akan bertanya:

“Apa yang kita dapat daripada duit tersebut?”

RM1 juta dibelanjakan untuk pemasaran tetapi jualan tidak meningkat, kita akan mula persoalkan keberkesanannya.

Begitu juga perbelanjaan pilihan raya.

Apabila data tersedia, kita boleh mula bertanya:

Berapa kos kempen setiap kawasan? Berapa banyak dibelanjakan untuk media sosial? Berapa untuk logistik? Berapa untuk bahan kempen?

Ini membuka ruang untuk menilai kecekapan, bukan sekadar jumlah perbelanjaan.

5. Kita sebenarnya bukan pelik kalau melihat amalan ini di negara lain

Pendedahan kewangan politik bukan sesuatu yang asing di peringkat antarabangsa.

Di United Kingdom, Electoral Commission menerbitkan maklumat berkaitan sumbangan, pinjaman dan perbelanjaan parti politik serta calon kepada umum.

Di Amerika Syarikat, Federal Election Commission (FEC) pula menyediakan pangkalan data awam yang membolehkan orang ramai melihat maklumat kewangan kempen, termasuk sumbangan dan perbelanjaan calon serta jawatankuasa politik.

Di Australia, Australian Electoral Commission (AEC) juga mempunyai sistem funding and disclosure untuk meningkatkan ketelusan kewangan parti politik, calon dan pihak yang terlibat dalam pilihan raya.

Maknanya, idea untuk rakyat melihat money in dan money out dalam politik sebenarnya bukan sesuatu yang pelik.

Bezanya, di sesetengah negara ia merupakan sebahagian daripada sistem pendedahan yang diwajibkan dan diselia oleh badan pilihan raya.

Jadi kalau parti politik Malaysia mula mengambil inisiatif untuk membuka data kewangan mereka kepada umum, ia boleh dilihat sebagai satu langkah ke arah budaya politik yang lebih telus.

6. Boleh membina rekod kewangan yang boleh dibandingkan

Pelabur tidak menilai syarikat berdasarkan satu laporan sahaja.

Mereka melihat prestasi dari tahun ke tahun.

Begitu juga dengan parti politik.

Kalau setiap pilihan raya mereka mendedahkan data kewangan, lama-kelamaan akan wujud satu rekod yang boleh dibandingkan.

Berapa banyak dana diterima?

Berapa banyak yang dibelanjakan?

Adakah perbelanjaan semakin cekap?

Adakah kos kempen meningkat?

Adakah sumber pembiayaan berubah?

Ini menjadikan rakyat bukan sekadar pengundi, tetapi pihak yang boleh membuat penilaian berdasarkan data.


Sebab itu kami melihat pendedahan perbelanjaan pilihan raya sebagai satu langkah yang positif.

Bukan kerana mendedahkan data automatik bermaksud sesebuah parti itu lebih baik daripada parti lain.

Tetapi kerana ketelusan memberikan kita maklumat untuk membuat penilaian sendiri.

Dalam pelaburan, kita selalu diajar:

Jangan melabur hanya kerana percaya. Tengok laporan kewangan.

(Walaupun… tengok laporan kewangan pun belum tentu tak kena scam!)

Dalam politik pun mungkin prinsip yang sama patut digunakan:

Jangan hanya dengar janji. Tengok juga bagaimana wang diuruskan.

Kalau lebih banyak parti mula melakukan perkara yang sama, kita mungkin dapat membina satu budaya politik yang lebih matang di mana data kewangan menjadi sebahagian daripada akauntabiliti politik, bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.

Kerana akhirnya, sama ada kita bercakap tentang melabur dalam sebuah syarikat atau memilih sebuah parti politik, prinsipnya hampir sama:

Beri kita data. Kemudian biar rakyat membuat penilaian.