Gather Care: Dapatkan Perlindungan RM1 Juta Dengan Serendah RM50 Sebulan

Program Life Engineering atau nama barunya kini Gather Care telah dilancarkan kepada umum pada Mac 2017. Ianya merupakan program perlindungan  pertama di Malaysia yang berasaskan aplikasi telefon pintar dan laman web.

Apa yang uniknya mengenai program ini adalah ianya seakan kad perubatan (medical card), tetapi bukan takaful dan bukannya insurans. Ia adalah program perkongsian kos rawatan, yang mana ia dikongsi oleh semua ahli di dalam komuniti.

Objektif utama program ini adalah untuk membantu seramai mungkin ahli bagi mendapatkan rawatan terbaik dengan kos mampu milik.

Apa itu Gather Care?

Gather Care adalah aplikasi pertama di Malaysia yang menjalankan konsep perkongsian ramai (crowd sharing) bagi mengumpul dana untuk menampung ‘Kos Perubatan’ yang semakin meningkat ketika anda sangat memerlukannya.

Macam kalau kat kampung atau taman di kawasan perumahan kita, ada tabung khairat kematian. Bila ahli kariah yang meninggal dunia, wang daripada tabung tersebut akan dikeluarkan dan dsumbangkan kepada waris untuk perbelanjaan pengebumian atau sebagainya.

Gather Care menggunakan konsep yang lebih kurang sama.

Sekumpulan ahli bersetuju untuk meletakkan wang ke dalam tabung perkongsian. Apabila ada ahli yang dimasukkan ke dalam wad dan perlu mendapatkan rawatan, kos perbelanjaan akan di kongsi sesama ahli.

Contoh pengiraan:

Kos perbelanjaan rawatan di hospital yang menelan belanjara RM10,000.

Jumlah ahli 2,000
RM10,000 / 2,000 orang:
RM5 seorang

Platform Perkongsian Kos Perubatan

Gather Care bukanlah skim takaful atau insurans, sebaliknya Gather Care adalah merupakan platform perkongsian kos perubatan.

Apa itu platform perkongsian kos perubatan?

Seperti GrabCar, adakah Grab sebuah syarikat teksi? Bukan kan?

Grab adalah sebuah aplikasi. Begitu juga Gather Care, yang merupakan sebuah aplikasi yang berfungsi untuk menyelesaikan masalah kos perubatan.

Adakah Gather Care berbeza dengan takaful atau insurans? Sebenarnya kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk perlindungan.

Tetapi bayaran bulanan sangat berbeza.

Contohnya caruman untuk kad perubatan setiap bulan sekurang-kurangnya RM100 sebulan secara tetap, tetapi di Gather Care jumlah bayaran bulanan bergantung kepada jumlah keseluruhan kos hospital pada bulan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari Pilihan Selain Takaful

Bagaimana Gather Care Berfungsi?

Penyakit boleh menimpa sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Dengan kadar inflasi perubatan yang meningkat dalam lingkungan 10% ke 15% setiap tahun, kos rawatan semakin membebankan bagi rakyat Malaysia.

Ramai yang mengambil skim takaful atau insurans bagi membantu mereka bagi berdepan dengan saat yang sukar, namun bukan semua orang mampu yang melanggan takaful.

Di sinilah Gather Care hadir mengisi jurang tersebut dengan menyediakan alternatif untuk rakyat Malaysia bagi mendapatkan pembiayaan kos rawatan perubatan mereka melalui konsep perkongsian kos perubatan.

Alternatif Takaful Perubatan Yang Lebih Murah

Gather Care bukan program takaful atau insurans. Gather Care (sebelum ini dikenali Life Engineering) dikendalikan oleh Crowd Care Sdn Bhd (1189764-X) yang beralamat di:
F-3-3, Pusat Komersial Boulevard,
115, Jalan Kepayang, Off, Jalan Kuching,
51200, Kuala Lumpur

Gather Care merupakan program perkongsian kos perubatan pertama di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2015. Ianya sebuah platform komuniti perkongsian patuh syariah yang mana setiap peserta hanya perlu memberi sumbangan tidak lebih daripada RM50 untuk mendapatkan rawatan hospital yang bernilai sehingga RM1 juta.

Tujuh manfaat sertai Gather Care:

  • Pelindungan RM1 juta dan akan meningkat RM200,000 setiap tahun
  • Perlindungan kemalangan RM20,000
  • Perlindungan ratawan kanser pesakit luar sebanyak RM100,000 setiap tahun
  • Khairat kematian RM5,000 dan ditambah RM1,000 setiap tahun
  • Bilik wad bernilai RM150 sehari selama 120 hari di hospital
  • Kos ambulans sebanyak RM250
  • Mempunyai 250 panel hospital awam dan hospital swasta di seluruh Malaysia

Previous ArticleNext Article

ShopeePay Memperluas Akses Perlindungan Penipuan Kewangan Dalam Talian Bersama Zurich

ShopeePay hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan ‘Zurich Wallet Protection’ oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich) di aplikasi ShopeePay dan Shopee, yang kini boleh diakses jutaan pengguna di seluruh negara. Bermula dari serendah RM1.40 sebulan, pengguna dilindungi bukan sahaja untuk transaksi melalui ShopeePay, malah merangkumi semua akaun bank, e-dompet dan pembayaran kad lain, termasuk risiko dalam talian seperti pemindahan wang tidak sah, transaksi tanpa kebenaran, kerugian akibat phishing, penyamaran, penyalahgunaan kad, dan penipuan beli-belah dalam talian.

Selaras dengan misi ShopeePay, ‘Kewangan Mudah, Khas Untuk Anda’, pelancaran Zurich Wallet Protection di platform ini menunjukkan komitmen ShopeePay untuk menyediakan perlindungan asas yang mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pelancaran ini berlaku pada waktu yang kritikal, memandangkan kes jenayah penipuan terus meningkat. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 47,854 kes penipuan telah direkodkan sehingga September 2025, dengan jumlah kerugian mencecah RM1.92 bilion. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 12,486 kes berbanding 2024.

Zurich Wallet Protection ditawarkan dalam dua pelan: Pelan Asas dan Pelan VIP.

 Pelan AsasPelan VIP
Premium (termasuk SST 8%)RM1.40 sebulan (Percuma untuk bulan pertama)RM4.90 sebulan
KelayakanWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atasWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
FaedahHad Tuntutan Bulanan (RM)
Pemindahan Wang Tanpa Kebenaran3,000 (6,000 setahun)10,000 (20,000 setahun)
Transaksi Tanpa Kebenaran (Kad Dicuri)2001,000
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian2001,000

Alain Yee, Ketua Pegawai Eksekutif ShopeePay Malaysia berkata, “Kes penipuan dalam talian kini semakin canggih, selari dengan taktik penipu yang sentiasa berubah untuk memperdaya orang ramai. Walaupun kami giat mendidik pengguna dan masyarakat umum mengenai keselamatan dalam talian, kami percaya penyediaan lapisan perlindungan tambahan yang mampu milik dan mudah diakses juga amat penting. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan, dan kebiasaannya ia hanya disedari apabila sudah terlambat.”

Beliau menambah, “Kami percaya bahawa penawaran Zurich Wallet Protection di aplikasi ShopeePay dan Shopee adalah satu langkah penting ke arah memperkukuh keselamatan digital, khususnya bagi rakyat Malaysia yang lebih terdedah kepada risiko” Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mencuba perlindungan dalam talian, Pelan Asas ditawarkan dengan bulan pertama percuma, membolehkan pengguna menikmati Zurich Wallet Protection tanpa sebarang kos.

Seiring dengan kenyataan Alain, Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Zurich Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance Malaysia Berhad, berkata, “Kami berbangga bekerjasama dengan ShopeePay bagi melancarkan Zurich Wallet Protection, menyediakan perlindungan digital yang mampu milik dan mudah diakses untuk rakyat Malaysia. Dipandu oleh janji kami, ‘Lindungi Segala Yang Bermakna’, dan diperkuatkan dengan keupayaan Zurich Edge, pelanggan kini boleh mendapatkan dan mengurus perlindungan ini terus melalui aplikasi ShopeePay dan Shopee, memberi mereka keyakinan lebih tinggi semasa bertransaksi dalam talian serta melindungi semua saluran kewangan mereka daripada penipuan.”

Berikut adalah kategori perlindungan beserta contoh untuk membantu pengguna memahami apa yang dilindungi oleh Zurich Wallet Protection:

Jenis PerlindunganContoh Situasi
Pemindahan Wang Tidak Sah (Unauthorised Transfer)Pemegang kad kredit menyedari terdapat transaksi tidak sah walaupun kad mereka tidak pernah dikongsi atau hilang.
Penipuan Pancingan Data (Phishing Scam)Anda menerima e-mel palsu yang kelihatan sama seperti komunikasi rasmi bank, yang mengarahkan anda klik pautan dan memasukkan OTP, mengakibatkan kerugian RM2,000.
Penyalahgunaan Kad Dicuri (Stolen Card Misuse)Selepas dompet dicuri, anda mendapati kad anda telah digunakan untuk pembelian dalam talian tanpa kebenaran.
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian (Online Shopping Fraud)Anda membeli sebuah gajet dalam talian, tetapi barangan tidak dihantar dan penjual tidak memberi respons. Perlindungan ini merangkumi pembelian dalam talian di semua platform*, bukan hanya Shopee.
Penipuan Penyamaran (Impersonation Scam)Seorang penipu menyamar sebagai pegawai bank dan menghubungi anda untuk mendapatkan OTP, mengakibatkan pemindahan wang tanpa kebenaran daripada e-dompet anda.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Tidak termasuk kejadian berkaitan media sosial. Tanggungjawab wajar mesti diamalkan.

Pelan ini ditanggung oleh Zurich, dan boleh diakses dengan mudah melalui platform ShopeePay.

Anda boleh mengakses ‘Zurich Wallet Protection’ di halaman utama aplikasi ShopeePay, atau melalui aplikasi Shopee di ‘Saya’ > ‘Insurans’. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.