
Dengan hanya kurang daripada 12 jam lagi menjelang Lazada 9.9 Biggest Brands Sale yang bermula tepat jam 12 tengah malam ini pada 9 September 2021, Lazada Malaysia menyediakan kalendar LazMall bulan September sebagai panduan untuk membantu pembeli dalam talian merebut tawaran terbaik sepanjang bulan ini – bermula dengan LazMall Crazy Brand Mega Offers (https://lzd.co/LazMallBrandMegaOffersMY) dan Exclusive Midnight Deals pada jam 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 9 September.
Sebagai persiapan untuk mendapatkan tawaran terbaik di pasaran di LazMall Crazy Brand Mega Offers dalam masa dua jam pertama Jualan 9.9 Lazada, pastikan untuk menambah nilai Lazada Wallet terlebih dahulu sebelum tengah malam ini.
Sambil rakyat Malaysia berlumba untuk merebut tawaran jenama terbaik sepanjang acara LazMall Crazy Brand Mega Offers, Lazada juga telah memperkenalkan Exclusive Midnight Deals baharu yang akan memberi pelanggan baucar tambahan 10% dan 999 LazCoins*, di samping promosi sedia ada dari jam 12 malam hingga 2 pagi pada 9 September.
Baucar diskaun 10% tambahan, yang boleh digunakan bersama LazMall Crazy Brand Mega Offers, akan disediakan di laman Jualan 9.9 Lazada tepat pada jam 12 malam pada 9 September dan boleh ditebus dalam masa 2 jam pertama jualan bagi produk terpilih di laman tersebut*. Apabila anda melengkapi proses pembelian bagi mana-mana LazMall Crazy Brand Mega Offers sebelum jam 2 pagi, 999 LazCoins akan dikreditkan secara automatik kepada akaun anda dalam aplikasi Lazada*.
Selain daripada LazMall Crazy Brand Mega Offers dan Exclusive Midnight Deals dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi ini pada 9 September, diskaun RM9 bagi setiap perbelanjaan RM99 melalui Lazada Bonus, baucar Penghantaran Percuma, dan diskaun sehingga 60% juga ditawarkan sepanjang Jualan 9.9Lazada dari 9 September hingga 11 September.
Dengan lebih 10,000 jenama yang boleh didapati di LazMall Malaysia, 3,800 lebih banyak berbanding tahun lepas, pengguna Lazada mempunyai pelbagai pilihan barangan bermutu tinggi yang meliputi semua kategori sempena Jualan 9.9 Lazada.
Super Brand Day dan Brand Spotlight sepanjang bulan di LazMall
Selepas Lazada 9.9 Biggest Brands Sale, pesta beli-belah dalam talian tidak berakhir di LazMall, destinasi jenama terulung Lazada yang dijamin tulen. Setiap hari, LazMall akan menganjurkan Super Brand Day atau Brand Spotlight bersama rakan jenama istimewa untuk memberi tawaran hebat kepada pelanggan sepanjang bulan September.
Berikut ialah senarai tawaran jenama harian di LazMall pada bulan ini:

(15 September) Logitech: https://lzd.co/LogitechLazMallMY (15 September) Razer: https://lzd.co/RazerLazMallMY (15 September) Acer: https://lzd.co/AcerLazMallMY (16 September) Carote: https://lzd.co/CaroteLazMallMY (17 September) Huggies: https://lzd.co/HuggiesLazMallMY (17 September) Grocery Store – Kleenex: https://lzd.co/GroceryLazMallMY (17 September) Watsons – Kotex: https://lzd.co/WatsonsLazMallMY (18 September) JBL: https://lzd.co/JblLazMallMY (19 September) Eucerin: https://lzd.co/EucerinLazMallMY

(20 September) Unilever: https://lzd.co/UnileverLazMallMY (21 September) Russell Taylors: https://lzd.co/RussellTaylorsLazMallMY (23 September) Samsung Super Brand Day: https://lzd.co/SamsungLazMallMY (24 September) Philips: https://lzd.co/PhilipsLazMallMY (25 September) Teclast: https://lzd.co/TelcastLazMallMY

(26 September) Johnson & Johnson: https://lzd.co/JohnsonJohnsonLazMallMY (27 September) KOSE: https://lzd.co/KoseLazMallMY (28 September) LANEIGE Super Brand Day: https://lzd.co/LaneigeLazMallMY (29 September) Colgate: https://lzd.co/ColgateLazMallMY (30 September) Timberland Super Brand Day: https://lzd.co/TimberlandLazMallMY
Untuk maklumat lanjut tentang Lazada 9.9 Biggest Brands Sale, sila kunjungi: https://lzd.co/MegaSale
Untuk maklumat lanjut mengenai LazMall, sila layari: https://lzd.co/LazMallBrandMegaOffersMY
Maklumat lanjut tentang Penghantaran Percuma Lazada di sini: https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping
Mengenai Kumpulan Lazada
Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistik terbesar di rantau ini Lazada kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan seharian pengguna dan kami bertekad untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama Kumpulan Alibaba di Asia Tenggara disokong oleh infrastruktur teknologinya yang bertaraf dunia.










