Forex dan Kripto: Kenapa Forex Haram, Kripto Boleh Pula?

Alhamdulillah, semakin ramai yang sedar dan mencari jawapan kepada permasalahan yang bermain di minda. Agak panas juga topik ini. Bagi mengupas lebih lanjut mengenainya, jom kita dengarkan perkongsian Ustaz Lariba yang merupakan pakar dalam ilmu kewangan Islam dan Muamalat.

Bitcoin (Mata Wang Digital) Tidak Diiktiraf Sebagai Sah Diperlakukan Di Malaysia

Susulan daripada nilai bitcoin yang melonjak lebih RM200,000 seunit, FB RTM-Radio Television Malaysia semalam telah menyiarkan infografik Bank Negara mengenai bitcoin yang masih tidak iktiraf sah diperlakukan (not legal tender) di Malaysia.

Boleh rujuk di sini: https://www.facebook.com/…/a.20904843…/4036054429760066/

Maksudnya, adalah dilarang menggunakan Bitcoin sebagai matawang di Malaysia seperti untuk berjual-beli atau hutang-piutang.

Kami juga muatkan infografik untuk memberi pencerahan dan menjawab dakwaan online forex trader haram yang menganggap ada ketidak-adilan kerana dagang crypto dibenarkan tapi online forex trading masih haram.

Penerangan ulangan mengenai bitcoin dan juga crypto yang lain yang sudah diiktiraf sebagai asset digital boleh didapati di bawah. Boleh rujuk di sini: https://www.facebook.com/UstazAbdulAzizMN/posts/3515184045191955

Pada 8 Julai 2020, kami telah muatkan satu post dalam FB ini bahawa pada 7 Julai 2020, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memutuskan bahawa perdagangan aset digital dibenarkan.

Seperti yang dijanjikan pada tarikh yang sama, kami sertakan satu kupasan ringkas mengenainya:

1. Soalan: Apakah sebenarnya kebenaran ini?

Jawapan: Kebenaran ini ialah untuk berdagang asset digital (cryptocurrency) di tiga bursa aset digital (digital asset exchange) yang beroperasi di negara ini, iaitu Luno, Sinegy, dan Tokenize.

2. Soalan: Kenapa kebenaran itu diberikan hanya untuk tiga bursa asset digital sahaja?

Jawapan: SC telah kategorikan cryptocurrency sebagai sekuriti dan klasifikasikannya sebagai asset digital. Kesemua ICO (pengeluaran baru) asset digital dan perdagangan asset digital ialah di bawah kawal-selia SC. SC telah meluluskan ketiga-tiga bursa asset digital ini untuk berdagang asset digital setelah mereka memenuhi kriteria yang ketat terutama sekali untuk ketelusan dan menjadikan mereka entity pelapor. Ini bermakna kebenaran ini tidak termasuk selain daripada ketiga-tiga bursa asset digital ini. Bursa asset digital ini akan juga melapurkan kepada Bank Negara segala transaksi pengeluaran wang (withdrawal) apabila pemilik asset digital ingin keluarkan duit (cash out). Transaksi di tiga bursa asset digital ini tidak secara tiada nama (anonymous) dan mereka diwajibkan menggunakan KYC.

3. Soalan: Adakah ini bermaksud jika seseorang itu berdagang dengan bursa asset digital selain daripada ketiga-tiga asset digital yang diluluskan, makai a tidak dibenarkan atau tidak patuh Syariah?

Jawapan: Pada pendapat kami, kebenaran dari segi syarak diberikan SC setelah bursa2 aset digital berkenaan mematuhi keperluan kawal-selia yang ketat. Ini untuk mengelakkan risiko penipuan, ketidak-tentuan (gharar) serta elemen-elemen lain yang tidak patuh syariah. Selain daripada tiga bursa asset digital ini, tiada kepastian perlindungan pelanggan atau ketelusan akan diperolehi. Maka perdagangan asset digital dengan selain daripada tiga bursa asset digital ini adalah dilarang.

4. Soalan: Adakah bermakna kerajaan Malaysia mengiktiraf penggunaan cryptocurrency dan penggunaan cryptocurrency adalah patuh Syariah untuk digunakan oleh orang ramai untuk apa-apa transaksi?

Jawapan: Tidak sama sekali. Kebenaran hanya diberikan untuk berdagang aset digital di tiga bursa aset digital tadi dan tidak di lain-lain bursa aset dgital. Ketiga-tiga bursa aset digital itu adalah syarikat yang berdaftar di Malaysia dan mempunyai pejabat di Malaysa., Crptocurrency masih lagi dikategorikan sebagai tidak sah diperakui nilai (not legal tender) oleh Bank Negara, maka ia masih dilarang digunakan untuk jual-beli.

5. Soalan: Adakah pendirian Bank Negara itu bermaksud cyptocurrency masih tidak patuh syariah jika digunakan untuk jual-beli?

Jawapan: Ya… penggunaan pa-apa transaksi melibatkan matawang crypto/wang digital (jual-beli atau hutang piutang) TIDAK mendapat perlindungan dan tidak sah di sisi undang-undang. Ini bermaksud kontrak melibatkan matawang crypto/wang digital tidak sah/tidak laku di sisi undang-undang. Jika terjadi isu-isu dalam jual-beli atau hutang piutang melibatkan matawang crypto/wang digital seperti pembayaran tidak diterima, tidak mencukupi, penipuan, orang yang ditipu tidak mempunyai hak (locus standi) di sisi undang-undang seperti tiada hak menyaman atau mengambil tindakan undang-undang berkaitan. Lebih malang lagi, terlibat dengan scam matawang crypto. Ini adalah satu keadaan gharar yang dilarang syarak.

Sumber: FB Ustaz Lariba

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod F9S7R8 . Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod F9S7R8.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Luno, Halogen Capital dan Kenanga Investors Teroka Stablecoin yang Dipaut kepada Ringgit untuk Penyelesaian Dana yang Ditokenkan

Kuala Lumpur, 24 September 2026 – Bursa aset digital terkemuka Malaysia, Luno Malaysia Sdn. Bhd. (“Luno”), hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Halogen Capital Sdn. Bhd. (“Halogen Capital”) dan Kenanga Investors Berhad (“Kenanga Investors”) di LIDAC 2026 di Kuala Lumpur bagi meneroka penggunaan UMYR sebagai instrumen penyelesaian on-chain bagi dana pasaran wang yang ditokenkan. UMYR ialah stablecoin yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab.

Kerjasama ini menyatukan tiga entiti yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC): Luno, sebuah Pengendali Pasaran Diiktiraf (Bursa Aset Digital) yang berdaftar, serta Halogen Capital dan Kenanga Investors, yang masing-masing merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan mengendalikan dana serta mandat yang ditokenkan.

(Dari kiri ke kanan) Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis, Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad; Hann Liew, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital; dan Scarlett Chai, Pengurus Negara (Malaysia), Luno, mengumumkan satu kerjasama strategik untuk meneroka penggunaan stablecoin UMYR yang nilainya dipautkan kepada Ringgit Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh rizab, sebagai instrumen penyelesaian transaksi berasaskan blockchain (on-chain) bagi dana pasaran wang yang ditokenkan (tokenised money market funds).

Inisiatif ini bertujuan untuk menunjukkan keupayaan penyelesaian Penyerahan-semasa-Pembayaran (Delivery-versus-Payment, DvP) secara masa nyata bagi langganan dan penebusan dana, sekali gus memendekkan tempoh penyelesaian berbanding sistem penyelesaian konvensional.

Mengenai Inisiatif Ini

UMYR dicadangkan untuk diterbitkan oleh entiti penerbitan khusus yang diasingkan (ring-fenced) dalam kumpulan Luno serta disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia dengan rakan perbankan yang dikawal selia.

Di bawah inisiatif yang dicadangkan:

  • Luno (Penerbit) akan menerbitkan (mint) dan menebus (burn) UMYR pada nisbah ketat 1:1 berdasarkan Ringgit yang diterima atau dibayar keluar, mengurus proses penyertaan institusi dan pengurusan senarai dompet yang diluluskan (wallet whitelisting), serta menyediakan penyelarasan rizab harian yang disokong oleh pengesahan rizab pihak ketiga bebas.
  • Halogen Capital dan Kenanga Investors (Rakan Dana) akan mengambil bahagian sebagai pengurus dana dalam inisiatif ini dengan menerima UMYR bagi penyelesaian langganan dan penebusan untuk dana pasaran wang yang ditokenkan masing-masing, sambil mengekalkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dana, pengurusan daftar unit serta segala tanggungjawab kepada pelabur di bawah lesen CMSL masing-masing.

Inisiatif ini direka sebagai pengaturan tertutup (closed-loop) antara perniagaan dengan perniagaan yang melibatkan peserta institusi yang telah diluluskan. Tiada pelanggan runcit akan didaftarkan, terlibat atau diberikan perkhidmatan sepanjang pelaksanaan inisiatif stablecoin ini.

Pengurus Negara (Malaysia) Luno, Scarlett Chai  berkata: “Ketika ekosistem aset digital Malaysia beralih daripada pembinaan asas kepada keupayaan institusi, infrastruktur seperti UMYR amat penting. Dengan menyediakan instrumen penyelesaian yang disandarkan Ringgit secara 1:1 dan diasingkan sepenuhnya, kami menunjukkan bagaimana kecairan on-chain dan penyelesaian DvP masa nyata boleh beroperasi dengan lancar dan bertanggungjawab dalam rangka kerja kawal selia sedia ada Malaysia bersama peneraju industri berlesen.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital, Hann Liew berkata: “Sebagai antara peneraju awal dana ditokenkan di Malaysia, kami melihat penyelesaian sebagai komponen penting seterusnya. Jadi, menguji UMYR sebagai instrumen penyelesaian yang khusus amat selari dengan visi kami untuk pengurusan dana moden. Beroperasi dalam rangka kerja yang dikawal selia bersama rakan berlesen SC memastikan kami dapat menawarkan operasi dana yang lebih pantas dan selamat kepada peserta institusi.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad, Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis berkata: “Inisiatif ini akan terus memperkukuh usaha kami dalam bidang tokenisasi aset. Digandingkan dengan infrastruktur penyelesaian generasi baharu, kami percaya inisiatif ini akan membawa industri lebih dekat untuk merealisasikan sepenuhnya manfaat tokenisasi, dengan memanfaatkan asas yang telah dibina melalui pelancaran Myrra dan dana ditokenkan pertama di Malaysia. Sambil meneroka peluang ini, tanggungjawab fidusiari kami kekal tidak berubah, dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak pengawal selia.”

Apa Maknanya kepada Pasaran Modal Malaysia

Kolaborasi ini merupakan satu langkah penting dalam pengujian infrastruktur aset digital yang dikawal selia bersama ekosistem pengurusan dana sedia ada di Malaysia. Ciri-ciri utama inisiatif yang dicadangkan termasuk:

  • Penyelesaian lebih pantas: Penyelesaian DvP masa nyata untuk langganan dan penebusan dana berbanding tempoh penyelesaian konvensional.
  • Disokong sepenuhnya oleh rizab: UMYR direka untuk disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia, dengan penyelarasan rizab harian dan pengesahan bebas.
  • Inovasi yang bertanggungjawab: Dengan menguji UMYR bersama pihak yang dikawal selia, pembangunan masa depan penyelesaian on-chain di Malaysia dapat dibina berasaskan kawalan yang telah diuji, bukannya andaian yang belum terbukti.

Membina Infrastruktur Aset Digital Terkawal Selia untuk Malaysia

Inisiatif ini memperkukuh rekod Luno sebagai bursa aset digital pertama yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Luno dipercayai oleh lebih 1 juta rakyat Malaysia serta menawarkan senarai aset digital terbesar yang diluluskan SC di negara ini. Dengan menggabungkan instrumen penyelesaian UMYR yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab dengan dana ditokenkan yang diuruskan oleh institusi pasaran modal berlesen, inisiatif ini bertujuan menunjukkan bahawa penyelesaian berasaskan blockchain boleh beroperasi dalam rangka kerja kawal selia Malaysia, bukan di luarnya.

Kolaborasi ini mewakili hasrat komersial pihak-pihak yang terlibat untuk bekerjasama, namun tidak merupakan komitmen untuk melancarkan UMYR atau inisiatif ini. Sebarang penyertaan tertakluk kepada libat urus kawal selia dan pelaksanaan perjanjian muktamad.

Kolaborasi ini diumumkan pada Persidangan Aset Digital Institusi Luno (LIDAC), persidangan aset digital utama Malaysia bagi institusi. Diadakan di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, persidangan tersebut meneliti fasa seterusnya industri aset digital Malaysia, yang merangkumi stablecoin, tokenisasi, aset dunia sebenar, kustodian dan pematuhan.

Acara itu menghimpunkan lebih 500 pengurus dana institusi, penasihat kewangan, pengawal selia, pemimpin pematuhan dan perintis Web3 dari seluruh rantau untuk membincangkan amalan terbaik dalam aspek kustodian, pematuhan dan pengurusan risiko. Berasaskan kejayaan edisi sulung pada tahun 2025, program tahun ini mencerminkan kematangan pasaran yang beralih daripada pembinaan asas kepada pembangunan infrastruktur, tadbir urus serta keupayaan institusi yang diperlukan bagi menyokong penerimagunaan berskala besar secara bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook dan Instagram rasmi Luno Malaysia.

Disclaimer: This material is solely for general information purposes. It has not been reviewed by the Securities Commission Malaysia (“SCˮ). This information contained herein does not constitute any investment advice. Past performance is not indicative of future performance.