Aset Digital Di Bawah Jagaan Luno Di Malaysia Kini Melebihi RM1 Bilion

Luno, platform pertukaran aset digital pertama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa ia kini menyimpan lebih daripada RM1 bilion aset digital bagi pihak penguna-penggunanya. Pencapaian itu diperoleh setelah kurang dari dua tahun sejak syarikat itu dilancarkan semula di Malaysia pada tahun 2019.

Aset digital di bawah jagaan (assets under custody) Luno di Malaysia merangkumi empat mata wang kripto yang diluluskan – Bitcoin (BTC), 62%; Ethereum (ETH), 23%; Ripple (XRP), 10%; dan Litecoin (LTC), 5%.

Pada masa yang sama, Luno telah melepasi angka setengah juta pengguna yang disahkan (588,994[1]) di Malaysia dengan kebanyakan pendaftaran pengguna baharu pada penghujung tahun 2020 yang mewakili lebih daripada 300% pertumbuhan pennguna suku-ke-suku (Q-o-Q) serta RM3.97 bilion[2] jumlah urus niaga menunjukkan trend positif permintaan mata wang kripto di Malaysia.

Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia berkata, “Kami amat teruja dengan sambutan mata wang kripto yang menyakinkan oleh rakyat Malaysia. Minat dalam mata wang kripto telah meningkat di Malaysia dengan ramai pelabur melihat mata wang kripto sebagai alternatif penyimpanan nilai atau permulaan perjalanan pelaburan mereka. Semasa kami membuat pelancaran semula di Malaysia pada 2019, tujuan kami bukan sekadar untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan sebuah platform yang selamat dan mudah untuk membeli, menjual, dan memegang mata wang kripto, tetapi juga untuk mendidik mereka tentang teknologi yang menarik ini. Dua belas bulan lepas telah mempercepatkan penggunaan mata wang kripto di peringkat global. Walaupun perhatian tertumpu kepada penerapan institusi, penglibatan runcit global, termasuk Malaysia, juga sedang berkembang dengan pesat.”

Di peringkat global, Luno telah mencatat pencapaian penting tujuh juta pengguna yang mewakili lebih daripada 300% pertumbuhan tahun-ke-tahun dalam jumlah pemasangan aplikasi dengan lebih daripada RM34 bilion jumlah transaksi. Perluasan Luno menggambarkan permintaan pasaran yang lebih besar untuk mata wang kripto di seluruh dunia, kerana industri ini terus membuktikan reputasinya sebagai pembangun infrastruktur kewangan yang mampan.

Industri mata wang kripto telah menyaksikan tahun pertumbuhan yang besar, yang didorong oleh kemasukan pelabur institusi yang menggunakan bitcoin kerana ia menyimpan nilai yang berharga. Aset tersebut telah menjadi lebih menarik bagi para pelabur ketika kebimbangan inflasi akibat peningkatan rangsangan fiskal dan monetari.

Pengalaman lonjakan bitcoin pada 2020 juga telah dipercepatkan oleh pertumbuhannya dalam penggunaan global kerana jumlah pengguna mata wang kripto global melepasi 100 juta pada suku ketiga 2020. Sejak pemerolehan Luno oleh Digital Currency Group (DCG) pada September 2020, Luno telah menyaksikan jumlah pengguna aktif global meningkat sebanyak 167%, sementara jumlah pemasangan aplikasi telah meningkat kepada 119%.

Pada 25 Januari, pengguna Luno rata-rata menyimpan lebih daripada $7,000 USD di dompet mereka, meningkat 56% berbanding 30 Disember 2020.

Luno disenaraikan sebagai enam pertukaran mata wang kripto terbaik dunia di dalam CryptoCompare Exchange Benchmark terbaharu, sementara juga menerima penilaian AA yang tertinggi.

Permulaan tahun 2021 menjadi tempoh bermulanya pertumbuhan menggalakkan untuk Luno. Pertumbuhan ini sebahagiannya bergantung kepada kesederhanaan platform dalam talian dan mudah alihnya, yang menawarkan pendidikan, keselamatan tahap-bank dan peraturan diri, di samping sikap proaktif untuk bekerjasama dengan kerajaan, pengawal selia dan bank dalam meningkatkan akses kepada mata wang kripto dengan selamat di seluruh dunia. Pertumbuhan ini juga sebahagiannya disebabkan oleh pertumbuhan minat yang besar berkisar mata wang kripto pada 2021 dengan pihak seperti Tesla melabur dalam Bitcoin, Bank AS BNY Mellon yang menubuhkan Unit Kripto, dan Mastercard menerima pembayaran kripto.

David Low, Pengurus Besar Luno Asia Tenggara berkata, “Pandemik ini telah menyukarkan keperluan untuk mata wang digital, dan di Luno, misi kami bukan hanya untuk membantu mendidik orang ramai tentang mata wang kripto dan bagaimana menggunakannya hari ini, tetapi dalam jangka panjang memanfaatkan kekuatan teknologi ini untuk menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik. Kami ingin menjadikan mata wang kripto dapat diakses dengan cara yang selamat dan sah kepada semua orang, tidak kira siapa mereka atau di mana mereka berada. Dalam tahun 2021, kami berharap dapat meneruskan pertumbuhan eksponensial ini, di landasan yang tepat untuk mencapai matlamat kami untuk mencapai 1 bilion pengguna global pada tahun 2030.”

Laman Web: www.luno.com
Media Sosial: Facebook
Aplikasi Mudah Alih: Android dan iOS

[1] Jumlah pengguna Luno di Malaysia setakat Januari 2021

[2] Jumlah keseluruhan urus niaga Luno di Malaysia setakat Januari 2021

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno dan Forex vs Kripto: Kenapa Forex Haram, Kripto Boleh Pula?

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod F9S7R8. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod F9S7R8.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.