Hukum Majlis Agama Berkaitan Aset Digital (Mata Wang Kripto) Seperti Bitcoin

Banyak soalan yang sering ditanya tentang apakah dia hukum melabur dalam Bitcoin atau aset digital, yang juga dikenali sebagai mata wang kripto (cryptocurrency) secara umum?

Berdasarkan pembacaan saya terhadap perbincangan ulama dan pakar-pakar bidang ini, saya dapat simpulkan secara ringkas bahawa terdapat dua jenis perbincangan. Pertama adalah sama ada Bitcoin atau mata wang kripto ini adalah mata wang dan hukum berkaitan transaksi mata wang atau al-Sarf (jualbeli mata wang) dalam Shariah perlu diaplikasikan.

Kedua, sama ada Bitcoin atau mata wang kripto ini dikategorikan sebagai aset digital dan seperti aset-aset lain dalam pasaran wang, maka ia boleh dilaburkan atau tidak.

Di bawah adalah beberapa ketetapan yang dibuat oleh Majlis Agama di Malaysia untuk rujukan bersama.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Di peringkat JAKIM, telah ditubuhkan Panel Pakar Muamalat bagi membincangkan isu-isu berkaitan Muamalat dan mereka sejak 2018 masih berbincang tentang fatwa-fatwa berkaitan Bitcoin. Sehingga hari ini masih belum mengeluarkan fatwa atau hukum berkaitan.

Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Di peringkat Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan melalui Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada November 2018 telah memutuskan bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.

Adapun begitu, mereka menyebut bahawa Bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan. Maka dapat kita fahami bahawa ketetapan mereka adalah Bitcoin bukan matawang dari sudut Shariah tetapi tidak menafikan keharusan Bitcoin sebagai aset pelaburan, dalam kata lain harus melabur dengan Bitcoin.

Baca penuh: BAYAN LINNAS SIRI KE-153: HUKUM PENGGUNAAN MATA WANG BITCOIN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis

Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang bersidang pada 6 Disember 2018 telah menetapkan beberapa ketetapan antaranya:

Pertama:

Pemilikan Bitcoin adalah sah dan boleh diiktiraf sebagai mempunyai nilai harta berdasarkan sifat ‘multi-function and benefit’ yang diperolehi oleh pemilik Bitcoin.

Justeru itu, Bitcoin boleh disifatkan sebagai aset digital dalam bentuk yang unik serta mempunyai pelbagai manfaat tersendiri yang harus (mubah) khususnya bagi komuniti yang tahu mengguna dan memanfaatkannya.

Kedua:

Seperti ketetapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Bitcoin juga dianggap tidak mencukupi syarat bagi klasifikasi mata wang, maka ia tidak boleh dianggap sebagai mata wang serta tidak terpakai ke atasnya garis panduan hukum Sarf.

Ketiga:

Harus bertransaksi dengan Bitcoin sebagai perantara pembayaran, pemindahan wang, aset simpanan dan berdagang dengannya.

Keempat:

Bitcoin diiktiraf sebagai aset bernilai, maka setiap pemilikan yang melebihi nilai 85 gram emas (Nisab) serta cukup tempoh pemilikan selama satu tahun (Haul), wajib ke atas pemilik Bitcoin untuk membayar zakat harta sebanyak 2.5 % dari nilai semasa Bitcoin tersebut.

Kelima:

Mereka yang ingin menggunakan Bitcoin juga wajib memahami selok belok penggunaan Bitcoin. Ini penting bagi mengelakkan elemen Gharar (ketidakpastian) sewaktu menggunakannya. Selain itu, pihak terbabit juga mesti terlebih dahulu memahami tahap tinggi risiko-risiko yang berkait dengan transaksi Bitcoin.

Majlis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam SKIM Bitcoin melalui skim cepat kaya anjuran orang tengah atau syarikat pengantara yang menjanjikan keuntungan tetap atau lumayan. Ini adalah HARAM dari sudut syariah dan juga undang-undang setempat. Inilah yang menyebabkan ada yang membeli Bitcoin melalui akaun yang dimiliki syarikat seperti itu lalu berlakunya penipuan.

Akhir sekali:

Hukum penggunaan Bitcoin boleh berubah menjadi HARAM atau ditegah disebabkan beberapa faktor luaran seperti : Apabila diharamkan penggunaannya oleh kerajaan ketika itu ia juga menjadi haram daripada segi hukum Shariah atas dasar menjaga kebaikan awam dan mengelakkan mudarat.

Baca: https://mufti.perlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri/95-fatwa-bitcoin

Secara ringkas dapat kita simpulkan bahawa Bitcoin dan ‘mata wang’ Kripto adalah aset pelaburan, boleh bertransaksi dengannya tetapi ia bukanlah mata wang daripada sudut Shariah yang tertakluk hukum al-Sarf.

Baca juga Hukum Bitcoin Oleh Para Ulama Kewangan Islam

Ditulis oleh Arham Merican, Pengurus Shariah di sebuah institusi kewangan negara dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus kepada pengurusan kewangan, pembasmian kemiskinan, dan pembinaan masyarakat madani. Beliau boleh dihubungi di [email protected].

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod FVSKG5. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod FVSKG5.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840